Monday, March 30, 2009

Aww.. geli mat!!

Aku tak pernah tujukan lagu untuk ssesiapa sebelum ni. Tapi kali ni aku nak jugak tujukan lagu best ni buat rakan sejawat yang hanya mahu dirinya dikenali dengan nama Mantap, dengan ucapan ko memang MANTAP!! Dengarkan....



Hahahaha...memang geli mat lagu ni...hahaha

Sunday, March 29, 2009

Panas...Panas!!!

Mak ai panasnya hari ni.
Dah tak macam dulu lagi.
Apa yang dah diorang buat ni?
Sampai panas macam ni sekali.
Bikin darah naik tinggi.
Tapi ni cuma duniawi.
Akhirat jua yang hakiki.

Sunday, March 22, 2009

機甲創世記 モスピーダ (Kiko Soseiki Mosupida)

機甲創世記 モスピーダ atau sebutan dia Kiko Soseiki Mosupida, tajuk sebenar anime Mospeada, anime time aku damit2 (kecik2) dulu (sekitar 80an). Juga dikenali sebagai Genesis Climber Mospeada. Kalau masa main kat siaran RTM dulu (aku tak ingat la mana satu, RTM1 atau RTM2) tajuk dia Mospeada je kot (lagi skali aku lupa). Tapi yg penting perkataan Mospeada tu tetap sama. Perkataan MOSPEADA adalah dari akronim Military Operation Soldier Protection Emergency Aviation Dive Armor. Panjang sangat, patut la jadi MOSPEADA je. Aku ada box set anime ni. Minat sangat membuatkan aku cari kat kedai2 anime di sekitar KL. Last2 jumpa kat Kafu. Yang buat aku suka cerita ni ialah motosikal yang bleh tukar jadi perisai (Armor Cycles), menjadikan pemandunya nampak mcm ala2 robot (tengok gambar cover depan kat atas ni). Kalau nak tau motosikal ni sebenarnya ilham dari Suzuki Katana masa tu. Selain dari tu, ada satu lagi mecha yg digunakan yg diberi nama Armo-Fighter AFC-01 Legioss. Fungsi mecha ni (bleh tukar dari jet pejuang-gerwalk-robot) lebih kurang sama ngan VF-1 Valkyrie variable fighter (The Super Dimension Fortress Macross). DVD box set ni ada 3 keping dvd kat dlmnya. Disc #1 ada 9 episod (ep.1-9), disc #2 ada 9 episod juga (ep.10-18) dan disc #3 episod 19-25 dan OVA lagu Love Live Alive. Mospeada ni cerita berkisar sekitar tahun 2050~2083, di mana alien yg diberi nama Inbit telah berjaya menawan bumi (2050). Waktu ni juga HBT (hydrogen fuel) dicipta sebagai pengganti minyak (bg menangani masalah pencemaran masa tu). Bila Inbit dah tawan bumi, manusia tak mampu nak lawan, ada yg dah berhijrah cari perlindungan kat bulan. Pastu nak dipendekkan cerita, pasukan askar dari Marikh dihantar untuk membebaskan bumi dari tawanan Inbit. Tapi, fail juga. Dan masa ni tunang kepada hero (Stick Bernard) turut terkorban. Misi pebebasan yang kesekian kalinya pula Stick ikut. Tapi kalah dan nasib menyebelahi dia kerana terselamat dari terkorban. Masa ni la dia jumpa ngan geng2 yang lain (Ray, Mint Jim, Yellow) dan perjalanan untuk menghancurkan pengkalan utama Inbit pun bermula. Sebut je anime, mesti ada opening song ngan ending song kan. Anda yg follow cerita ni tentu ingat lagu opening anime ni kan. Tajuk lagu opening ni ialah 失われた伝説(ゆめ)を求めて (sebutannya Ushinawareta Yume O Motomete) atau dlm tajuk Inggerisnya ialah In Search Of Lost Legends. Kalau fans utk anime ni pula bg nama lagu ni sebagai Lonely Soldier Boy. Penyanyi untuk lagu ni Andy. Andy apa, aku pun tak tau. Kat Malaysia dah ada band yg cover lagu Lonely Soldier Boy ni, kalau tak silap band Hujan. Ending song utk anime ni pula lagu yg diberi tajuk Blue Rain, nyanyian Andy dan Mine Matsuki. Lagu yg berentak Jazz gitu. Harmony Gold dan Carl Macek dah ubahsuai cerita ni ngan ubahsuai dialog dan potong babak2 tertentu supaya cerita ni jadi kesinambungan dlm saga Robotech. Robotech saga ni sebenarnya tajuk hasil dari gabungan tiga anime, The Super Dimension Fortress Macross (Robotech), The Super Dimension Calvary Southern Cross (Robotech Masters) dan Genesis Climber Mospeada (Robotech: The New Generation). Nak tau lebih lanjut pasal cerita Mospeada ni, korang klik la kat sini. Ni lirik lagu Ushinawareta Densetsu o Momete a.k.a Lonely Soldier Boy

Aoi naifu ni atsume ta MOONLIGHT
Ikiba na kushita omae o utsusu jujika
Ima wa kizanda yume o
Michi zure ni shite tabi ni deru ga iisa

DO YOU REMEMBER THAT OL' LULLABY

Toi hi ni okizari nishita monogatari o
Ai ni kaete uta ate ageru
Otoko wa dare mo LONELY SOLDIER BOY
Jujika seotta LONELY SOLDIER BOY
Kohaku iro no otoko no yume doko ni

Yume no atsusa ga kanashisugiru
Migite no hikaru naifu yoru o kirisaku
Tada no kuchizuke dake ja
Sabishii darou daite ageru sono inochi

DO YOU REMEMBER THAT OL' LULLABY

Kono hoshi ni akari tomoshita monogatari ga
Mezame ru made uta ate ageru
Otoko ha itsumo LONELY SOLDIER BOY
Kokoro sabishii LONELY SOLDIER BOY
Kohaku iro no otoko no yume doko ni

DO YOU REMEMBER THAT OL' LULLABY

Toi hi ni okizari nishita monogatari o
Ai ni kaete uta ate ageru
Otoko wa dare mo LONELY SOLDIER BOY
Jujika seotta LONELY SOLDIER BOY
Kohaku iro no otoko no yume doko ni



OK, selamat berMOSPEADA... " Do you remember that ol'lullaby "

Saturday, March 21, 2009

728 Misfits

Artikel ni aku copy dr Wikipedia. Korang suka ke tak, baca je la, aku tak de idea nak tulis ni. Lalalala.. baca je lah. OK.

Side-Projects
Apart from the main band, Balzac is also well known in the scene for their multiple side-projects who mainly consist on the same members of the band playing on a different style or under an specific theme.

Zodiac
The origins of this band date back to the year of 2004 when Balzac first released a CD entitled "Zodiac Killer" under the name of Zodiac and even going further by playing live events under that name too. Both the name and lyrics of the band, as well as the merchandise, are based in the famous
North American serial killer know as the Zodiac Killer. This cold-blooded assassin gained much recognition for his cruel killings and encrypted letters that sent both to the police and newspapers. He was never caught. On 2006 the band created the Zodiac Fan Club (Z.F.C.), and off-shoot of the Fiendish Club dedicated to the new band and only available for Japanese
residents, they also released the first and so far only full-length album, "Beware On Halloween". The musical style of Zodiac's song have the same sound and style as old Balzac songs during the first years of existence of the later band. As they do with Balzac, the band has also released toys and clothing under the Zodiac's name and image.

The Deranged Mad Zombies
The Deranged Mad Zombies, like Zodiac, is a band composed by the same members of Balzac and first appeared on 2006. The name came come from various influences of singer/songwriter Hirosuke. "Deranged" is the title of one of his favorite movies. "Mad" derives from the name of one of his favorite Japanese bands, the
Mad Capsule Markets and "Zombies" is taken from The Misfits song "Astrozombies". More than a side-project, this band is an experiment by the band members who felt like doing it just for fun. All the songs released under this name are in fact Balzac songs, mixed down rougher and trashier, giving each song a more of a lo-fi and under-produced sound. For the full-length album the band launched under this moniker they kept their identities hidden using nicknames and showing no track list and band photo in the package. Only 20 copies of the self-titled CD were pre-ordered before the fans found that this was in fact Balzac in disguise. So far the band has released two more albums and one official bootleg under this name.

728 Misfits: NANIWA Misfits
728 Misfits, also known as Naniwa Misfits, is a Misfits-cover band formed by the same members of the Japanese horror punk band, Balzac. This is the less known side-project of the band and the only one without any official release. So far Balzac has kept this band only for special and rare live events, without any know plans on releasing anything using this alter-ego. Around the Internet on p2p programs can be found a bootleg containing a rehearsal of this band, as well as a bootleg video of their famous live event in Molotov Club in
Hamburg,Germany.

Thursday, March 19, 2009

Wednesday, March 18, 2009

Hujan

Lebat betul hujan petang ni. Sambil minum kopi panas secawan, aku nyanyi lagu dari band SYJ Sofea ni (dalam hati je ...huhuhu).

Ku terperangkap dalam kedinginan
Titisan air bercurahan
Apakah ini erti kesedihan
Pada makhluk bumi yang berkhayalan

Hujan sungguh menyejukan
Hujan banjir menakutkan
Hujan pada kehausan
Hujan lambang keagungan

Lihat awan hitam di ufuk barat
Berwaspada sekelian penghuni bumi
Guruh berdentum petir menyabung
Isyarat pertama untukmu bersedia

Hujan membasahi bumi nan indah
Pak tani kegembiraan
Padanya untuk yang memerlukan
Rahmat Tuhan yang menguasai

Hujan sungguh menyejukan
Hujan banjir menakutkan
Hujan pada kehausan
Hujan lambang keagungan

Tuesday, March 17, 2009

Guitar Hero Action Figure

Pagi tadi aku gi KK, teman abg aku ambik brg2 komputer. Aku tgh Cuti2 Malaysia la katakan. Huhuhu. Dah habis urusan, kitaorg gi la One Borneo, shopping complex kat KK yg ala2 Mid Valley. Kitaorg gi Toys R' us. Saja nak tgk2 mainan. Tgh best tgk, tiba2 abg aku tunjuk satu model mainan/action figures. Pergh... GUITAR HERO 2009 Mix & Match Guitars Wave 1. Model gitar dari video game GUITAR HERO, keluaran McFarlane Toys. Ala yg buat toy SPAWN tu. Aku terus belek2 mana yg best. Ada 4 model utama, Widowmaker, Feedback, Voracious dan Frydaze. Setiap satu model ada 3 design yg berbeza. So total ada 12 model kesemuanya. Model ni korang bleh tukar2 dia punya neck, headstock dan body gitar. Tapi pastikan korang beli lebih dr satu la. Model ni dijual dlm dua pek yg berbeza. Pek 1 = satu gitar dan satu lg pek duet... hmmm 2 buah gitar. Aku beli yg pek 1, model Widowmaker Flame Rod.
Macam ni la lebih kurang bila dah buka dr pek. Mcm biasa je tgk body dia ni kan. Macam BC Rich Warlock seh. Ukuran lebih kurang 11cm. Siap ada gitar stand tu. Harga RM10.90, kalau pek duet tu RM20.90. Aku beli pek 1 sbb nak try-test-tengok dulu sama ada ok ke tak dan jawapannya...OK bah kalau ko..hehehe. Ni gambar model Lars Umlaut. Karektor yg aku slalu guna dlm game GUITAR HERO. So, pada peminat2 game GUITAR HERO, tunggu apa lagi. Dapatkannya sekarang. Next time nak beli lg la. Are you ready to rock?

Monday, March 16, 2009

Yang Ditunggu Sudah Tiba Versi Eddie Cyborg

Pukul 3.20p.m. td tiba2 je terasa nak buka peti surat kat Pejabat Pos Bua (Membakut). Biasa abang aku yg buka, aku kdg2 je. Tapi hari ni macam ada benda panggil suruh gi situ. Aku ambik kunci SirionSport-wanna-be dan terus pegi tmpt yg hendak dituju. Buka je peti surat, hah kau, ada slip suruh ambik brg kat situ. Aku masuk dan terus panggil Cyril (melalui Mr. Don, pegawai pos yg bertugas masa tu). Cyril tgk muka aku je terus dia gi ambik bungkusan utk aku tu (Kali ni dia tak call aku sbb no phone tak tulis kat alamat penerima). Lepas aku sain kat tmpt penerimaan, aku blah dgn muka ceria. Kat sampul tu ada cop Royal Mail Great Britain ngan return address dr United Kingdom. Sah! Tak silap lg, order aku selamat sampai kat tgn aku hr ini. Aku order 4 Mac lalu, sampai Jumaat lepas (13 Mac), 10 hari je. Tapi aku baru dpt td. Patut la Jumaat lepas mcm ada rasa lain mcm je. Hehehe. Kali ni tak de cop dilepaskan kastam. Maknanya brg aku direct terus ni, tak singgah kat kastam. Tshirt yg aku order dr The Official Iron Maiden Shop selamat sampai ke tgn aku. Ni gambar dia. Tshirt dgn design Eddie Cyborg kat depan dengan tak de logo IM (tak perlu kot sbb peminat tegar IM confirm tau tshirt ni tshirt IM). Design kat belakang pula mcm ni. Logo + Somewhere Back In Time World Tour 08. Simple. Aku suka design2 simple mcm ni. Aku order size XL. Nasib baik ngam. Kain pun sedap pakai, 100% cotton. Sesuai ngan cuaca kita. Tshirt keluaran B&C, Made in Bangladesh (ingatkan buat kat UK td....huhuhu). Dia sertakan skali invois shopping mcm kat bawah ni. Aku snap separuh je invois Shipping utk ke Sabah (tak tau la kalau gi Semenanjung brapa 'hinggit') 7GBP, utk selai tshirt. Sama mcm aku order tshirt Balzac, tp Balzac guna USD. TOIMS ni ada sertakan note bg tau apa yg perlu korg buat kalau nak return size/brg yg silap. So kalau korang minat, bleh la order kat TOIMS ni. Banyak barang best lg. Jersey bola ngan logo IM pun ada. Harga bleh tahan jugak. Pendek kata aku puas hati order/beli kat TOIMS ni. Ye la, tak dpt gi tgk konsert IM, dpt tshirt IM pun jadik lah....huhuhu...Up the Irons!! Yeah.

Sunday, March 15, 2009

MANOWAR – Fighting the World

Fighting the World every single day
Fighting the World for the right to play
Heavy Metal in my brain
I’m fightin’ for Metal ‘cause it’s here to stay


Alkisah aku ada dua versi album Manowar-Fighting the World ni. Versi CD dan vinyl. Mula beli versi vinyl (ehem..abg aku da yg beli, skrg ni aku yg simpan), lepas tu baru beli versi CD (yg ni aku beli). Meh aku cerita skit lagu2 apa ada dlm album ni. Kita tgk track apa yg ada dlm album ni.

1. Fighting the World – 3:53
2. Blow Your Speakers – 3:43
3. Carry On – 4:19
4. Violence and Bloodshed – 4:01
5. Defender – 6:06
6. Drums of Doom – 1:16
7. Holy War – 4:45
8. Master of Revenge – 1:34
9. Black Wind, Fire and Steel – 5:16

Hah kau, siap minit lagi aku bg (ni ikut mcm kat CD, kalau kat vinyl dia punya minit berbeza). Album di bawah rilisan Atlantic Recording Corporation (Atco) ni mula dirilis pd tahun 1987. Bagi aku album ini adalah antara album Manowar yg best selain Kings of Metal (yg terbaik pd pendapat peribadi aku, huhuhu). Album yang lain bukannya tak best, best gak, cuma yg dua ni lain skit (skali lg, pendapat peribadi).

Jom tgk track 1, dimulakan dgn pukulan drums Scott Columbus, pastu gitar Ross the Boss dan bass Joey DeMaio, pastu suara ramai2 menyebut perkataan “fight!” mcm time konsert pastu barulah Eric Adams memuntahkan vocal bertenaganya.

Track 2, Blow Your Speaker, dimulakan dgn rentak biasa, “Wrote a letter to the MTV” lirik permulaan nyanyian Eric Adams. Agak rock n’ roll skit lagu ni. Ada cerita disebalik lagu ni. Aku tak ingat la, mesti psl rancangan MTV gak ni. Yang aku tau lagu ni antara lagu pilihan VH1 sbg antara 40 Most Awesomely Bad Metal Songs. Mesti kes dendam kesumat ni. Tp bg aku, best. Aku rasa diorg (VH1) dgr tak korek/buang taik telinga kot.

Ok, track 3 pula lagu fav aku. Catchy dan sing-a-long, “For as long as we’re together then, forever Carry On”.
Track 4, dimulakan dgn siren bomba, polis, bunyi keta, helikopter, pastu drums. Lagu ni lagu tipikal style/trademark Manowar.

Track 5, featuring Orson Welles, dan album ni dirilis 2 tahun slps dia meninggal dunia. Kisah pasal sorg anak yg jumpa surat wasiat ayahnya. Suruh dia jd defender. Dimulakan ngan petikan petikan gitar dr General VanClibreen Philharmonic, pastu suara Orson baca surat pastu Eric jerit “Father, father...”. Lagu ni berentak slow skit. Aku suka lagu ni.
Track 6, lagu instrumental versi drums ngan additional drums oleh Vince Gutman.

Track 7, lagu yg disambung terus dr track 6. Dgr lagu ni mcm nak gi perang je. Lagu pun tajuk perang, Holy War.

Track 8, lagu lirik empat kerat, mcm pantun pula. Lebih pada bunyi2 gitar Ross.

Track 9, lagu terakhir dlm album ni dan dimulakan dgn strumming bass Joey yg laju. Eric masuk, Scott pukul skit2 drums dia pastu...hanguk...best.

Aku suka tgk cover depan album ni. Kalau Iron Maiden ngan Derek Riggs sbg illustrator, Manowar pula ngan Ken Kelly. Lukisan cover adalah line-up Manowar tgh berdiri (dr kiri Ross the Boss, Joey DiMaio, Scott Columbus dan Eric Adams) diikuti dgn berjuta org follow dr blakang. Ada yg ikut angkat2 tgn gaya Eric Adams. Sampai lava gunung berapi pun diorg redah. Tukul ngan pedang biasanya ada dlm setiap cover rilisan Manowar. Ok lah. Aku pun dah lapar ni.

"Death to False Metal".

Friday, March 13, 2009

Superman Brunei

Superman ada kat Brunei?
Hahahaha... lawak Superman versi Brunei.
Layan...


Tuesday, March 10, 2009

Capella Metal???

Van Canto, band Capella Metal dari German ni terdiri drpd 5 orang vokalis dan sorg drummer. Yang nyanyi betul 2 org je, 3 org lain buat2 bunyi gitar dan bass ngan gunakan suara mereka. Hmmm, mcmana dia punya sound ye?? Korang tgk la clip diorg yg aku ambik dr youtube ni. Ni lagu cover Iron Maiden - Fear of the Dark (versi studio ngan versi bootleg) dr album diorg yg berjudul HERO. Korang suka atau tak, terpulang. Tp bg aku ...layannnnnnnnn..


Sunday, March 8, 2009

Iron Maiden- Somewhere in Time versi Pirate yang rare..hahaha

Yeah, Iron Maiden. Tak payah la aku nak intro kan sapa dia diorg ni. Masa pegi rumah mak aku baru2 ni, aku pegi la bilik aku dengan harapan nak ambik cd2 aku yg masih ada tertinggal kat situ. Tgh syok mencari tiba2 jumpa pula tape ni. Ok la jom kita tgk apa yg best sgt ngan tape ni. Kalau tgk tape ni cuma tape pirate biasa je. Tapi kalau korg nak tau tape ni sebenarnya adalah tape pirate yang mempirate tape pirate keluaran Rock World. Apa dia tu? Maksud aku tape pirate asal (Rock World) telah dipirate sekali lagi. Kulit album ni bukanlah dicetak macam yang biasa, tetapi ianya adalah sekeping gambar yang kemudiannya dilipat menjadi kulit album. Memang terer la org ambik gambar ni. Dibeli pd tahun yg sama album ni diriliskan atau setahun dua selepas tu. Aku tak tau sangat tarikh bila dibeli sbb bukan aku yg beli, aku sekolah rendah lg time tu, lagi pun duit saku tak mengizinkan utk beli tape2 ni huhuhuhu... Kalau tak silap abang aku kata harga tape ni dlm RM5. Tape IM pirate ni ada kelainan pada lukisan cyborg Eddie tu.Tengok kat dada dia, ada logo Thunder Cats!! Haha. Pelik kan, dah la pirate, lukisan pun dipiratekan skali. Apa-apa hal pun album ni antara album IM yang aku suka dengar. Aku ada satu tape yg ori punya (EMI Malaysia), yg dirilis ngan B-sides skali. Ok la, apa-apa hal pun, layan... Up the irons!!

PRICE DROP!

Shocker World Wide (tempat jual merchandise BALZAC) dah buat potongan harga ke atas semua t-shirts dan hoodies keluaran mereka. Ini bukan SALE. Harga sehelai utk tshirt sebelum ni ialah USD24 (campur USD7 shipping ke Malaysia utk selai tshirt). Harga utk hoodie sebelum ni pula aku tak tau. Aku tak minat sangat hoodie ni. Untuk maklumat lebih lanjut, klik kat sini. Gambar di atas diambil tanpa izin dari website www.shockerworldwide.com. Kepada peminat Balzac, tunggu apa lagi. Beli jangan tak beli.

P/S:
Jairo kita order awal sgt la, rugi woo usd4. Huhuhuhu.

Saturday, March 7, 2009

X Japan - Endless Rain

Antara lagu X Japan yang aku suka dengar. Kalau aku dengar lagu ni or lagu-lagu dari album compilation diorang yang berjudul Ballad Collection, mesti aku terasa macam nak pegi Kundasang ja. Tak tau la apsal. Try la bawak keta sambil dengar lagu-lagu dari album X Japan-Ballad Collection masa on da way pegi or balik Kundasang tu, confirm bila korang dengar balik lagu-lagu ni masa kat rumah bila-bila masa, still terbayang lagi kesejukkan+udara segar+kabus masa kat atas tu. Tapi kalau tak jadi, hmmm... tukar lagu lain la, mungkin tak sesuai ngan citarasa anda... huhuhuhu...
Layan...

Friday, March 6, 2009

Ikan Emas Yang Mempunyai Muka Manusia

Ya, ikan emas yang mempunyai muka manusia yang bernama Ponyo adalah karektor dalam filem anime keluaran Studio Ghibli yang berjudul Ponyo on the Cliff by the Sea atau dalam bahasa Jepun Gake no Ue no Ponyo. Cerita yang mengisahkan seekor ikan emas berwarna merah yang hendak melarikan diri dari bapanya, Fujimoto. Ketika Ponyo sedang dalam keadaan bersantai di atas seekor obor-obor, tiba-tiba kapal pukat tunda datang dan menyebabkan dia tersekat dalam balang kaca dan dihanyutkan ke tepi pantai berdekatan dengan rumah Sosuke. Sosuke, seorang budak lelaki yang berumur 5 tahun telah menjumpai Ponyo dlm keadaan pengsan. Semasa memecahkan balang tersebut, jari sosuke luka akibat terkena serpihan kaca. Dalam masa yg sama, Ponyo telah sedarkan diri dan menjilat darah tersebut. Maka bermulalah pengembaraan cerita Ponyo ni. Aku memang peminat movie-movie rilisan Studio Ghibli (macam Walt Disney tapi versi Jepun). Memang tak menghampakan. Walaupun dlm bentuk anime, tapi ia mampu membuatkan aku berada sekali dlm cerita tu. Aku bukan nak cerita pasal movie ni, tapi aku nak cerita DVD movie ni. Tipah tertipu bang....Tengok dari segi packaging, memang cun. Siap dengan stiker-lesen-kebenaran-pihak-berwajib lagi. Tu yang membuatkan aku nak beli. Harga RM12.90, standard price utk lokal rilis versi ori/under license. Belek sikit-sikit pastu aku bayar, tak test pun sbb aku confident terang-benderang. Balik rumah, esoknya baru aku layan. Ya, mmg terang a.k.a clear. Tapi aku perasan sound dia mcm dlm gua skit. Takpe, teruskan layan. Tengah sedap layan, tiba-tiba ada bayang perempuan yg bangun dr kerusi (ala mcm cd pirate yg rakam panggung tu) dan bergerak. Yang pelik tu, bayang tu pun dah mcm katun walt disney pergerakkannya. Perghhh... pirate tahap pro ni. DVD rakam panggung tapi kualiti gambar macam tak rakam panggung. Aku rasa diorang dah oter kualiti gambar tu. Ambik center pulak tu. Tak de la senget-senget. Dah habis tgk, aku belek lagi box DVD tu, confirm bukan under license sbb kat tajuk pun bleh tau, ada tulis PRINCESS MONONOKE. Lepas tu baru la tajuk filem tu. Aku tgk lesen-kebenaran-pihak-berwajib, dia luluskan untuk tajuk Princess Mononoke. Soalan pertama yg timbul dari benakku ialah Lembaga penapisan filem tak tengok habis ke cite ni sebelum luluskan untuk dijual?? Nasib baik la harga DVD ni murah, kalau ratusan tadi... konfirm aku gantung DVD ni kat leher dan terus jd 4U2C..Fionaaaaaa

Wednesday, March 4, 2009

The Greatest American Hero

Tengah layan youtube aku terjumpa pula mamat ni.
Teringat pula masa kecik2 dulu.
Layan.....