Thursday, December 31, 2009

Hello Takapan

Yup, aku dah sampai Takapan semalam, kira-kira jam 8 malam. Flight MH068 aku delay. Nasib baik tak lama.

Dah la aku salah masuk gate, patut aku masuk gate utk domestik tapi termasuk pula gate international.

Sebenarnya aku tak tau flight aku tu pegi Taipei dan singgah kat KK. So aku tengok je la gate yg tertera dalam tiket tu.

Dan yang hampeh nya, masa nak cek in tu minyak rambut aku kena ambik dek polis airport. Polis tu pun bodoh, tak tau tengok tiket. Bangang. Benda2 liquid lebih dari 100ml akan dirampas kalau korang bawa masuk flight. Aku bagitau aku gi KK je sbb flight transit kat KK dan aku terdsalah masuk gate. Dia nak tunjuk kuasa dia tu la kot, eksen la perempuan tua tu. Mesti dia PMS masa tu. Huhuhu.

Ok la, ni untuk encik Portdy:

Dengan ucapan: Ni la kan yg ko cakap tu.. aku pun blum tengok lagi, baru je beli..huhuhu.. dan tahniah dpt baby girl.

Saturday, December 26, 2009

Jom Makan

Dinner aku hari ni

Sate Kajang Hj Samuri

Aku suka kuah kacang dia ni

Campur pula ngan sambal cili dia ni

Pastu pekena pula ngan nasi himpit

Timun jangan lupa.. hmmm bawang je takde ni

Blurpppp... Alhamdulillah. Next year baru pekena lagi sate ni..huhuhu.

Wednesday, December 23, 2009

Kisah Benar Sebenar-Benarnya

Hari ni aku nak cerita.
Kisah benar terjadi dahulu kala (tak la, sekitar tahun 1996-98.. dah tak ingat).

Alkisah tersebut la seorang pemuda yang bernama Shidi (bukan nama sebenar, tp seakan-akan). Dia ni ambik engineering, tinggal kat Kolej Jati (seksyen 3, Shah Alam). Yang pernah duk hostel mesti biasa ngan fogging2 ni kan. Biasa diorg sembur asap ni sebelah petang, membawa ke malam.

Ni kisah waktu petang. Waktu petang masa takde kelas, yakni merangkap hari Sabtu. So biasa la, kalau tak keluar dating, lepak or yg seangkatan dengannya, dah tentu la membuta. Hendak dipendekkan cerita, Shidi ni tidur bersama ngan member bilik dia. Tido pakai kain pelikat je. Jeans yang dipakai waktu pagi digantung di balik almari.

Pendekkan cerita lagi, petang tu ada pula org gi buat fogging. Banyak sangat kot nyamuk. Macam biasa, yang liat bangun tu dah sah tido ngan asap berkepul-kepul la jawabnya. Nasib baik la Shidi ni tersedar ngan roomate nya dek kerana bunyi yang bising dan asap yang berbau. So, dengan aksi Polis Angkasa Gaban yang laju menukar pakaiannya, dia pun mencapai jeans yang tergantung tadi dan terus pakai ala american katanya. Pakai baju dan terus ajak roomate dia ni pegi minum petang kat Seksyen 2 dengan menaiki motor yang disayanginya.

Bila dah sampai ke tempat yang dituju, semasa nak parkir kan motor EX5 kesayangannya tu, dia ternampak sesuatu kat tempat letak kaki motornya tadi. Kaler merah, sebijik macam dia punya spender. Dia ambik, dan betul..spender miliknya tersangkut kat tempat letak kaki tadi. Dengan selamba dia masukkan spender yang dah diheret beberapa kilometer tadi ke dalam poket jeans kesayangannya dan berlalu pergi mencari gerai nak hilangkan tekak yang haus dek asap fogging tadi.

Moral: Jangan letak spender yg tak pakai kat dalam jeans/seluar yg sangkut kat dinding

Sunday, December 20, 2009

hijau, merah, kuning, biru, jingga dan putih


Dah besar kan dia ni. Dah 6 bulan pun.

Tengok tak Rubik's Cube kat depan dia tu. Dulu (early 80's, tak ingat la tahun bila) menyampah aku ngan menatang ni. Buat-buat tak dapat. Last-last aku buka stiker dia tu, pastu tampal balik ikut sama kaler.

Tapi sejak aku tengok bebudak main benda ni balik, aku rasa nak try gak. Aku beli versi keychain kat Toy's R Us dua bulan lepas. Aku cuba ikut dia punya step yg disertakan, tp tak dapat gak. Aku tengok kat youtube. Sama gak tak dapat. Kecik sangat kot. So, aku lupakan.Tapi kejap je, masa sampai sini (rumah mentua aku), takde benda nak buat. Ntah macamana aku terbeli kat Tesco kiub ni (tak ori, tapi lembut bila pulas.. logo dia Brain's Cube, china mari). Aku buka balik youtube yg aku save. Aku ikut step by step. Ingat dia punya rumus..... Cukup seminggu, aku dah bleh cantumkan semua kaler. Tapi tak la selaju mana pun buat. But at least aku puas hati aku dah dapat buat semua... huhuhu

Sebelum aku terlupa.. selamat menyambut Maal Hijrah 1431H

Saturday, November 21, 2009

Long Vacation

Aku suka ngan lakonan Kimutaku sejak tengok cerita Long Vacation. Dia ni antara ahli kumpulan SMAP yg pandai berlakon. Korang pernah tengok cerita ni? Cerita ni dah lama dah main kat Jepun, tahun 1996 dulu. Kat Malaysia, cerita ni main kat TV3, tahun bila....aku pun tak ingat. Ingat ngan Cagnet yang aku cerita sebelum ni? Lagu2 diorang la yg banyak cover dalam cerita ni.
Aku malas nak ulas cerita ni. Kalau nak tau gak, korang klik kat link ni. Ok. Ryoko Hirosue ada gak berlakon dalam cerita ni. Tapi masa tu dia kecik lagi.



Aku pun sekarang ni nak ber"Long Vacation". Nak balik Kajang. Flight 666 aku petang ni jam 4.30. So maybe blog ni pun ber"Long Vacation" gak la. Kalau aku rajin cari line net, aku update la. Kalau tak..huhu bersawang la jawabnya.

Monday, November 16, 2009

Malas

Bukan malas apa
Tapi malas nak update
Mood cuti beb
Mood cuti..

Hehehehe

Hahahaha

Huhuhuhu

.... belasah Rubik's Cube la dulu..sambil-sambil layan Firebird kat youtube.

Sunday, November 8, 2009

What a Wonderful World

Yeah.. hari ni hari Ahad. Esok dah tentu Isnin. Kalau esok Selasa, dah sah korang tidur terbabas.

Dua tiga hari ni telinga aku ni asyik nak dengar lagu Louis Armstrong. Tak taulah apsal. Bila dengar lagu-lagu dia ni, rasa macam tengok cerita Walt Disney dulu-dulu. Klassik. Huhuhu. Tak silap aku kat Malaysia ni ada nyanyi stail dia ni kan, yang nyanyi untuk iklan roti sandwich tu (sori malas nak sebut jenama roti tu, nnti iklan free). Siapa tau nama dia? Aku tak tau.

Ok la, ni lagu pilihan aku hari ni. Selamat menikmati cuti hujung minggu anda.

Saturday, November 7, 2009

10-24 part 2

Aku dah boleh tidur lena... huhuhu


Wednesday, November 4, 2009

10-24

Sejak dua tiga hari ni, aku sering terbayang benda ni.
Ketagih betul la bila dah terjebak ni.

Nak beli ke tak ni? Adoi...


Friday, October 30, 2009

R&R R.I.P

"May all your nuclear weapons rust in peace".. ni la stiker yang ada kat satu bumper kereta yang Mustaine follow, masa dia tengah balik dari skydiving. Maka dari situlah wujudnya title album Rust In Peace. Yeah. Ni album Megadeth yang aku suka sangat layan. Ada satu lagi aku suka Youthanasia. Aku bukan la peminat tegar Megadeth, dulu-dulu dah nak jadi tegar dah. Tapi sejak Risk, aku dah mula ingat-ingat lupa band ni..huhu. Tapi still follow gak perkembangan diorang ni. Ok, jom tengok apa yang ada ngan cd ni.

Cover belakang untuk versi ni

Ni versi Remixed and Remastered (selepas ni disebut sebagai r&r..macam ayat peguam pula..huhu). Ada 13 lagu semuanya termasuk 4 bonus tracks. Sebut remix, haha dah tentu la ada tambahan sana sini.

Liner notes Mustaine. Ada ke dia kata nama Friedman tak rock langsung.

Untuk track bonus pula menyajikan lagu-lagu versi demo diorg yg tak banyak beza. Aku suka versi nyanyi demo untuk lagu Rust In Peace..Polaris. Kalau versi album, Mustaine macam nyanyi tak nyanyi, macam cakap je kan, tapi versi demo ni dia nyanyi part yang macam cakap tu.

Aku suka tengok dressing diorang masa ni. Rock ooo.

Lagi satu kan, kalau beli dari 1st album diorang (KIMB) utk versi r&r ni, sampai la album RISK (dan projek MD.45), kat tepi cd-cd tu nanti ada gambar si Vic Rattlehead. Macam Iron Maiden versi enhanced tu, kat tepi gambar Eddie 1st album Maiden. Sama la tu. Tapi aku ada dua je album versi r&r ni. Nak kumpul yang lain? Tengok la nanti.


Ni track list untuk versi r&r ni:
1. Holy Wars...The Punishment Due
2. Hangar 18
3. Take No Prisoners
4. Five Magics
5. Poison Was The Cure
6. Lucretia
7. Tornado of Souls
8. Dawn Patrol
9. Rust in Peace..Polaris
10. My Creation
11. Rust in Peace.. Polaris (Demo)
12. Holy Wars... The Punishment Due (Demo)
13. Take No Prisoners (Demo)
Untuk tracks versi demo ni, Chris Poland yang main lead gitar. Kesemua lagu dalam album ni best-best belaka. Semuanya sajian untuk telinga. Bagi aku ni album terbaik Megadeth.

RIP ni merupakan album Megadeth yang pertama aku beli tahun 90 dulu, tapi masa tu beli versi kaset. Album-album diorang sebelum tu aku rasa aku pinjam or maybe aku dengar selepas RIP ni kot. Tak ingat sangat la. Aku rasa aku pinjam kaset Jairo la kot.

Ni versi kaset yang aku beli masa mula-mula album ni rilis. Track yang aku suka sangat dengar dalam album ni..huhu dah tentu la track 1st, Holy Wars. Bleh klik kat sini untuk cerita lebih lanjut setiap lagu dalam album RIP versi ori dan bleh klik kat blog En.Berteromber dan En.Ijau. Kalau nak baca ulasan konsert Megadeth, bleh klik kat blog En.Deaf dan En.Abang Ben (review untuk album/koleksi Megadeth pun ada gak). Diorang dah tengok live dah Megadeth ni. Aku??? Dah gak.. tapi kat tv je la.. Huhuhu.

Friday, October 23, 2009

Mentari Merah Di Ufuk Ti...errr Barat

Malas betul aku nak tekan keyboard ni

Layan je la gambar aku ambik petang tadi

Jairo tak ikut skali
Dia nak balik KK nak jumpa bini

Ada yang tertinggal

Setelah terbenam mentari

Ada yang tertinggal

Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti

Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali

Bagai yang telah dijanjikan Ilahi

Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi


Wednesday, October 21, 2009

Cari Port Nak Sekodeng

Lokasi sekodeng: Pantai Borneo Golf

Bakal jadi tempat sekodeng Jumaat ni.
Jairo, sila tumbuk kad kerja ko awal skit. Huhuhu.

Monday, October 19, 2009

Dapat Semula

" Sukacita dimaklumkan bahawa setelah meneliti, pihak kami telah membenarkan tuan untuk mendapatkan semula penerbitan yang telah ditahan di bawah Akta ......."

- Aku bakal dapat semula CD yg ditahan.. tapi tak tau bila.. huhu

Saturday, October 10, 2009

Tshirt Tak Pergi Tengok

Aku kalau ada gig/konsert yang aku pegi tengok, kalau ada tshirt sempena gig/konsert tu dijual, memang sah aku beli. Tak kisah design dia macam hampeh ke apa, yang penting bagi aku tarikh dan tempat ada. Selain untuk kenang-kenangan, aku ni memang jenis yang minat sangat ngan tshirt rock ni.

Tu kalau aku pegi tengok kan. Tapi kalau aku tak pegi.. biasanya aku minta kirim kawan. kalau tak pun beli kalau jumpa kat mana-mana kedai yang ada jual. Tapi kes macam ni aku tengok pada design la, sebab aku tak pegi tengok. Huhu.

Search tu hari last konsert Di Awan Biru kat KL kan.. 1 Ogos. Masa tu member aku siap sms lagi kata dia tengah bawak motor nak gi tengok konsert tu. So, oleh sebab dia gi tengok, aku pun minta dia beli selai tshirt sempena konsert tu. Ni la dia design yang dia beli untuk aku.

Aku tak pasti samada design ni official produk atau tak. Sebab simple sangat. Kualiti dye yang diguna ok, takde masalah. Design yang agak oldschool bagi aku. Tempat yang diorang sepatutnya buat konsert tapi tak jadi pun ada. Anyway thanks to En.Matpet di atas kesudian beliau membelikan tshirt ni dan bagi free pula tu kat aku..huhu.

Next, 4 Oktober lepas Wings live kat Hard Rock Cafe KL. Yang ni aku kirim ngan En.Matakucing. Thanx bro. Baru je sampai hari Khamis lepas (8 Okt), tapi aku baru dapat ambik pagi tadi (10 Okt). Design dia macam ni la.

Kelihatan Awie dan Black berkepak.

Logo ni bleh buka. Tapi kalau korang buka kompom tshirt berlubang lubang macam kena gigit lipas. Design logo ni bukan sulam, tapi printed.

Design belakang.

Aku tak pasti samada memang sengaja nak buat design macam tu atau pun terlupa nak letak logo kat design..huhu. Tapi ok la kan. Tshirt dan dye yang digunakan pun berbaloi ngan harga RM45. Mula-mula buka sampul tu aku terkejut gak la, sebab aku buka aku nampak kain kasar semacam je. Rupanya goodie bag.

Thanx sekali lagi En.Matakucing dan En.Matpet kerana tolong aku untuk tshirt2 ni. Domo Arigatougozaimasu. Huhu.

Friday, October 2, 2009

Nikon D5000

Kawan aku mintak aku suruh tulis post ni. Baru-baru ni (6 hari sebelum raya) rumah kawan baik aku (nama terpaksa dirahsiakan, kepada pengomen yg tau siapa dia, please jgn tulis di ruangan komen tu ok) telah dipecah masuk pencuri. Masa kejadian beliau belum balik dari kerja lagi. Dan salah satu barang beliau yang hilang ialah kamera DSLR Nikon D5000.Spesifikasi kamera yang hilang tu seperti berikut:

a) Body Nikon D5000, Serial No: 8002815
With accessories :
Screen/LCD Protector
AN-DC 3 Strap
Nikon Camera Bag
8G SDHC memory card
Accessories Shoe Cover
DK Rubber eyecup
Body Cap
DK 5 eyepiece Cap (Pecah sikit)
ML-L3 Remote Controller

b) NIKON AF-S DX Nikkor 18-55mm with Tama UV filter

c) NIKON AF Zoom Nikkor 70-300mm with Tama UV Filter

d) lain-lain yang terdapat dlm bag Nikon tu: blower, berus kecik, lens tissue dan cleaning cloth

Semua benda-benda yang disebutkan tadi ada dalam beg tersebut, kecuali: MH-23 Quick Charger, EG-CP14 Audio/Video Cable dan UC-E6 USB Cable.

So, kepada sesiapa (aku rasa lokasi masih lg kat KK) yang ditawarkan kamera jenis yang sama secara 'black market' (ataupun maybe yg terbaca post ni dah terbeli ke), sila tinggalkan emel anda (di ruangan komen) di blog ini untuk dihubungi. Terima kasih.

Monday, September 28, 2009

Acara Tahunan


Ni acara tahunan aku + kengkawan lain... panggang kepak ayam. Setiap kali raya, memang kitaorang selalu buat.

Aku tak ingat since bila. Venue kat rumah aku ni pun baru 2 or 3 kali buat. Sebelum tu kat rumah en.Ilham a.k.a C6. Ni kira macam gathering la kan. Gathering bapak2 budak...huhuhu. Sambil makan, sambil sembang. Sembang punya sembang sampai la tengah malam. Bukannya selalu macam ni. Huhuhu.

Left to right: Aku, Samsul, Raem, Yas, Mantuk, C6, Ymi

Sunday, September 20, 2009

Pertunjukkan Bunga Api Percuma






Macam pertunjukkan bunga api la pula malam raya ni. Huhuhu. Gambar ni aku ambik dari halaman rumah mak aku kat kg. Gini la suasana lepas Maghrib tadi. Macam suasana perang pula dengan bunyi letupan sana sini. Ok la, selamat berhari raya.