Thursday, December 8, 2011

Angry Birds


Gila aa menatang ni. Bikin addict. Aku dah try main benda ni guna banyak platform, tapi main kat PSP gak best... bagi aku la...hehehehe.

Wednesday, December 7, 2011

Keras Tangan

Tak ingat mana satu...majalah Gila-Gila or Gelihati yang kluarkan tajuk "KERAS TANGAN" tu. Tapi bab tu aku suka baca sebab idea dia macam-macam dan pelik-pelik belaka.

Ilham dari tu, aku nak campurkan tshirt + bingkai gambar. So hasilnya seperti gambar di bawah. Yang ni benda yang aku dah keras-tangankan.



Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Tshirt yg ada design.
- Aku guna dari tshirt yg dah tak sedap dipakai, member beli kat bundle tapi besar sangat, dia tolak kat aku, RM5 je. Aku pakai pun besar. Pit-to-pit 23inch...aku tak muat, longgar dan tak selesa.

2. Bingkai gambar.
- Cari kat kedai-kedai yg jual barang-barang hiasan rumah. Murah je, bergantung pada saiz dan pattern. Aku beli kat KAISON, rm 9, size A5.

3. Gunting/gam
- Yang ni secukup rasa. Gam apa-apa pun boleh, asal boleh lekatkan baju yg dah dipotong ke papan bingkai. Kira yang ni kos overhed la, RM1.

Cara nak buat.....gunting je baju tu ikut frame, pastu tampal kat papan frame. Habis.

Total, RM15. Tu pun bergantung pada design yang korang nak bingkaikan.

....sori la, terlupa nak ambik gambar kerja sebelum kejadian. Next time aku tunjuk satu-satu, tu pun kalau rajin...PIS

Tuesday, December 6, 2011

Nevermind 20th Anniversary

Aku teringat ada seorang kawan aku tu kata "Nirvana? Satu lagu ni je best...Smells like teen spirit" sambil tunjuk kat lirik lagu tu yg kena siarkan dalam satu majalah apa ntah tahun 91 or 92...dan aku pun masa tu kata oooo je la. Tapi ntah macamana ada sorang kawan ni lagi dia bawak tape Nirvana album Nevermind ni dan kata satu album ni lagu dia best. Tak ingat tahun bila, tapi rasanya macam 93. Lepas tu baru la kenal ngan band-band yg seangkatan dengannya (Pearl Jam, Alice in Chains, etc.).


CD album ni mmg aku takde sebelum ni. Kebetulan tahun ni kena rilis pulak versi 20 tahun. Kenapa sampai tiga keping? Yang pertama (yg ada sticker Tune Talk), Speedy tengah offer beli 2, rm50 (utk cd yg terpilih, yg berharga rm29.90). Masa tu aku tak jumpa lagi yg dua keping dalam gambar tu. So, beli la. Yang kedua (Deluxe edition), aku beli sebulan lepas tu. Beli sebab aku suka bentuk digipak. Lagi pun ada dua cd dengan lagu-lagu unreleased. Dan yang last sekali, yang dapat tshirt (beli sebulan selepas deluxe edition). Yang ni semata-mata nak dapatkan tshirt.

CD or inlay yg ni sama macam yang 1st aku beli. Cuma casing je dia guna yg ada cop Warner (mungkin sebab casing asal pecah). Tshirt sama macam yang asal, cuma beza sikit je, kat depan ada logo 20 tahun dan kat belakang ada tulis 20th Anniversary dan font tajuk-tajuk lagu yang kecik sikit.
So itu sebab la sampai ada tiga keping. Balik nanti aku try ambik gambar yg deluxe tu. Ok. Nevermind. :)

Monday, December 5, 2011

On Board Flight 666


Aku tak sempat baca habis buku ni. Sempat belek-belek gambar je. Best-best gambar yg si John McMurtrie ni ambik. Patut masa cuti-cuti Malaysia ni bleh habis la baca....tapi malas pula nak bawa.
Harga yang aku dapat masa tu below rm120 termasuk shipping. Order kat Amazon UK. Kalau nak baca review buku ni, bleh cek kat blog en.Deaf.
Tak rugi beli, berbaloi.

Sunday, December 4, 2011

Heavy Metal HM-2


Post yg sekadar menjawab pertanyaan Ijau D. Koceng dalam post ni.

Saturday, December 3, 2011

No Prayer For The Dying

Aku bukan nak buat ulasan album. Aku saja nak kongsi apa yg aku ada, Iron Maiden - No Prayer For The Dying (LP, CD, Enhanced CD, tape + Single Holy Smoke versi tape). LP yang best, gambar besar oooo...hehehe.


Nasib la tak jumpa tshirt album ni. Dah try gak tengok-tengok kat webshop diorang, tapi belum ada reprint lagi. Last year member aku beli tshirt yang cover enhanced cd tu kat Campbell. Aku kalau boleh nak carik yang cover betul ni. Korang perasan tak tangan kiri orang yang kena cekik tu, macam tak kena je kan? Huhuhuhu.

Friday, December 2, 2011

kolaj

Dis(m)ember datang lagi.... Kali ni aku post pasal kolaj gambar anak-anakku. Gambar dari lahir, sampai la tahun ni. Aku guna application Turbo Collage. Free je. Boleh cari apps ni kat Tab korang.
Ok, selamat.


p/s: nasib baik aku tak turun bandar Kajang tadi.... banjir terukkkk!!

Tuesday, April 12, 2011

Yang sempat disnap masa tu.... Iron Maiden di Singapura

Aku ambik guna henpon je sbb aku takde kamera kompak.
Ambik masa lagu bukan fav. Kebanyakkan gambar Janick dan Harris je sbb masa aku sampai kat pen A ni, aku dpt cilok dan menyempit kat belah Janick je.
so, layan je la ye.



Brader ni sambil jaga sambil layan air guitar


Jauh betul la pakcik dua org tu


Aku suka gambar ni sbb aku suka...hehehe


dpt gak bikin starlight guna henpon je tu..huhuhu


Pakcik Harris


Tersengih pulak dia tgk mamat botak tu. Tapi best la tgk dia ni main depan mata.


Ala janick ni, bukan dia nak tuju kat aku tu, org kat sblh aku tu, aku tau, trick lama la pakcik oooiii


Kiptin!


Wohohohoho tattoo siapa ni?? kacau aku nak ambik gambar. Hehehehe.


Gegar sbb buat 2 benda dlm 1 masa; ambik gambar dan banging!


Teknik panning. Hehehehehe.


Kaki romen gitar dia ni..kekekeke


Layannnn


tengok tu, mata dia tgk siapa. aku tau la siapa dia tgk tu.


Sayang betul la, masa Adrian ngan si Murray dtg belah sini, aku tgh ambik video guna henpon gak. So tak sempat la nak snap.



....dan wajah-wajah North Borneo Troopers yg penuh keinzalan.

Monday, March 7, 2011

Mac 2011

Entry pertama 2011. Hahahaha. Lama oooo...lappy bermasalah. Ingatkan nak upload gambar. Maiden yg aku ambik guna kamera henpon. Since lappy aku bermasalah, biasanya aku pinjam lappy org rumah.Tapi bila mood nak update je, org rumah pula guna lappy. So nnti je la. Ni pun update guna henpon. Gambar tak dpt nak upload. Aku tak reti nak upload gambar kat blog ni guna henpon. So ni je la yg dpt aku post. Saja nak bgtau aku masih into blog lg, cuma jarang-jarang la sikit.
Itu hari masa tgk Maiden kat Singapore, selain shot gambar, aku ada gak rekod guna henpon, aku rekod tak penuh. Ada la 3-4 lagu aku tak rekod. Sound clear gak la sbb suara aku jelas kedengaran ngan lirik yg lintang pukang. Hahaha. Happy ooo dpt berdiri kat depan skali...kekekeke...dah la. Stop dulu. Leceh la tekan keyboard kecik sgt ni.