Friday, October 30, 2009

R&R R.I.P

"May all your nuclear weapons rust in peace".. ni la stiker yang ada kat satu bumper kereta yang Mustaine follow, masa dia tengah balik dari skydiving. Maka dari situlah wujudnya title album Rust In Peace. Yeah. Ni album Megadeth yang aku suka sangat layan. Ada satu lagi aku suka Youthanasia. Aku bukan la peminat tegar Megadeth, dulu-dulu dah nak jadi tegar dah. Tapi sejak Risk, aku dah mula ingat-ingat lupa band ni..huhu. Tapi still follow gak perkembangan diorang ni. Ok, jom tengok apa yang ada ngan cd ni.

Cover belakang untuk versi ni

Ni versi Remixed and Remastered (selepas ni disebut sebagai r&r..macam ayat peguam pula..huhu). Ada 13 lagu semuanya termasuk 4 bonus tracks. Sebut remix, haha dah tentu la ada tambahan sana sini.

Liner notes Mustaine. Ada ke dia kata nama Friedman tak rock langsung.

Untuk track bonus pula menyajikan lagu-lagu versi demo diorg yg tak banyak beza. Aku suka versi nyanyi demo untuk lagu Rust In Peace..Polaris. Kalau versi album, Mustaine macam nyanyi tak nyanyi, macam cakap je kan, tapi versi demo ni dia nyanyi part yang macam cakap tu.

Aku suka tengok dressing diorang masa ni. Rock ooo.

Lagi satu kan, kalau beli dari 1st album diorang (KIMB) utk versi r&r ni, sampai la album RISK (dan projek MD.45), kat tepi cd-cd tu nanti ada gambar si Vic Rattlehead. Macam Iron Maiden versi enhanced tu, kat tepi gambar Eddie 1st album Maiden. Sama la tu. Tapi aku ada dua je album versi r&r ni. Nak kumpul yang lain? Tengok la nanti.


Ni track list untuk versi r&r ni:
1. Holy Wars...The Punishment Due
2. Hangar 18
3. Take No Prisoners
4. Five Magics
5. Poison Was The Cure
6. Lucretia
7. Tornado of Souls
8. Dawn Patrol
9. Rust in Peace..Polaris
10. My Creation
11. Rust in Peace.. Polaris (Demo)
12. Holy Wars... The Punishment Due (Demo)
13. Take No Prisoners (Demo)
Untuk tracks versi demo ni, Chris Poland yang main lead gitar. Kesemua lagu dalam album ni best-best belaka. Semuanya sajian untuk telinga. Bagi aku ni album terbaik Megadeth.

RIP ni merupakan album Megadeth yang pertama aku beli tahun 90 dulu, tapi masa tu beli versi kaset. Album-album diorang sebelum tu aku rasa aku pinjam or maybe aku dengar selepas RIP ni kot. Tak ingat sangat la. Aku rasa aku pinjam kaset Jairo la kot.

Ni versi kaset yang aku beli masa mula-mula album ni rilis. Track yang aku suka sangat dengar dalam album ni..huhu dah tentu la track 1st, Holy Wars. Bleh klik kat sini untuk cerita lebih lanjut setiap lagu dalam album RIP versi ori dan bleh klik kat blog En.Berteromber dan En.Ijau. Kalau nak baca ulasan konsert Megadeth, bleh klik kat blog En.Deaf dan En.Abang Ben (review untuk album/koleksi Megadeth pun ada gak). Diorang dah tengok live dah Megadeth ni. Aku??? Dah gak.. tapi kat tv je la.. Huhuhu.

Friday, October 23, 2009

Mentari Merah Di Ufuk Ti...errr Barat

Malas betul aku nak tekan keyboard ni

Layan je la gambar aku ambik petang tadi

Jairo tak ikut skali
Dia nak balik KK nak jumpa bini

Ada yang tertinggal

Setelah terbenam mentari

Ada yang tertinggal

Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti

Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali

Bagai yang telah dijanjikan Ilahi

Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi


Wednesday, October 21, 2009

Cari Port Nak Sekodeng

Lokasi sekodeng: Pantai Borneo Golf

Bakal jadi tempat sekodeng Jumaat ni.
Jairo, sila tumbuk kad kerja ko awal skit. Huhuhu.

Monday, October 19, 2009

Dapat Semula

" Sukacita dimaklumkan bahawa setelah meneliti, pihak kami telah membenarkan tuan untuk mendapatkan semula penerbitan yang telah ditahan di bawah Akta ......."

- Aku bakal dapat semula CD yg ditahan.. tapi tak tau bila.. huhu

Saturday, October 10, 2009

Tshirt Tak Pergi Tengok

Aku kalau ada gig/konsert yang aku pegi tengok, kalau ada tshirt sempena gig/konsert tu dijual, memang sah aku beli. Tak kisah design dia macam hampeh ke apa, yang penting bagi aku tarikh dan tempat ada. Selain untuk kenang-kenangan, aku ni memang jenis yang minat sangat ngan tshirt rock ni.

Tu kalau aku pegi tengok kan. Tapi kalau aku tak pegi.. biasanya aku minta kirim kawan. kalau tak pun beli kalau jumpa kat mana-mana kedai yang ada jual. Tapi kes macam ni aku tengok pada design la, sebab aku tak pegi tengok. Huhu.

Search tu hari last konsert Di Awan Biru kat KL kan.. 1 Ogos. Masa tu member aku siap sms lagi kata dia tengah bawak motor nak gi tengok konsert tu. So, oleh sebab dia gi tengok, aku pun minta dia beli selai tshirt sempena konsert tu. Ni la dia design yang dia beli untuk aku.

Aku tak pasti samada design ni official produk atau tak. Sebab simple sangat. Kualiti dye yang diguna ok, takde masalah. Design yang agak oldschool bagi aku. Tempat yang diorang sepatutnya buat konsert tapi tak jadi pun ada. Anyway thanks to En.Matpet di atas kesudian beliau membelikan tshirt ni dan bagi free pula tu kat aku..huhu.

Next, 4 Oktober lepas Wings live kat Hard Rock Cafe KL. Yang ni aku kirim ngan En.Matakucing. Thanx bro. Baru je sampai hari Khamis lepas (8 Okt), tapi aku baru dapat ambik pagi tadi (10 Okt). Design dia macam ni la.

Kelihatan Awie dan Black berkepak.

Logo ni bleh buka. Tapi kalau korang buka kompom tshirt berlubang lubang macam kena gigit lipas. Design logo ni bukan sulam, tapi printed.

Design belakang.

Aku tak pasti samada memang sengaja nak buat design macam tu atau pun terlupa nak letak logo kat design..huhu. Tapi ok la kan. Tshirt dan dye yang digunakan pun berbaloi ngan harga RM45. Mula-mula buka sampul tu aku terkejut gak la, sebab aku buka aku nampak kain kasar semacam je. Rupanya goodie bag.

Thanx sekali lagi En.Matakucing dan En.Matpet kerana tolong aku untuk tshirt2 ni. Domo Arigatougozaimasu. Huhu.

Friday, October 2, 2009

Nikon D5000

Kawan aku mintak aku suruh tulis post ni. Baru-baru ni (6 hari sebelum raya) rumah kawan baik aku (nama terpaksa dirahsiakan, kepada pengomen yg tau siapa dia, please jgn tulis di ruangan komen tu ok) telah dipecah masuk pencuri. Masa kejadian beliau belum balik dari kerja lagi. Dan salah satu barang beliau yang hilang ialah kamera DSLR Nikon D5000.Spesifikasi kamera yang hilang tu seperti berikut:

a) Body Nikon D5000, Serial No: 8002815
With accessories :
Screen/LCD Protector
AN-DC 3 Strap
Nikon Camera Bag
8G SDHC memory card
Accessories Shoe Cover
DK Rubber eyecup
Body Cap
DK 5 eyepiece Cap (Pecah sikit)
ML-L3 Remote Controller

b) NIKON AF-S DX Nikkor 18-55mm with Tama UV filter

c) NIKON AF Zoom Nikkor 70-300mm with Tama UV Filter

d) lain-lain yang terdapat dlm bag Nikon tu: blower, berus kecik, lens tissue dan cleaning cloth

Semua benda-benda yang disebutkan tadi ada dalam beg tersebut, kecuali: MH-23 Quick Charger, EG-CP14 Audio/Video Cable dan UC-E6 USB Cable.

So, kepada sesiapa (aku rasa lokasi masih lg kat KK) yang ditawarkan kamera jenis yang sama secara 'black market' (ataupun maybe yg terbaca post ni dah terbeli ke), sila tinggalkan emel anda (di ruangan komen) di blog ini untuk dihubungi. Terima kasih.