Wednesday, July 29, 2009

Piece of Mind: The Orchestral Tribute

Dream Theather dah cover satu album Iron Maiden - Number of The Beast (klik sini dan sini untuk review). Yang ni pula The Hand of Doom Orchestra cover satu album Piece of Mind. Bagi yang suka muzik orkestra, bleh la cari CD ni. Aku ada jumpa kat ebay ngan amazon. Cerita lama pasal CD ni ada kat blabbermouth. Nak beli ke tak..beli ke tak..hmmm..ada duit lebih beli la kot. Huhuhu.





Sunday, July 26, 2009

Singstar 80's

Pagi tadi aku gi rumah mak aku. Aku bawak sekali DVD PS2 Singstar 80's (KK Pressing..huhu). Tak pernah aku cuba sebab aku belum beli mic. Abang aku dah beli dah. So, aku nak try la. Kalau takde mic, memang tak bleh main. Mic khas untuk Singstar ni macam gambar kat bawah ni. Kalau jual mesti dua terus (kaler biru dan merah).Singstar ni game macam karaoke versi ada markah. Asal kan korang punya pitch ngam, tak kira la korang nyanyi ke tak (just buat bunyi ikut rentak lagu), konfirm dapat markah. Mode pun banyak, nak berduet bleh. Kalau tak nak markah, nak nyanyi macam karaoke pun boleh. Video klip yang disediakan pula versi original. Cuma kalau yang intro panjang tu, dah dipendekkan la. Game Singstar ni kategori dia sesuai untuk semua. Nak baca lebih lanjut bleh klik kat sini.

Ni pula senarai lagu yang ada dalam Singstar 80's ni.
1. Billy Ocean -- Caribbean Queen
2. Billy Joel -- Uptown Girl
3. Blondie -- Heart of Glass
4. Culture Club -- Do You Really Want to Hurt Me
5. Cyndi Lauper -- Time After Time
6. Dead or Alive -- You Spin Me Round
7. Dexy's Midnight Runners -- Come on Eileen
8. Duran Duran -- Rio
9. Erasure -- A little Respect
10. Europe -- The Final Countdown
11. A Flock of Seagulls -- I Ran
12. Foreigner -- I Want To Know What Love Is
13. Kim Wilde -- Kids in America
14. Madness -- Our House
15. Madonna -- Material Girl
16. Men At Work -- Who Can it Be Now
17. Nena -- 99 Red Balloons
18. The Pretenders -- Brass in Pocket
19. R.E.M. -- Stand
20. Run-D.M.C. -- It's Tricky
21. Simple Minds -- Don't You Forget About Me
22. Soft Cell -- Tainted Love
23. Squeeze -- Tempted
24. Starship -- We Built This City
25. Survivor -- Eye of the Tiger
26. Tears for Fears -- Everybody Wants to Rule the World
27. Thompson Twins -- Hold Me Now
28. Tina Turner -- The Best
29. Twisted Sister -- We're Not Gonna Take It
30. Wham -- Wake Me Up Before You Go-Go


Versi KK Pressing aku punya ni adalah versi North America rilis. Kalau versi UK rilis, lagu-lagu dia berbeza. Bleh klik kat sini untuk melihat senarai Singstar yang lain.

Bagi yang punya PS3, jangan risau, game ni dah tentu ada kat platform tu. So, lagu yang menjadi favourite kitaorang nyanyi tadi..dah tentu lah lagu ni:



Oh, we're not gonna take it
No, we ain't gonna take it
Oh, we're not gonna take it anymore

We've got the right to choose it
There ain't no way we'll lose it
This is our life, this is our song

We'll fight the powers that be, just
Don't pick our destiny, 'cause
You don't know us, you don't belong

Oh, we're not gonna take it
No, we ain't gonna take it
Oh, we're not gonna take it anymore

Oh, you're so condescending
Your gall is never ending
We don't want nothin', not a thing from you

Your life is trite and jaded
Boring and confiscated
If that's your best, your best won't do

Oh, Oh

We're right (yeah)
We're free (yeah)
We'll fight (yeah)
You'll see (yeah)

Oh, we're not gonna take it
No, we ain't gonna take it
Oh, we're not gonna take it anymore

Oh, we're not gonna take it
No, we ain't gonna take it
Oh, we're not gonna take it anymore

No way

Oh, Oh

We're right (yeah)
We're free (yeah)
We'll fight (yeah)
You'll see (yeah)

Oh, we're not gonna take it
No, we ain't gonna take it
Oh, we're not gonna take it anymore

Oh, we're not gonna take it
No, we ain't gonna take it
Oh, we're not gonna take it anymore

Just you try and make us
We're not gonna take it
Come on

No, we ain't gonna take it
You're all worthless and weak
We're not gonna take it anymore

Now drop and give me twenty
We're not gonna take it
Oh, crinch pin

No, we ain't gonna take it
Oh, you and your uniform
We're not gonna take it anymore

Yeah, lagu dari album Twisted Sister - Stay Hungry. Ok, tunggu apa lagi kalau berminat ngan game ni.
Err... En.Portdy ada buat entry pasal lagu Twisted Sister - The Price. Klik kat sini. Huhuhu.

Thursday, July 23, 2009

ラウドネス - Loudest Ballad Collection

Album ni ada rilis dalam format CD tak masa dia rilis 1991 dulu? Aku ada versi kaset je. Aku dah try meng'ebay' tapi tak jumpa versi CD, versi kaset ada la..tu pun lebih kurang macam aku punya ni. Aku ada jumpa kat amazon.jp, tapi hampeh..aku tak reti baca tulisan kanji. Terus tak jadi nak order.

Album kompilasi ni menampilkan lagu-lagu ballad dari album On The Prowl, Soldier Of
Fortune, Jealousy, Hurricane Eyes dan tiga buah lagu yang tak pernah dirilis.
Side A
Track 1 - Never Again (Album On The Prowl)

Untuk lagu ni aku rasa Vescera punya suara dah macam orang Jepun sikit. Huhu. Lagu ni best. Lagu yang digubah dari lagu asal "Silent Sword" (Album kompilasi Loud n' Rare). Album OTP ni juga menyaksikan beberapa lagu lama yang digubah kembali seperti lagu "Deadly Player" dari lagu "Lonely Player" (Album Devil Soldier), "Take It or Leave It" dari lagu "Milky Way" (Album Disillusion, "Girl" (Album Devil Soldier), "Long Distance" dari lagu "Long Distance Love" (Jealousy EP), "Sleepless Nights" dan "In the Mirror" dari album Law of Devil's Land, "Find a Way" (tajuk asal To Be Demon) dari album Birthday Eve. Lirik untuk lagu Never Again ni pula berkisar mengenai.... hmmm macam cerita orang mati bini je..huhu


Track 2 - 25 Days From Home (Album Soldier of Fortune)

Aku suka vokal Mike Vescera. Ntah la kenapa. Dan lagu ni pun antara favourite. Aku rasa
memang tepat la Akira ambik dia ni bila Minoru blah dari Loudness. Lepas Vescera blah, aku rasa Loudness dah tak best pula. Ex-Ezo kan kalau tak silap la yang masuk lepas Vescera. Lagu ni pun best. Lirik...putus cinta kot..huhu

Track 3 - Lost Without Your Love (Album Soldier of Fortune)

Best. Aku harap Ada la orang cover nanti dalam rancangan nyanyi program-program realiti kat tv akan datang..huhuhu...ye la tu. Lirik, biasa la putus cinta lagi..huhu

Track 4 - Good Things Going (EP Jealousy)

Yeah..Minoru Nihara. Album sebelum dia keluar Loudness. Lagu ni aku dengar first time dalam album kompilasi Loudest Ballad ni. Aku tak pernah dengar keseluruhan lagu dalam EP Jealousy ni sebab masa tu aku tak pernah jumpa dia punya kaset mau pun CD kat pasaran. Dirilis pada tahun 1988. Kesemua lagu dalam EP Jealousy dinyanyikan dalam bahasa ibunda mereka. Lirik...yang aku tau baca All I need, Baby, you're my precious love. Yang lain tulisan Kanji dan Hiragana. Katakana takde. So dari perkataan yang aku tau baca tu kompom cerita pasal cinta bertepuk dua belah tangan. Lagu ni tak la lagu yang berentak slow macam tiga lagu pertama tu. Sing a long lagi, happy je bunyinya. Huhu.
Side B
Track 5 - In My Dreams (Album Hurricane Eyes Japanese Version)
Antara lagu all time favourite aku ni. Diorang ni suka bagi habis duit peminat tegar kan, ye la sekali keluar album terus buat dua versi. Siapa ada versi Jepun ni mesti perasan ada antara lagu-lagu yang berlainan struktur muziknya. Macam lagu So Lonely, lebih kurang macam Ares' Lament punya versi. Lirik...tak pasti la sama ke tak cerita dia dengan lirik versi English. Yang pasti in my dreams without you tu sama. Yang lain Jepun.

Track 6 - Losing You ( Silent Sword Japanese Version,
Unreleased Track)
Lagu yang menjadi siulan di sekolah aku masa album ni rilis dulu. Feeling Bad I'm Losing You je yang aku dengar ngam budak-budak sekolah aku nyanyi masa tu. Part Jepun..hentam je la labu..janji bunyi lebih kurang huhuhu.. Lagu asal bertajuk Silent Sword (English lyrics) dari B-sides Risky Woman punya singles dan juga dimuatkan dalam kompilasi Loud N' Rare. Ni pun antara favourite aku. Best wooo. Best atas sikit dari versi Never Again. Lirik...lagi sekali tulisan kanji dan hiragana. Katakana tak de. Dari tajuk boleh tau...mesti cerita pasal orang kematian awek/bini.. huhuhu.

Track 7 - So Lonely (Live Version,
Unreleased Track)
Ni pun aku dengar first time gak dalam kompilasi ni. Unreleased la katakan. Kalau versi studio dari album Hurricane Eyes. Lagu yang dirakam secara live di The Budokan, yang dinyanyikan oleh Vescera. Versi live ni macam laju sikit dari versi studio. Sebutan Vescera pun jelas. Dia kan orang putih, dah tentu lah kan. Huhu. Lirik..sama dan tak berubah, kisah pasal ..err biasa la putus cinta. Tak tau la kalau ada cerita lain.

Track 8 - Find A Way (Full Length Version, Unreleased Track)

Versi biasa, dari album On The Prowl. Bezanya panjang sikit dari biasa je. Lirik...cerita orang yang cari kerja kat tempat lain, sebab nak beli CD Poison pastu nak cari jalan balik jumpa bini bila dah dapat. Huhu...ye kan je la..huhu.
Kaset aku ni dah kategori NL (Near Lunyai) condition untuk cover tapi kaset masih mantap..huhuhu. Jual kat ebay 1 sen pun org tak beli. Kenapa bleh jadi macam ni?..biasa la kena pinjam selalu. Nasib baik la yang ni sempat diselamatkan dari kena tapau. Huhu.

Tuesday, July 21, 2009

I Remember You




Tiba-tiba teringat pula lagu ni....huhu

Monday, July 20, 2009

RH Singles & ... / おくりびと (Okuribito) a.k.a Departures

RH Singles & ... merupakan himpunan rilisan singles penyanyi/pelakon Ryoko Hirosue. Siapa dia ni? Dia ni pelakon drama/filem dan model kat Jepun tu. Bakatnya mula dicungkil seawal usia 14 tahun melalui iklan P&G. Juga dikenali sebagai duta NTT DoCoMo. Aku minat betul kat minah Jepun ni. Sejak aku tengok cerita Beach Boys kat TV3 dulu. Lepas tu aku mula la cari drama-drama Jepun. Cerita Beach Boys ni kalau ada masa aku tulis la nanti. Ok, tape ni kan bukan aku yang beli, tapi aku bayar. Abang aku la jumpa kat Sandakan masa tu. Aku tak ingat la tahun bila. Maybe 2002. Aku terus la sound dia suruh beli. Tengok gambar pun bleh tau lagu-lagu yang minah ni nyanyi bukanlah dari keluarga metal. Huhu. Lagu yang lebih kepada J-pop. Aku rasa aku minat muzik J-pop ni pun sebab aku selalu layan drama Jepun dan anime. Drama/anime Jepun kan biasanya ada opening dan ending songs. Sekali tengok maybe tak melekat la kan. Drama Jepun biasanya 12 episode. Biasa la kan, bila dah dengar selalu jadi best la kan. Aku suka tengok gambar kat atas ni. RH Singles & ... (aku tak tau apa maksud 3 dot tu) menampilkan 14 buah lagu. Tengok kat gambar ni la untuk list lagu. Diedarkan oleh Warner Malaysia untuk pasaran Malaysia. Kalau kat Jepun dah tentulah Warner Jepun. Huhu. Kalau nak dengar kat youtube ada. Aku malas nak paste kat sini.

Ok, next:

video
Betul la Portdy..cerita ni memang best..huhu.
Klik kat
sini kalau nak baca review cerita ni. DVD ni aku jumpa masa cari stylus turntable Sabtu lepas. Aku bagi two thumbs up utk cerita ni. Memang recommended habis.

p/s: Portdy... aku suka babak Daigo balik dari urus jenazah reput tu, lepas Daigo mandi kat kedai mandi tu, masa dia nak makan malam tu..huhu..

Sunday, July 19, 2009

Jarum dan Katrij

Aku dah cari. Tapi jarum jenis macam aku punya turntable tu takde jual kat KK ni. Adui..nak putus harapan. Kedai yang jual turntable baru brand Sherwood tu pun takde jual. Dia ada jual sekali dengan cartridge. Tapi bukan jenis aku punya tu. Dia jual jenis half inch standard mount, brand Audio Technica, rm160. Aku punya pula jenis P-Mount a.k.a T4P. Klik kat sini kalau nak tau lebih lanjut. Tapi nasib baik la zaman ni zaman bleh shopping kat oversea dari rumah. So, aku dah order aku punya jarum tu kat tempat ni. Aku order jarum je, jarum yg asal patah. Dah naik lemau kot. Huhu. Nasib baik la harga tak semahal yg aku sebut td. Cartridge pun aku tengok kat web tu harga untuk aku punya tu tak la mahal mcm yg kat kedai tu. Tapi kalau turntable lain, mau tus-tus juga. So, ada lagi +-10 hari dari sekarang untuk SL-D21 aku beraksi. Huhu.

"I've seen the man use the needle,
Seen the needle use the man"
Use the Man- Megadeth

Tuesday, July 14, 2009

Yang Ditunggu Sudah Tiba: Technics SL-D21

Masa tengahari semalam aku balik awal dari kerja. Kepala tak sedap. Sampai rumah je telan ubat, tak lama lepas tu lena diulit intan. 1 jam setengah lepas tu aku terjaga dari tido. Mamai sikit-sikit. Tepat 2.10pm, badan kembali segar, kepala berat dr pagi tadi pun dah clear...apalagi makan time la kan. Pastu aku start sirion-wannabe pula dan terus menuju ke Pos Opis Pekan Membakut. Keadaan lengang kat luar Pos Opis ni. Tapi kat dlm ramai juga la yg tgh Q. Aku pun tanpa lengah lagi terus gi buka peti surat milik (actually sewa la kan) family dan saudara mara terdekat. Buka je, tak de apa. Hanya ada dua keping surat yang bukan milikku. Dalam hati maybe esok.

Ok, aku balik rumah. Tak de apa nak buat. Tengok anak2 pun dah tido. Mak dia tgh cuci pinggan kat dapur. Ok, line clear. Ada chance ni. Huhuhu. Aku ambik DVD Flight 666. Kali ni layan the concert pula. Tak jemu tengok. Tengah layan lagu The Trooper, handphone yg aku guna utk simkad budak gemuk kaler kuning berbunyi. Nombor tak dikenali, tapi mula dari 087887XXX. Ni nombor area Membakut. Penting ni. Aku angkat je..suara Cyril the Postman. Aisey, lupa nak save nombor ni kat simkad satu ni. Dia bgtau barang dah sampai. Dah agak dah. Mesti sampai hari ni juga. Mesti lori bawak surat lambat hari ni. Start balik Sirion-wannabe dan terus pegi semula ke Pejabat Pos. Huhuhu. Ni dia yang sampai. Turntable Technics model SL-D21.Beli dari sorang brader kat Taiping, Perak. Aku jumpa dari Mudah.my. Aku kontek dia minggu lepas. Harga dpt pun agak murah. Condition body tak kilat masa dapat. Belum sempat nak try, aku pikir elok polish dulu. Dah kilat aku try la kan. Elok je dia pusing. Tapi masalah pula, dua benda takde..amp dan speaker. Huhu. Tak pe, hujung minggu ni gi cari kat KK..huhuhu...happynya aku..huhuhu.. Ni spesifikasi turntable Technics SL-D21:

Type: semi automatic

Drive method: direct drive

Motor: brushless DC servo
Drive control: FG servo control
Platter: 312mm aluminium die-cast

Speeds: 33 and 45rpm

Wow and flutter: 0.025% WRMS

Rumble: -78dB

Tonearm type: straight, static balanced with plug-in connector

Effective length: 230mm

Overhang: 15mm

Dimensions: 430 x 110 x 375mm

Weight: 4.4kg

Sunday, July 12, 2009

Bangkai bernyawa









Hari ni aku saja post lagu2 dari CARCASS. Antara band fav aku. Carcass ni juga antara band yang terawal yang aku jumpa, yang menyebabkan aku nak gali lagi dunia bawah tanah masa tu (early 90's). Thanx to VSP (Valentine Sound Productions). Kalau tak, confirm aku jadi die-hard Poison .. au huhu. Tapi semua album diorang ni aku ada versi kaset je (VSP). Ada kat rumah mak aku lagi kaset2 ni. Kalau tak de, kompom dah kena tapau la tu. Nnti aku nak upgrade la pelan2 ke CD. Huhuhu.

Thursday, July 9, 2009

Ekkusu Japan (エックス ジャパン) On Piano

X Japan, tak perlu lagi aku nak introduce siapa diorang ni. Bagi peminat-peminat muzik rock Jepun dah tentu kenal dengan band ni kan. Pada yang tak tau lagi tu, bleh la klik kat sini. Selain Loudness, X Japan juga merupakan band favorite aku. Aku mula tertarik dengan band ni bila aku mula dengar lagu-lagu dari album/kompilasi X Japan-Ballad Collection. Ya, lagu-lagu ballad diorang ni la yang membuatkan aku minat dan mula cari lagu-lagu band ni. Aku dapat album ni pun dari cd koleksi mp3. Masa tu download mendownload ni tak meriah lagi. Satu CD pun harga rm15. Keadaan ekonomi aku pun masa tu tak mengizinkan untuk beli ori. So beli CD-CD mp3 je la. Tapi aku bleh kira ngan jari la CD-CD mp3 yang aku beli ni. Huhuhu. Nak cari CD diorang ni kat tempat aku ni agak menyukarkan. Takkan jumpa punya. Aku ada CD first album diorang, tapi tu pun versi CDR yang dibeli di Pertama Kompleks, korang tau la kat mana kedai tu. Malas nak sebut kat sini. Lagu2 diorang versi mp3 pun ada. Kira hampir complete gak la, tu pun atas ehsan kawan. Dia pun suka X Japan ni lepas pinjam CD mp3 aku tu.Ok la, ni CD tak de kaitan ngan Toshi, Yoshiki, Hide, Pata mau pun Taiji (Line-up klassik X Japan, aku suka line up ni). Korang takkan jumpa diorang dalam CD ni. Album ni mungkin dibuat atas kesinambungan album kompilasi Ballad Collection sebab semua lagu sama, cuma yang berbeza hanyalah muzik. Yup, album ni album instrumental versi piano. Tapi bukan Yoshiki yang main piano. Tapi best juga la walaupun bukan Yoshiki. Tengok gambar bawah ni untuk line up album ni. Memang best la layan album ni walaupun tak de sorang pun line up diorang yang main. Teringat zaman student masa naik flight MAS dulu2. Huhuhu. Bila kapal terbang nak terbang or nak landing time, mesti diorang pasang lagu2 instrumental piano.

Album ni versi Korea press. So cover pun lain sikit. Yang betul macam ni.
Bila masuk Korea je, cover dah lain. Dah tak nampak gambar Yoshiki atas piano. Klik gambar kat bawah ni kalau nak tengok tukang buat cover album ni. Kat inlay pula takde apa yg menarik. Walaupun instrumental, tapi dia sediakan lirik lagu kat inlay ni. Lirik lagu dalam tulisan Jepun/Korea (untuk translate) dan rumi. Ni lirik lagu aku suka.Aku beli ngan orang Korea. Mana lagi kalau bukan ebay. CD baru. Harga ok la. Tak de la tus-tus kalau nak dibandingkan ngan Japan press. Tak jumpa sebarang info pasal apa album ni dibuat. Tapi dalam CD ni ada insert, tp dlm tulisan Korea la. Kalau la aku tau baca. Huhuhu. Ni album keluaran EastWest Japan, under WEA Korea. Product tahun 1998. Kalau tak silap lagu Crucify My Love dalam album ni juga terdapat dalam soundtrack anime Samurai X. Selain dari insert tu, aku ingatkan Japan press je ada OBI Strip, rupanya Korea press pun sama. Tengok gambar kat bawah ni. Cari la kat google kalau nak tau apa dia Obi Strip ni.
Track lagu seperti berikut:
1. Forever Love
2. Longing
3. Endless Rain
4. Crucify My Love
5. Alive
6. Say Anything
7. Unfinished
8. Tears
9. Last Song

So, sapa yang berminat bleh la cari kat ebay. Seller tu nama cat-chop. Dia ada jual X-Japan album Blue Blood double CD, tapi buat masa ni aku tak dapat la nak order. Ada agenda lain huhuhu. Asyik layan bunyi gitar distort je, sekali sekala nak juga layan piano . Huhuhu. Esok-esok bonggow. Huhuhu.

Tuesday, July 7, 2009

Cancelled Until Further Notice

Hari ni 7 Julai. Kalau ikut 3 hari lagi, 10 Julai bersamaan hari Jumaat ni Search punya konsert di Keningau. Tapi aku dah tau awal lagi, dari Raem Jordison, dia kata buat masa ni Search belum kompom lagi nak buat konsert di Sabah untuk semua tempat. Maybe lepas raya baru ada confirmation, jadi ke tak. Nasib baik la belum beli sebarang tiket (konsert & kapal terbang ke Tawau..huhuhu..ni kes IF Raem Jordison tak jadi pegi ngan kereta, aku pasti gores dan menang untuk beli tiket flight). So, tak de harapan la buat masa ni nak tengok diorang beraksi. Err..blog Amy dah lama kan tak update. Apsal ehh??

Sunday, July 5, 2009

Sutera atau Rayon? ...Kastam palsu

Petang Jumaat lepas (3 Julai 09), aku ngan Mr.Jairo pegi kedai gitar kat Kota Kinabalu (maaf, nama kedai terpaksa dirahsiakan) dengan harapan nak melamar Epiphone Les Paul Custom Ebony Black macam gambar kat bawah ni. Situasi dia macam ni, kalau aku beli gitar Epi LP Custom tu maka dengan secara automatiknya Epiphone Les Paul Standard Honey Burst yang aku miliki sekarang akan di-let-go. So, oleh kerana Mr.Jairo biasa beli akseksori gitar (gitar beliau sendiri dibeli di situ)..maka aku ajak la dia pegi skali dengan harapan dapat diskaun lebih banyak. Ok, misi diteruskan dengan penyamaran Mr.Jairo sebagai pembeli dan aku sebagai 'Johari yang mengenal Maniam' huhuhu. Sebelum Custom tu dicuba, Jairo ngan rasa hencinya huhuhu tak la..dia ok je.. dia try Epi SG Emily the Strange. Aku tengok lawa gak gitar ni kan untuk buat koleksen. Tapi hajat di hati Custom. So..lupakan. Tapi masa test SG Emily ni, aku perasan dia punya logo Epiphone kat headstock tu agak 'dull'. Aku suspek sesuatu. Hmmm. Tengok serial number pula. Huhuhu. SJ07022453. Dari segi sound not bad la bagi aku. Kalau ikut kat Guitar Dater Project, serial number SJ07022453 tu dari Sae Jung Plant, China dan dibuat pada Februari 2007 dengan production number: 2453. Setahu aku, start dari 2002 Epiphone HANYA buat gitar (untuk pasaran asia) di Qingdao Plant/Factory di China. Serial number untuk plant ni bermula dari EE. So, kalau dari tempat lain selain dari Qingdao, berkemungkinan palsu (setahu aku, kalau salah betulkan). Kalau dari Korea, Epiphone dah stop buat kat sana since Samick dah stop buat kat sana la (Samick minta lesen ngan Epiphone nak buat gitar Epi ni). Ini bermaksud mana-mana produk Epiphone yang konon Made In Korea, dibuat tahun 2001 ke atas adalah FAKE!!. Pastu Mr.Jairo try pula Mocking Bird BC Rich Platinum Series. Huhuhu. Ni gitar cantik gak. Sound pun lazat dan lemak berkrim. Tapi Mr.Jairo sekadar mengetest je, maybe dia nak angkat la tu satu hari nnti. Aku minat gak BC Rich ni, tapi aku still jatuh hati lagi ngan Custom. Dan BC Rich aku tak tau nak tgk samada copy/fake or ori. Ok, last skali kitaorang try LP Custom. Gitar yang aku nak beli tapi Jairo bertindak sebagai pembeli masa tu (untuk mendapat harga yang murah huhuhu). Bila tengok je dekat..hmmm something wrong ngan Epi Custom ni. Korang tengok dulu youtube ni.

Ok, dah tengok kan. Ok ni yang aku jumpa atas pengamatan aku (sori, aku tak ambik gambar betul) :
a) tuner Grover emas dia tak kilat, kalau bagi kilat pun masih nampak ke'dull'an nya tu.
b) tengok kat headstock blakang, tuner tu senget skit.
c) logo trapezoid ke apa yg kat tengah tu besar sangat.
d) bahagian yg tutup trus rod pula dia punya ukiran 'Les Paul Custom' tu nampak gemuk.
e) kat headstock, lining putih dia pula macam ada kabur2 skit.
f) Serial number ok, dah start dari EE, bermakna gitar dibuat di Qingdaou plant (China), tapi decal dia tu kat atas sgt.
g) skru kat pickguard tu tak selari ngan knob.
h) takde stiker lifetime warranty
i) stiker kat pickup kecik sgt
j) kekemasan kureng

So, aku bagitau kat Mr.Jairo yang aku tak jadi nak beli. Jairo kata apa kat pekerja kedai tu "Dia ni (aku la tu) kalau tengok Epiphone macam tengok emas, tu sebab aku bawak dia skali" huhuhu...ko sempat buat lawak lagi...thanx tolong aku hari tu. Harga RM1+++ tak berbaloi untuk satu gitar yang palsu. Kalau tus-tus tadi ok la kan. Ni riban beb..riban... So kami tinggalkan kedai tu tapi ngan satu harapan lain, beli hardcase Gator untuk Epi LP aku kat rumah yang tak jadi jual tu.
Tapi nasib tak menyebelahi aku lagi. Semalam Jairo kata hardcase tu tak muat LP, so kensel la lagi. Huhuhu.