Friday, December 14, 2012

Belum dapat...



....pegang lagi. Gambar yg di post kat aku punya fb oleh my abang. Sampai 5 Disember hari tu. Tak sabar nak belek-belek-and-play. Yang ni untuk sesi penghantaran yang kedua dari 8 keping yang diriliskan semula untuk siri Limited Edition Picture Disc. Yang ketiga nanti (Live After Death dan Powerslave) sepatutnya dijadualkan penghantaran pada Disember ni, tapi diorang tunda ke bulan Januari tahun depan, mungkin diorang nak sambut raya kot. Dah dapat pegang nanti, aku upload gambar.

Wednesday, December 12, 2012

The Best of Bloodshed Ensaiklopedia




CD yang agak lama juga dicari sejak ternampak gambarnya (cover hadapan CD ini) di laman facebook Warner Malaysia pada akhir Disember tahun lepas (2011), akhirnya berjaya dimiliki Disember tahun ni. 


Ianya sebuah kompilasi lagu-lagu terbaik dari band rock lagenda Bloodshed yang mengandungi 24 buah lagu yang dipetik daripada 3 buah album Bloodshed iaitu Ilusi Sebuah Mimpi, Samarkand dan Villa Misteri (album dimana mereka menukar nama dari BLOODSHED menjadi BLACKSHED). 

Daripada 24 buah lagu tersebut, 5 buah lagu dari album Ilusi Sebuah Mimpi, 10 buah lagu dari album Samarkand dan 9 buah lagu dari album Villa Misteri.

Tracklist:
CD 1

1. Samarkand
2. Peristiwa
3. Carilah Wajahmu 
4. Di Bendung Kasih
5. Fesyen
6. Marilah Berjuang
7. Missi
8. Ensaiklopedia Siswa
9. Bermuda
10. Mata Cinta
11. Harimau
12. Pertumpahan Darah

CD 2
1. Jangan Terpedaya
2. Tanah Air Api Angin
3. Waspada
4. Srikandi Cintaku
5. Fillo Bercandi
6. 1 & 1000
7. Kota Itu
8. Mengenggam Bara
9. Kota Itu Ilusi
10. Satria Mega
11. Panah Arjuna
12. Tangisan Salju Di Khatulistiwa

Apa? 10 buah lagu dari album Samarkand?? Satu album penuh tu. Villa Misteri kurang satu lagu (lagu Villa Misteri), kalau tak jadi album penuh juga. Untuk lagu-lagu dari album Ilusi Sebuah Mimpi....aku kecewa sebab lagu Ilusi Sebuah Mimpi tak dimasukkan sekali sebagai THE BEST.....huhuhu.

Gambar atas bumbung bangunan, dari album Ilusi Sebuah Mimpi. 

Cover depan gabungan elemen-elemen utama bagi ketiga-tiga album. Ada tangan dengan gitar (Ilusi Sebuah Mimpi), Kuda (Samarkand) dan Kerusi (Villa Misteri). 


Takde info menarik kat dalam kertas-CD-lipat-dua ni, cuma senarai lagu kat dalam. Kompilasi (2 CD) ini boleh didapati pada harga RM27.90...sekian.

Tuesday, November 6, 2012

Limited Edition Picture Disc, Iron Maiden - Killers

Orait. Kali ni album yang kedua pula.....KILLERS


Belakang. 


(c)2012


petik gambar dekat sikit. Testis...opss..test test macro kamera Ixus.


Masa nak ambik gambar pintu pagar lipat ni, ingatkan nak buka kertas macam obi tu, tapi ketat pula, takut koyak la katakan...so aku biar macam tu je la...hehe


Insert. Lirik-lirik lagu. Murders In The Rue Morgue, faveret aku untuk album ni.


Sekolah lama. Bullet belt idaman dari dulu. 


Ni la piring dia, gambar single Twilight Zone


Sebelah dia Purgatory. Puas hati dapat tengok detail lukisan ni. Orait. Lagi dua menyusul bulan November ni. Tapi tak dapat nak ambik gambar sebab masa piring tu sampai nanti aku cuti-cuti Malaysia sampai hujung bulan Dis(m)ember. Tshirt untuk album ni aku ada, skali ngan Purgatory ni. Tapi malas nak selongkar-dan-ambik-gambar. Next time la, kalau rajin. Jumpa lagi di Post yang akan datang. Terima kasih jengok blog-lembap-nak-update ni.

Thursday, November 1, 2012

Limited Edition Picture Disc, Iron Maiden

Yes, sudah sampai


ada lapan semuanya, tapi baru dua yg diterima


Kotak free, dapat masa pre-order


dari tepi kotak, nampak lebih kurang macam ni


list yang perlu diisi dalam kotak ni, mesti isi ..hehe


belakang kotak bahagian bawah sekali, dia tulis not for resale...tapi mesti ada yang resale punya la nnti


Original artwork jugak la yang best dari versi enhanced


Belakang sama macam yang asal


Pintu pagar lipat


insert dengan lirik lagu dan background gambar diorang


insert sebelah dia 


Picture lp, tebal


ni sebelah dia


Yang ni bukan picture lp, saja tumpang glamer. Piring hitam legam versi Fame, enhanced cd dan cd dari Fame


Keluarga bahagia tak cukup lagi ni, tape takde, lari dari rumah. Tshirt reprint tahun lepas, design kat depan je, belakang kosong. 



belakang cover lp picture disc dan versi fame. Plastik pembalut lp ni courtesy dari plastik baju Maiden, ngam2 masuk. So next time kalau korang order tee dari official shop diorang, plastik baju tu boleh jadi bikin simpan lp.


Ada 6 lagi nak diisi. Yang second tu next entry aku post gambar-gambar dia. Orait, semoga terhibur dengan gambar-gambar riak maidenwi ni. Terima kasih.