Monday, August 31, 2009

52


Si Dara bukan menangis, kerna Krakatau

tapi kerna bawang dihiris, malam pengantin
Si Uda bukan merintih, kerna petaka
tapi kerna lagu digema, pagi MERDEKA
- Search, Analogi 0.1



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52

Sunday, August 30, 2009

Bunga Api





Korang ingat lagi bila last sekali korang main bunga api? Huhuhu

Thursday, August 27, 2009

Ice Blended Honey Dew + Pearl


Ada lebih kurang 8 minit je lagi aku nak belasah air ni.. huhuhu..

Monday, August 24, 2009

Suara mu terdengar di radio

Start 17hb hari tu sampai la semalam, 23hb, line Streamyx down. Hari ni dah ok dah. Sebelum tu aku nak ucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa kepada korang yang tengah baca blog aku ni. Entry kali ni tak panjang. Cukup ngan gambar-gambar ni je.


Yeargh!! Belantara

Side 1

Side 2

Dulu2 ringkas je

Lirik


Ni la versi ori album 1st BELANTARA. Rok oo. Kalau nak baca review album BELANTARA ni korang klik kat blog ni. Aku punya favorite songs Jentera Pemusnah dan Sutra. Yang lain pun ok gak.

Hari ni masa sungkai a.k.a berbuka puasa bagi zon bahagian pedalaman bawah negeri Sabah (Membakut, Long Pasia, Tenom, Beaufort, Kuala Penyu, Weston Menumbok dan Sipitang) ialah pada 6.29 petang. Aku ingat nak pekena Ikan Pari bakar en.Amat Bubok la. Sedap ooo. Ok, Selamat berpuasa.

p/s: berteromber, portdy dan ijau: harap maaf, NKOTB tak dapat direview, sebab aku tak jumpa kaset tu. Huhuhu, NKOTB (kawan aku sebut nakotob).

Sunday, August 16, 2009

Tamu Jalan Gaya

Waktu keluar rumah: 5.30 pagi
Waktu tiba di lokasi: 6.30 pagi
Jarak: +-80km
Halwa telinga: Bat out of Hell II, Meat Loaf

Lepas subuh tadi aku bersama SirionSport-Wannabe bertolak menuju ke Tamu (pasar minggu) di Jalan Gaya, Kota Kinabalu. Tujuan utama beli rumput zoysian (philipine grass) a.k.a rumput carpet benggali. Aku tau kat tamu tu je ada jual, dah malas nak cari nursery. Agak cepat gak aku sampai. 1 jam tepat. Biasa 1 jam 30 minit. Huhu...aku keluar awal rupanya dan kereta atas jalan tak banyak. Ok, sampai je terus cari parking. Nasib baik jumpa. Kalau tak susah gak nak cari parking. Nampak side mirror aku yang penuh ngan nyamuk mampos dek kelajuan kerana aku bawak kereta tahap kelajuan cahaya tadi. Huhuhu. Ok, sampai je aku terus beli rumput dulu. Ni la tempat mamat jual tu. Aku sampai dia baru habis turunkan baja dari lori.
Lokasi dia ni depan Affin Bank. Rumput zoysian 2 x 1 kaki, dia jual rm7. Kat tempat lain rm9. Rumput jenis pearl pula rm8. Selesai beli, aku ronda-ronda kotaraya le dulu. Tamu Gaya Street ni start around 6.30 a.m. hingga tengahari. Macam-macam la barang yang dijual. Aku masa nak keluar dari rumah tadi nak bawak kamera, tapi ntah mcmana bleh tertinggal. Faktor umur kot.. huhu. So, aku snap guna kamera henpon je la. Gambar-gambar kat bawah ni antara benda yang dijual yang sempat aku snap. Nak tengok besar sikit gambar2 ni korang klik je ok.

Anak pokok Mangga versi gedabak. Kelapa pun ada.

Bantal/tilam dari jenis kekabu. Ada gak jenis biasa.

Jual tools pun ada kat sini. Teringat lagu Carcass, Tools of the Trade.

Tshirt Mount Kinabalu/Orang Utan/Headhunter dan macam2 lagi la, rm15 ke atas dan ke bawah

Kek lapis Sarawak, macam2 perisa ada. Harga rm15 satu (belum less). Kat Sarawak lagi murah kot.

Hasil kraftangan. Yg tu bubu tangkap ikan. Badang guna benda tu la tangkap ikan, pastu jadi kuat sebab makan muntah hantu. Nasib baik la kuat kan, kalau kena H1N1..huhuhu. Topi koboi half leather pun ada jual.

Ni bhagian hujung tamu. Aku tak kenal makcik baju oren ni. Maybe dia tau aku nak masukkan dlm blog kot gambar ni. Makcik, kim salam anak ye..huhu.

Kikik (Layang-layang) macam2 pattern.

Pakcik, main lagu Hallowed Be Thy Name satu bleh? huhuhu..

Bakul-bakul handmade dari rotan. Ada gak tudung saji.

Ni tshirt untuk budak. Kualiti kain jenis nipis. Bukan 100% cotton. Ni kalau perempuan pakai pastu tengah jalan tiba2 hujan, lupa bawak payung..huhuhu..

Selain kat Pasar Filipin, kat Gaya Street ni pun ada gak org jual butang baju melayu mutiara.

Kain Pua Kumbu. Yang minat corak2 tribal tu bleh la beli satu.

Beg handmade dari mengkuang

Key chain

Kaktus

Rotan, tongkat Ali dan kulat besar yg kat pokok2 tu, apa nama dia?? ling zhi ke?

Sarang semut. Bukan kuih tu, ni betul punya. Untuk ubat asma.

Serbuk kopi

Macam kat jalan Petaling.. imitation items, stylo milo ais satu!!!

Ni buah Naga kan.. kat depan ni dari Lahad Datu..ye ke??

Tembikar Sabah

Kuih cincin Papar. Sedap ni.

Amplang. Dibuat dari ikan tenggiri. Sedap ni, macam keropok. Ni buatan Tawau.

Ni yang jual mutiara, kristal. Sebelah dia tu jual anak pokok buah-buahan.

Ni untuk deko bersama Eric kot. Huhu. Seumpama, rama-rama..

Ni dia, gelang mutiara air tawar. kalau air masin mahal ooo.

Animal exploitation?? Kucing Parsi dan hamtaro huhu

Ikan laga/puyuh. Yang merah tu ntah spesis apa.

Ni pun untuk deko. Yang bela ikan dlm akuarium tu wajib beli kot?? huhuhu

Tu patung2 religious item. Macam kat Brazil.

Dia letak harga rm7.90.. kompom kalau tawar pun kurang rm0.90 je

Agak-agak kalau aku beli dan tanam boleh berbuah tak??

Para ibu mesti suka ni

Ni view dari tempat beli rumput tu. Seller baru nak letak barang. Aku awal2 lagi dah serbu. Huhuhu.

Pokok bonsai. Aku ingat nak beli la nanti.

Ok la. Harap korang yang baca blog aku ni enjoy tengok gambar2 tu. Aku round tamu ni dekat satu jam. Lepas tu aku balik dan sampai rumah lebih kurang 8.30 pagi. So total perjalanan campur round tamu = 3 jam. Rumput pun dah tanam. Ada rezki aku gi beli lagi. Nak bagi penuh laman kecik aku tu. Tak mampu la nak beli sekali harung. Huhuhu..