Saturday, May 23, 2009

Tshirt dan aku.

Rock tshirt...huh..ni pun salah satu kegilaan aku. Aku suka pakai n kumpul tshirt rok. Tshirt rok pertama (sbb ni je yg masih segar dlm ingatan) yg aku miliki ialah Stranger in a Strange Land-Iron Maiden. Arwah abg aku beli utk aku. Kalau tak silap masa aku darjah 6 tahun 89. Bukan ori la, tp iron on yg getah tu. Tp yg tak best nye tshirt tu.. tshirt ni kaler .... err .... pink.. huhuhu... Tak pe, janji rok..huhuhu...Balzac pun ada tshirt kaler pink apa. Aku siap pakai lg tshirt tu masa gi buat gambar IC. Nampak la logo IM tu, tp bila dah siap IC tu, part logo tu dah kena cantas. Tensen aku. Huhuhu. Skrg ni aku x tau kat mana dah gi tshirt tu. Start dari situ aku dah gila ngan rok tshirt ni.

Masa masuk tingkatan, aku dah berjinak2 ngan keje2 dye menge"dye" ni. Ni kes tak mampu nak beli tshirt dan juga tak tau mcmana nak order, membuatkan aku melukis logo band yg aku suka kat manila kad, potong dan dye kat tshirt hitam walaupun kadar lukisan logo tu di tahap boleh lah. Dah maju skit, aku potostat logo kecik kat kaset jd besar size A4..pastu potong. Bab ni tepat skit drpd sblm ni. Cuma bab2 silkscreen je aku tak sampai. Sebab aku dah bleh dpt sendiri (order la biasanya) tshirt2 yg aku nak tu sama ada local or import (err...terpaksa catu duit mkn kat kantin sekolah).

Masa tu kalau yg import, aku suruh abg aku yg tgh dok study kat over-sea-China-Selatan (semenanjung daa..huhu) pegi beli. Kat sini susah nak cari. Aku simpan la belanja harian skit2, bgtau dia nama band, dia gi cari la. Kalau order, aku order kat Jaei (SilKhannaz) punya stok mailorder or dr band2 yg ada jual. Ada gak koleksi tshirt rok aku ni yg jumpa kat bundle ngan harga yg..pergh..murah gila. Ada masa aku cerita tshirt2 yg aku beli kat bundle tempat aku biasa pegi. Aku bukan nak riak ngan tshirt ni. Saja nak kongsi minat je.
Ok, ni tshirt yg aku baru beli ngan Mr.Auks. Kualiti kain mmg best. Aku cukup berpuas hati ngan tshirt ni. Bukan nak bodek Mr.Auks aaa...tp kenyataan (bodek ada gak skit2..huhuhu). Dari segi printing pula..hmmm..aku tgk mmg cun. Dye yg diguna pun cun. Aku tgk dah lebih kurang mcm import punye (aku ada selai tshirt import band Repulsion yg lebih kurang dye dia mcm ni). Kalau korang berminat, klik kat sini. Chant of Sadness ni tajuk lagu dari rilisan ketiga Vociferation Eternity "For Thee" yang dirilis pada tahun 2002 di bawah Nebiula Production. Aku ada versi tape je. Ni gambar dia. Tak yah review pjg2, sbb bg aku lagu2 dlm album ni mmg layan. Dalam layan2 tu pun, aku still prefer 1st album diorg. Dan utk pengetahuan korang versi tape utk 1st album (skali ngan tape Langsuir) kena curi masa aku dok kat Sek.18 (Jalan Rotan Semambu) Shah Alam..kes rumah kena pecah masuk mlm raya. Semua balik kampung masa tu. Nasib baik je la aset aku tu je yg hilang, member yg lain hilang gitar tong, radio. TV tak hilang pula. Bleh agak la umur brapa kan yg curi tu. Ok, ada masa aku cerita lg koleksi tshirt2 aku yg tak best tu. Huhuhu..

14 comments:

  1. snap ler gambo tshirt2 rock ko nak nengok huhu. Aku ni pakai tshirt rock, rasa segan lak haha

    ReplyDelete
  2. t-shirt pertama aku megadeth...buat sendiri..dapat hadiah beli kaset..Slammer..dapat hadiah dari rancangan radio..Classic Rock...kena curi kat ampai ITM...Carcass Symphonies Of Sickness...bapak aku pakai buat gi kebun..Nuclear Assault Handle With Care..bini selalu pinjam...Mr Big...yang dah jadi kain buruk..tak ingat berapa banyak dah...dan paling terkini bini hadiahkan Search Di Awan Biru...

    Sekarang dah tak rajin dah beli tshirt metal...dah tua...segan ahh...kumpul jersey Manchester United je sekarang...huhu

    ReplyDelete
  3. aku rasa t-shirt rok pertama yg kau pakai ialah loudness (singlet) logo banzai bendera jepang (warna biru klu xsilap)

    aku dulu pun jd 'artis manila kad' utk baju2 kaluis & kaum kerabatnya, byk peranak tambing yg pakai hasil karya2ku

    ReplyDelete
  4. buatkan 1 t-sHirt SE punya utk aku bro (^_^)...bleka? hehehe...

    ReplyDelete
  5. deaf
    coming soon.

    berteromber
    tshirt lu lain tu gua ok skit dgr...tp tang CARCASS tu..wei lu gi ambik balik...jual kat aku wei..Carcass tu beb. Buat gi kebun plak tu huhuhu...nangis mr.walker kalau dia tgk kena bwk gi kebun.

    ijau
    tambing rules!!

    ReplyDelete
  6. juLia
    alamak! betul? minta maap la, x pandai ku ehh. huhuhu

    ReplyDelete
  7. yg singlet loudness tu bukan kau punya kah? aku rasa yg tu lg kuno (87-88) drp t-shirt maiden... atau cimca/gaban punya kau cilok?

    ReplyDelete
  8. mana ada. tu korea kaler biru.

    ReplyDelete
  9. dah la kulit gelap, pakai baju hitam, lg gelap....apa la Lu suka benda itam...huhuhu

    ReplyDelete
  10. ijau
    baju matahari terbit tu dlm tahun 84-85 tu, zaman kegilaan BMX dan earthshaker.

    ReplyDelete
  11. bukan carcass la...nuclear assault...carcass tu kena rembat masa gua jemur kat ampai ITM...gua saspek member2 jugak...org lain mana berkenan baju hantu2 ni...jadah betul!!

    ReplyDelete
  12. t-shirt rok(kapak) pertama aku junction & gersang >:) ngeheheh, baju raya ni beb circa 1988-1989

    ReplyDelete
  13. ermm kasi post beb..hehe sekarang tshirt band kat bundle harga ribooot la

    ReplyDelete
  14. anonymous
    black is beauty.

    berteromber
    oo..itu mcm gua ingat carcass. gua ada gak symphonies of sickness tu.

    matakucing
    ok, nnti gua post.

    cimca/ijau
    rok terus rok

    ReplyDelete