Monday, December 27, 2010

Gemuruh Double Trouble ... hari kejadian


25hb hari tu aku gi tgk Gemuruh DT kat Surf Beach, Sunway Lagoon. Konsert DT yang ke-tujuh dan penutup bagi tahun ni. Aku dengar2 next year DT nak masuk 'Istana'. Kira yang ni kali ke-dua la aku sempat tengok (yg first, 24 Julai 2010 kat Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau, Tawau, Sabah...siri ke-empat).


Aku gi ngan 2 lagi sahabat. Masa sampai kat Sunway Lagoon aku tengok org dah ramai. Sesak betul. Aku tak bawak kamera masa tu, sbb aku cuma ada lens pendek yg sesuai utk ambik gambar dekat2 je. So, sori la ye gambo best2 takde (mcm la aku ni ambik gambo cun sgt kan..huhuhu). Gambo pakai henpon je la. Dah dapat masuk ke dalam, tempat konsert DT ni kat area Surf Beach, kena turun tangga lagi. Jauh gak la. Tapi bagus utk mereka yg berbadan XL mcm aku ni, cepat berpeluh...tak yah tunggu konsert start.....kekekeke. Dah sampai kat situ, org dah ramai dah. Kat booth jual tshirt pun mak aih...sesakkk...bnyk size dah habis. Nasib baik la aku dah beli by pos.


Ok, aku tengok tak macam kat Tawau la crowd yg dtg. Aggaran aku lebih kurang (anggaran ok, kalau silap tu paham2 je la..anggaran) ...ramai la..hahaha..10 ribu ada kot. Mula2 kitaorg kat belakang, belah Wings. Dah tu mencelah la ni, konon nak gi ke depan sekali, at least dpt port(dy) tengah pun ok gak. Tapi laluan dihalang oleh pagar. Diorg pisahkan dengan DiGi punya customer. Yang ni aku tak tau. Tiket harga sama.


So, kitaorg tak dpt la nak gi depan kan, aku tgk diorg punya pass masuk gelang kuning siap ada tulis dewasa lagi, yg kami ni kaler hijau, takde tulis apa. Takpe la, layan dari jauh pun ok gak (dlm hati bengang). Kedudukan kitaorg masa tu dekat ngan cameraman blakang.


Opening act malam tu oleh Hillary (ex-Search), Sham (ex-Wings), bassist aku tak kenal dan vokal oleh Azlan (A&Typewriter, ex-MUH). Diorg Cover lagu Fantasia Bulan Madu dan Intan ku Kesepian versi akustik. Tapi sebelum tu intro sekejap lagu Mentari Merah ngan apa satu tu aku pun lupa. Kemas la diorg bwk. Suara Azlan tu kan tinggi gitu. Huhuhu. Ok la, ak terhibur, yg lain pun aku tgk terhibur. Gambar kat bawah. Tak terang, sori.


Habis je diorg punya set, baru la Search dan Wings masuk. Macam biasa la intro lagu cover Iron Maiden, The Ides of March. Aku rasa kalau diorg bwk intro yg dlm album DT 1st tu pun ok apa, bagi masuk je la part2 gitar nak goreng2 perisa 3 rasa ke, sweet n sour ke....or gubah satu lagu utk intro yg baru. Pendapat je ok. Tapi sound macam ada sikit kureng. Macam tak belen. Dari telinga aku la. Lepas tu, lagu2 yg dibawak mlm tu.....baca la setlist diorang kat bawah ni.

Setlist Gemuruh Double Trouble @Sunway Lagoon

Set SEARCH + WINGS (tanpa Awie + Amy)
1) The Ides Of March (cover Iron Maiden)

Set WINGS:
2) Balada Pemuzik Jalanan (Vocal by Amy of Search)
3) Inspirasi Taming Sari
4) Romania

Set SEARCH:
5) Opera Hidup (Vocal by Awie)
6) Paranoid
7) Gothik Malam Edan

Set WINGS:
8) Jerangkung Dalam Almari
9) Orang Kita
10) Bujang Senang
11) Sejati (+ pemain2 biola, sori nama grup ciki2 tu aku tak tau)

Set SEARCH:
12) Cakap Memang Murah
13) Pelesit Kota
14) Mentari Merah Di Ufuk Timur
15) Pawana (bersama violin players)

16) Solo by KID of SEARCH
17) Solo by JOE of WINGS
18) Gelap Nan Terang (Joe + Kids, dan violin players)

Set SEARCH + WINGS
19) Medley (Rozana, Semalam Yang Hangat, Gadisku, Taman Rashidah Utama, Meniti Titian Usang, Misteri Mimpi Syakila)
20) Rock N' Roll Lu Punya Suka
21) Pasti

So, secara menyeluruh:
- Aku enjoy, walaupun ada jurang pemisah antara crowd...tiket bayar sama je...tapi ada pemisah tu yang aku tak tahan tu...lain la kalau tiket bayar asing2...ada sesiapa tau kenapa? aku tak tau.
- Sound ok ye, tak berapa ok pun ye gak la...tapi bukan bermakna tak ok langsung.
- Vokal Amy bnyk tak sampai.
- Org depan aku tinggi sikit dari aku, dia kat pagar, aku blakang dia. Kadang aku tak nampak kat depan.
- Masa lagu Gelap Nan Terang mcm tak selari je bila dekat last2 part tu.
- nama Kak Limah dan Husin famous....ceciter, ceciter..huhuhu
- Aksi Din tak macam DT kat Tawau, kat Tawau dia memang the BEST.
- Kasut member aku kena air sikit, tiba2 je air kat Surf beach tu ada.
- Lagu Paranoid macam tak ramai yang tau, sebab tak ramai yang ikut nyanyi.
- Eskalator nak kluar tempat tu tak jalan.
- Bootleg tshirt tak lawa. Jual kat luar sunway lagoon. Huhuhu.
- Sori en.matakucing dan en.pakcik kordi sebab tak dpt jumpe korang. Asyik terlepas je tempat nak jumpa. huhu. Ada rezki kita jumpa gak.
- Nak tulis apa lagi...tu je la.

Ok, babai.

Monday, December 20, 2010

Gemuruh Double Trouble

Langkah kanan betul... hahahaha...

Aku tau awal pun dari akaun facebook aku.
Setelah tak puas hati tengok DT kat Tawau, bukan sebab show diorang tak best, tapi lagu sikit sangat, tak sama macam DT KL or DT JB.

Aku harap kali ni lagu fav aku Mabuk Tujuh Lautan ada berkumandang. Hehehehe. Hari tu masa gi Tawau, nak tgk DT, nyaris en.Jairo nak muntah sebab aku asyik putar lagu ni.. hehehehe... kesudahannya, aku hampa diorg tak bawak. Tapi aku enjoy ngan 10 jam perjalanan + 500 lebih km (KK-Tawau), dan show kedua-dua band.

Ni dia tiket...


Tiket dah ada, tshirt... alahai... aku kalau balik sini, tshirt rock kompom tak bawak.. kekekekeke. Tshirt si Bender ada la. Takkan nak tengok pakai tshirt Bender of Futurama kot? Last-last aku gi kontek Grousiey, yg print baju diorang. Mula nak pegi ngan member hari Ahad lepas, tapi dia cakap Ahad tutup, so beli tiket je la masa tu kat Pertama Kompleks. Tak dapat gi kedai dia tak bermakna tak bleh beli, sekarang shopping dari rumah je. So, aku bank-in kat Grousiey dan 2 hari selepas tu...



Tshirt DT KL. Ni lagi satu, kat Tawau official tshirt guna silk-screen, dye putih mcm dulu2 punya. Tapi masa tu aku beli gak la. Walaupun tak lawa macam ni, plastisol printing. Balik besok ada masa aku upload.

Wokey... kalau dapat aku snap gambar nnti, aku snap la. Aku tak bwk kamera aku, guna henpon je la. Aku nak enjoy tengok live diorang.

Ok bloggers...Rock N Roll Lu Punya Suka.

Sunday, December 12, 2010

December

Tiket Maiden dah ambik. Senang hati dah ni. Skrg ni nak tunggu hari kejadian saja lagi.

Cuti ada lagi 3 minggu. Aku tak gi melancong mana-mana pun masa cuti ni. Gi round2 shopping kompleks je.

Anak aku kalau aku bawak jalan macam2 perangai. Yang besar nak Ultraman, yang kecik ok, tapi kalau dia nampak benda yang dia suka, mau satu shopping complex tu dengar dia jerit panggil "abah! abah!". Sabar je la. Hehehe.

Kali ni nak share sikit foto2 diorg pula, in black and white mood.


Ebony and ivory live together in perfect harmony


Side by side on my piano, keyboard, oh Lord, why don't we?


We all know that people are the same where ever we go


There is good and bad in everyone


We learn to live, we learn to give each other

What we need to survive together alive