Thursday, December 8, 2011

Angry Birds


Gila aa menatang ni. Bikin addict. Aku dah try main benda ni guna banyak platform, tapi main kat PSP gak best... bagi aku la...hehehehe.

Wednesday, December 7, 2011

Keras Tangan

Tak ingat mana satu...majalah Gila-Gila or Gelihati yang kluarkan tajuk "KERAS TANGAN" tu. Tapi bab tu aku suka baca sebab idea dia macam-macam dan pelik-pelik belaka.

Ilham dari tu, aku nak campurkan tshirt + bingkai gambar. So hasilnya seperti gambar di bawah. Yang ni benda yang aku dah keras-tangankan.



Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Tshirt yg ada design.
- Aku guna dari tshirt yg dah tak sedap dipakai, member beli kat bundle tapi besar sangat, dia tolak kat aku, RM5 je. Aku pakai pun besar. Pit-to-pit 23inch...aku tak muat, longgar dan tak selesa.

2. Bingkai gambar.
- Cari kat kedai-kedai yg jual barang-barang hiasan rumah. Murah je, bergantung pada saiz dan pattern. Aku beli kat KAISON, rm 9, size A5.

3. Gunting/gam
- Yang ni secukup rasa. Gam apa-apa pun boleh, asal boleh lekatkan baju yg dah dipotong ke papan bingkai. Kira yang ni kos overhed la, RM1.

Cara nak buat.....gunting je baju tu ikut frame, pastu tampal kat papan frame. Habis.

Total, RM15. Tu pun bergantung pada design yang korang nak bingkaikan.

....sori la, terlupa nak ambik gambar kerja sebelum kejadian. Next time aku tunjuk satu-satu, tu pun kalau rajin...PIS

Tuesday, December 6, 2011

Nevermind 20th Anniversary

Aku teringat ada seorang kawan aku tu kata "Nirvana? Satu lagu ni je best...Smells like teen spirit" sambil tunjuk kat lirik lagu tu yg kena siarkan dalam satu majalah apa ntah tahun 91 or 92...dan aku pun masa tu kata oooo je la. Tapi ntah macamana ada sorang kawan ni lagi dia bawak tape Nirvana album Nevermind ni dan kata satu album ni lagu dia best. Tak ingat tahun bila, tapi rasanya macam 93. Lepas tu baru la kenal ngan band-band yg seangkatan dengannya (Pearl Jam, Alice in Chains, etc.).


CD album ni mmg aku takde sebelum ni. Kebetulan tahun ni kena rilis pulak versi 20 tahun. Kenapa sampai tiga keping? Yang pertama (yg ada sticker Tune Talk), Speedy tengah offer beli 2, rm50 (utk cd yg terpilih, yg berharga rm29.90). Masa tu aku tak jumpa lagi yg dua keping dalam gambar tu. So, beli la. Yang kedua (Deluxe edition), aku beli sebulan lepas tu. Beli sebab aku suka bentuk digipak. Lagi pun ada dua cd dengan lagu-lagu unreleased. Dan yang last sekali, yang dapat tshirt (beli sebulan selepas deluxe edition). Yang ni semata-mata nak dapatkan tshirt.

CD or inlay yg ni sama macam yang 1st aku beli. Cuma casing je dia guna yg ada cop Warner (mungkin sebab casing asal pecah). Tshirt sama macam yang asal, cuma beza sikit je, kat depan ada logo 20 tahun dan kat belakang ada tulis 20th Anniversary dan font tajuk-tajuk lagu yang kecik sikit.
So itu sebab la sampai ada tiga keping. Balik nanti aku try ambik gambar yg deluxe tu. Ok. Nevermind. :)

Monday, December 5, 2011

On Board Flight 666


Aku tak sempat baca habis buku ni. Sempat belek-belek gambar je. Best-best gambar yg si John McMurtrie ni ambik. Patut masa cuti-cuti Malaysia ni bleh habis la baca....tapi malas pula nak bawa.
Harga yang aku dapat masa tu below rm120 termasuk shipping. Order kat Amazon UK. Kalau nak baca review buku ni, bleh cek kat blog en.Deaf.
Tak rugi beli, berbaloi.

Sunday, December 4, 2011

Heavy Metal HM-2


Post yg sekadar menjawab pertanyaan Ijau D. Koceng dalam post ni.

Saturday, December 3, 2011

No Prayer For The Dying

Aku bukan nak buat ulasan album. Aku saja nak kongsi apa yg aku ada, Iron Maiden - No Prayer For The Dying (LP, CD, Enhanced CD, tape + Single Holy Smoke versi tape). LP yang best, gambar besar oooo...hehehe.


Nasib la tak jumpa tshirt album ni. Dah try gak tengok-tengok kat webshop diorang, tapi belum ada reprint lagi. Last year member aku beli tshirt yang cover enhanced cd tu kat Campbell. Aku kalau boleh nak carik yang cover betul ni. Korang perasan tak tangan kiri orang yang kena cekik tu, macam tak kena je kan? Huhuhuhu.

Friday, December 2, 2011

kolaj

Dis(m)ember datang lagi.... Kali ni aku post pasal kolaj gambar anak-anakku. Gambar dari lahir, sampai la tahun ni. Aku guna application Turbo Collage. Free je. Boleh cari apps ni kat Tab korang.
Ok, selamat.


p/s: nasib baik aku tak turun bandar Kajang tadi.... banjir terukkkk!!