Monday, May 11, 2009

Earth A.D. / Wolfs Blood

"Die die die my darling
Don't utter a single word
Die die die my darling
Just shut your pretty mouth
I'll be seeing you again
I'll be seeing you...in HELL!!"
-Die Die My Darling, Misfits

Metallica ada rakam lagu ni dalam Garage Inc. Ni antara lagu fav aku dalam album ni. Dulu-dulu kalau aku beli tape aku akan tulis tarikh aku beli tape tu dan nama aku skali. Bukan apa, sebagai peringatan kat member2 yang pinjam bahawa tape tu aku yang punya. Huhuhu. Sekarang dah tak tulis dah, malas nak tulis. Dibeli pada 14 April 1994. Huiyoo.. dah 15 tahun rupanya. Kalau sekolah dah masuk tingkatan 3. Kena ambik PMR la dia tahun ni. Huhuhu.

Muka cover depan album. Ni cover Wolfs Blood sebenarnya. Yang kat dalam inlay ni pula cover untuk Earth A.D.
Tracklist untuk kedua-dua belah:

1. Earth A.D.
2. Queen Wasp
3. Devilock
4. Death Comes Ripping
5. Green Hell
6. Wolfs Blood
7. Demonomania
8. Bloodfeast
9. Hellhound
10. Die Die My Darling
11. We Bite

Ni album Misfits terakhir bersama Glenn Danzig sebelum menubuhkan Samhain. Ada bau-bau Hardcore Punk ngan lirik yang demonic skit. Tak macam sebelum2 ni. Tapi still Horrorpunk la sebab ada sebut perkataan "go!" (huhuhu tak de kaitan langsung, tapi kalau muzik horrorpunk aku slalu dengar perkataan ni). Aku tak nak review satu-satu lagu kat dalam album ni. Nak dengar semua lagu ni? Klik kat youtube sini untuk trek 1~4 dan sini untuk trek 5~10 (oppss..track 11 je takde). Korang bleh nilai la macamana. Lain orang, lain taste kan. Sebab bagi aku semuanya best. Ni aku nak kongsi je ngan korang yang nak baca post ni. Album original untuk album ni takde lagu trek 10 dan 11 dan rilis under Plan 9 Records tahun 1983. Yang Valentine Sound Productions (VSP) ambik ni dari rilisan Aggressive Rock Production, tahun 1983 gak. Dan tahun 1984 pula ditambah lagi satu trek "Mommy, can I go out and kill tonight". Lineup album ni:
Gleen Danzig-Vocals
Jerry Only - Bass
Doyle - guitar
Robo - Drums

Aku ada tshirt yg ada kaitan ngan album ni. Ni dia.
Macam biasa je tengok kan lukisan ni. Kat ne ye? Yang biasa tengok artwork kat METALLICA punya stuff mesti tau siapa lukis ni. Tengok kat signature tu pun bleh tau. Sapa lagi kalau bukan Pushead yang lukis. Kat belakang tshirt pula cover Earth A.D. Tapi tshirt ni dah koyak kat bahu, abang aku pinjam dan jatuh motor. Huhuhu. Simpan lagi tu, tapi tak pakai sebab paham-paham la bila kuat lapar ni. Ni ori tau, Giant Merchandising (bukan Giant Hypermarket ok). Aku ada gak satu yang tak ori. Sebijik kena copy, cuma dye je kasar skit ngan yang ori. Aku tak tau mana pegi dah yang tak ori tu. This tshirt pun sebenarnya 2nd, member aku jual kat aku sebab dia tak into Misfits sangat (1995, masa aku study kat Kelana Jaya). Dia tengok aku pakai yang tak ori punya, last-last dia (kesian kot kat aku huhuhu) jual la kat aku (patut kesian bagi la kan, huhuhu). Aku happy la kan, tu yang aku simpan lagi walaupun condition dah tahap balut nangka kot. Janji rok. Huhuhu. Ok la. Ngantuk dah ni. Esok kerja. Selamat berMISFITS!!

12 comments:

  1. aku rasa baik kau amalkan semula tabiat menulis nama/tarikh/lokasi setiap kaset/cd/dvd yg kau beli (aku masih amalkan dr dulu smpi skrg wlupun re-purchased guna ebay)... atleast nnti 10-20 thn akan dtg (mcm yg kau review ni) tgk tarikh & tmpt beli msti teringat nostalgia2 lama yg tersirat...

    ReplyDelete
  2. ko gila mau conteng cover vynil balzac tu hahahahahahahahah... kaset misfits ni lama juga aku pinjam dulu hhahahaha siap terus dubbing lagi!!!!

    ReplyDelete
  3. jgn tulis besar2... kici2 cukupla kat corner atas/bwh, just for the record... klu xmo conteng, gunala sticker, tag, anything... arkib personal, sejarah tu beb!

    ReplyDelete
  4. aku pun ada kaset ni...beli dulu semata2 pasal nak dengar versi asal Green Hell...aku suka yg Metallica punya ...aku bias...haha

    aku pun dulu rajin tulis date kat kaset...sekarang malas...

    ReplyDelete
  5. kagum aku ko masih simpan kaset2 ni semua

    ReplyDelete
  6. ijau: kalau main tulis nama ni yg ajar aku skipper talip..kalau tgk kaset nya mesti ada mcm ni..
    Harta Milik:TAB, pas tu datenya sekali..

    ReplyDelete
  7. aku tiru dari gaban (man r) bukan kip

    ReplyDelete
  8. Ijau
    aku tatap nda mo tulis dah

    Jairo
    btul tu bro. huhuhu. errr... 4 dlm 1 x best, cincau lemon baru best!!

    berteromber
    huhuhu. Metallica sokmo.

    deaf
    ada bnyk gak yg dah hilang dek pinjam atas pinjam. aku lg kagum tgk koleksyen vinyl Maiden ko. salute!!

    cimca
    TAB= Talip Abu Bakar. Skipper Pengakap 06

    ReplyDelete
  9. mr.danzig memang hebat. apa yang 'disentuhnya' menjadi emas! hingga ke hari ini bersama bandnya danzig, beliau menjadi ikon 'kegelapan' dalam sence muzik gelap. lagi satu yang gua suka ialah beliau suka menggunakan artwork mr. simon bizley yang brutal tak ingat!

    kombinasi yang cantik dan sempurna. danzig + biz

    ReplyDelete
  10. gayour
    yeah betul!!
    Danzig rules!!

    ReplyDelete
  11. inda mau tulis? hentam saja lah labu...

    ReplyDelete