2009, tahun di mana budak-budak remaja ngan handphone kat tangan tengah picit2-butang-tulis-pesanan-ringkas. Yang pandai main gitar atau instrument lain dah start2 nak buat band sendiri, samada cover lagu orang or buat lagu sendiri. Komputer jangan cerita lah, lagi terer godek sana godek sini. Motor/kereta pun sama, bawak laju tak ingat mampus punya.
Tapi aku bukan nak cerita pasal benda-benda ni semua. Ni cerita lepas solat Jumaat tadi. Musibah melanda kat aku lagi. Masa habis solat tadi di Masjid As-Saadah Kg Pimping Membakut, setelah selesai bersalaman dengan sahabat handai dan rakan sekampung serta mereka yang datang berjemaah, di bawah terik matahari sekitar jam 1.00 p.m, aku lantas tengok kiri, kanan, depan, belakang dan bawah, sah hilang. Selipar jepun aku yang bukan berjenama LV maupun Columbia ataupun Teva, hilang dalam terang beb! Malaun punya budak. Tahun 2009 macam ni pun masih ada lagi yang suka mencuri selipar kat masjid.
Selipar jepun aku tu tak la lawa sangat pun, ada corak bodoh hitam putih ala2 tribal je. Bentuk sama je mcm selipar2 jepun yang lain. Harga pun lebih kurang je. Ntah kenapa dia berminat sangat ngan selipar aku tu. Sial. Terpaksa la aku ngan muka selamba berjalan di atas jalan berturap yang telah menyerap kepanasan global mentari tengahari. Nasib baik la rumah mak aku kat depan masjid je. Aku bukan la marah sangat pasal selipar hilang (er...marah gak sikit), tapi aku marah sangat sebab buat benda macam ni kat masjid (lepas solat pula tu). Dan zaman ni pun tak kan la selipar jepun harga rm3 tak mampu beli. Reload handphone mampu pula beli. So amaran aku kat pencuri (aku tau dia tak baca blog punya, tapi saja je tulis. Luahan perasaan la katakan. huhuhu) kalau ko rasa tak mampu nak beli selipar, gi la cari kerja (SELAMAT HARI PEKERJA). Sial punya budak. Aku kalau jumpa kat pekan atau kat kg nanti ko pakai selipar tu depan mata aku, ko silap la. Ko silap besar la. Tabak bauta narka!!
sabar..cobaan tu.. tapi lawak ler, zaman ni masih orang kebas sliper jepun.
ReplyDeleteAku dulu zaman sekolah, ada seekor beruk curik beg aku time semayang jemaaat, abis semua kat dalam seluar jeans, walkman dia kebas, dah tu bag aku dia buang dalam toilet.
Siol betul..
beb, yang Maiden cd ko describe tu heran jugak eh ada WEA
hahaha......sapa suru pakai selipar yng berjenama...huhuhuhu
ReplyDeletemcm tajuk blog jairo "Luahan Rasa Mengikut Kata Hati Sendiri..."
ReplyDeletedeaf_angel
ReplyDeleteTu la pasal, zaman mcm ni pun ada lagi perangai mcm ni. Huhuhu.
Aku tak sempat nak snap CD Maiden tu. Tu la aku pun heran tgk stiker+jewel case edaran WEA, tapi kat cover CD semua logo EMI. Ada peluang nnti aku snap n post kat sini, tu pun kalau tokey kedai tak marah la.
Anonymous
Mana ada brand bro, beli kat TESCO je. Ala rm3 je. Tu pun dia nak kebas.
Ijau D. Koceng
huhuhu
Banyak kasian oooooo
ReplyDeletePencuri tu buat modal beli sigup or gam kot
Anggap ja la sebagai sedekah ari lima
Anggap jer la sedekah hari jumaat...lain kali beli mangga kecik buh kat selipar...he..he..he..betul berkesan selipar tak hilang...paling teruk pun putus jer...
ReplyDeletedulu aku kecik2 ada la sekali 2 tu pergi semayang pakai selipar buruk...balik bawak selipar baru...haha...evil sungguh...tapi tu zaman lum akil baligh la...tu pasal bila selipar aku hilang beberapa tahun yg lalu...aku senyum je la...kira set-off...hehe..
ReplyDeleteer..tentang maiden WEA tu aku rasa betul kot...pasal kan EMI dah tutup...kabarnya WEA take over.
yusman
ReplyDeleteanggap? kalau macbook hang kena curi hari jumaat, hang anggap sedekah gak ka? huhuhu
Norazman M.N.
kalau dah tahap mangga, nnti org kata "ada yg tak betul ngan budak ni" huhuhu.
berteromber
Huhuhu, hukum karma.
kalau mcm tu kira ori la tu kan Maiden yg aku jumpa tu.