Tuesday, April 22, 2014

Tiny Planet or Wormhole?

Mari meneroka mobile app yang baru aku download ni. Living Planet.

Ini gambar asal.

dan ini pula gambar atas tadi selepas menggunakan Living Planet. Yang ni kategori Tiny Planet.


Gambar asal...

...tadaaa....tiny planet

...yang ni wormhole.

App ni paling senang nak guna, snap gambar, buka Living Planet, ambik gambar yang dah disnap, lepas tu pilih nak jadikan gambar tu tiny planet atau wormhole. Tak pasti pula sama ada app ni ada kat android playstore atau tak sebab yang ni aku download dari ios app store. Ok la. Setakat ni je kerajinan aku nak taip menaip ni. Jom layan lagi gambar-gambar yang telah aku jadikan tiny planet. Yang dah add aku di instagram mesti dah tengok gambar-gambar ni. Orait, enjoy!









Saturday, April 19, 2014

Hari ni hari Sabtu.

Ya, hari ni hari Sabtu. Kebetulan hari ni Record Store Day. Kat tempat aku ni takde kedai jual vinyl. Jangan kata vinyl, kedai jual CD lagu pun dah hampir lenyap. haha. Nasib baik la sekarang ni boleh beli online. Jadi sempena RSD, aku nak share satu rekod/vinyl/LP/piring-hitam-manis yang pertama sekali aku beli dalam hidup aku. haha. Ni kes masa mula-mula berjinak dengan ebay. Aku fikir masa tu asal ada satu vinyl jadi la nak dibelek-belek. Tak terfikir pun nak beli turntable masa tu.




Beli kat satu seller dari UK. Harga dah tak ingat. Bila dapat vinyl ni rasa macam menarik pula kalau dapat didengar sekali. Lepas dari tu koleksi makin bertambah sikit demi sikit, lama-lama masih sikit jugak. Tapi tak boleh main beli gitu-gitu je vinyl ni, harga mahal. Jadi aku fikir elok beli album yang betul-betul diminati saja la.


Turntable plug n play. Speaker kat tepi, yang ni tak sesuai la nak dengar album-album 90an ke atas. Kecuali sambung ke amp dan ext.speaker. Kalau pasang terus macam ni, paling sedap lagu-lagu dari vinyl yang lama. Baru terasa klasik. Aku try lagu raya kat turntable ni, haha... mata rasa macam nak masuk habuk bila dengar. Orait, kalau ada masa aku tulis-tulis lagi. 

Friday, April 18, 2014

sepetang di pantai Borneo Golf Bongawan

Sabah cuti hari ni, cuti Good Friday. Time cuti ni baru ingat nak gi kerja, time kerja pula baru ingat best cuti. haha. Pagi dah bosan, petang pula tiba-tiba terasa nak pergi pantai ngan anak-anak. Jadi misi petang Jumaat ialah pergi pantai. Ambik gambar guna dslr. Tapi sayang seribu kali sayang, aku terlupa dslr tujuh-dewa dah dijual. Kamera kompak pula cari tak jumpa. Nasib baik henpon ada kamera. Yang penting dapat ambik gambar. Ni antara gambar yang sempat diambik sebelum bateri habis. Power bank pun tak terfikir nak bawak. Harap korang yang buka blog sekejap-ada-sekejap-dua-kejap-memang-takde ni enjoy dengan gambar dari henpon yang tak seberapa ni.