Sunday, May 31, 2009

Aksi Panas!!!

Huhuhu. Saja aku bg title mcm tu. Malam semalam aku ngan rakan2 band (Mr.Ymi dan Mr.Raem) praktis kat satu lokasi yg dirahsiakan..huhuhu..Bukan Beaufort Rock City aaa. Oleh sebab tmpt tu dirahsiakan, maka gambar pun tak dpt la aku nak paparkan.

Ni praktis nak perform kat kenduri kahwin Jairo 5 Jun nnti. Biasa kalau praktis kat Studio Beaufort Rock City, Jairo yg review dalam blog dia. Dia yg selalu review. Kali ni Jairo tak ikut serta. Paham2 je la, inai tgh merah menyala. Huhuhu. So, aku jadi tukang petik gitar bass la pula.

Dulu2 aku belasah bass gak, masa main ngan band lama Deathrobe (Death Throb)/Neurosis. Gambar kat atas ni tahun 93, era Death Metal arghhh arghhh...huhuhu. Balik sekolah terus gi jamming. Yang baju biru tu abg aku, Mr.Hashim. Tgh goreng gitar masak kicap tu Mr.Ymi dan pukul tong drum tu Mr. Raem Jordison. Dan yg tgh petik guna jari tak pakai plectrum ala-ala Harris or Burton tapi pakai tshirt Deicide kunun berangan jadi Benton tu aku la tu...huhuhuhu. Ramping betul aku masa tu..huhuhu...

Kali ni aku kena handle bass + vokal sekali pula...adui.. Kalau vokal jenis distort aku tak kisah sangat..ni clean vokal. Aduiii....panas...panas...huhuhu. Ye la, tak kan la nak bawak lagu Metal arghhh arghhh kan kat kenduri kawin. Nnti apa pula makcik2 yg tgh prepare potong bawang, kentang, daging kat dapur tu kata. Dah lama dah tak nyanyi/aksi kat kenduri kawen. Dulu2, masa darah muda selalu la.

Antara lagu cover yang bakal dibawa malam tu nnti: Jerangkung Dalam Almari, Menara Kesesatan, Manusia Reptilia...errr Semalam Yang Hangat (huhuhu) dan permintaan khas pengantin..So Lonely. Ada lg, tp tak kompom. Masa yg diberi untuk beraksi selama 30 minit. Hmm... Errr... Hentam saja lah labu!!!!

Friday, May 29, 2009

4 tahun daa...

Tarikh: 29 Mei 2005
Lokasi
: Jalan 16, Taman Berlian, Sg. Jelok Kajang

- Aku menamatkan zaman bujang....huhuhuhu..


Tarikh
: 29 Mei 2009

Lokasi
: Fasa 3, Taman Emas Takapan, Membakut

- Aku sambut ulangtahun ke-4 perkahwinan ngan makan kek je sambil Izz Darwish menyanyikan lagu hippi besday versi budak 3 tahun.....huhuhuhu...dia kalau tgk kek ingat lagu birthday je... huhuhu


Hari ni gak member aku yg merangkap gitaris/bassist band aku dan juga penulis blog kat sini (<-klik kalau nak tau) mengakhiri zaman bujang nya.. aku ucapkan tahniah, dan jangan lupa cincau lemon kat gerai Jas.


Korang yg belum tu...bila lagi??? Huhuhuhu..

Wednesday, May 27, 2009

Rino

Tengok gambar ni...

Ni skuter Honda tau. Nama dia kalau kat Jepun Honda Crea Scoopy.
Tapi untuk pasaran luar Jepun nama dia jadi Honda Metropolitan (US), Scoopy (Australia) dan Jazz (Canada..kat tempat kita Jazz ni keta kan).
Macamana cun?
Aku suka betul dia punya design ni.
Tapi malang skali...kat Malaysia ni takde jual.
50cc je ni, bleh la ulang alik dari rumah ke kedai.
Tak laju?
Aku bukan mat rempit.
Kedai ngan rumah aku pun tak jauh mana.
Tapi tu la kan..tak jual kat Malaysia. Huhuhu..

Cuba tengok yang ni pula...

Aik???
Lebih kurang je design ngan Scoopy/Metropolitan tadi.
50cc gak dan ada jual kat Malaysia.
Huhuhu.. ni sudah bagus.
Ni la skuter keluaran Demak.
Nama dia Rino.
Ada dua kaler je..errr pink dan kuning.
Aku tak kisah la brand dia.
Yang penting bleh bawak gi kedai/pasar. Huhuhu..
Harga lebih kurang RM3K.
Ada rezeki..ada la tu nnti. Huhuhu.

Monday, May 25, 2009

Generasi Rumbingan

"Generasi bundle
Itu pilihan mu
Generasi Bundle
Apa yg kau mahu"

-Generasi Bundle-Republic of Brickfields

Bundle atau kat Sabah ni popular ngan perkataan Rumbingan. Biasanya kalau kat Sabah ni bundle kat tamu2 (tamu=pasar mingguan) setiap minggu, kalau area belah tmpt aku ni la (Papar to Sipitang). Lain tempat kat Sabah ni tak pasti pula. Tapi mcm sama je aku rasa. Macam kat Tawau, ada tempat khas bundle ni. Dan rasanya asal perkataan rumbingan ni pun kat Tawau gak (tolong betulkan kalau salah). Sama la mcm kat Keningau, ada gak tempat khas selain kat tamu.

Yang pernah gi bundle tu tau la kan mcm2 bleh jumpa kat bundle ni. Kalau nasib baik, jumpa la yg branded, kalau tak..jumpa la tshirt tahap kain lap. Huhuhu. Aku biasa gi hari Jumaat petang atau Sabtu pagi kat Beaufort. Kat Membakut tempat aku pula, hari Rabu dan Ahad. Hari Rabu mmg sah tak dpt gi kecuali cuti. Ahad pula, tak banyak yg buka (kadang2 tak de langsung). Kat Sipitang tamu ni hari Khamis. Kat Bongawan hari Sabtu dan Papar pula hari Sabtu dan Ahad. Bundle kat sini harga dia mmg murah.

Korang bleh jumpa seluar brand Columbia or Dockers pada harga RM15 selai, tp kadang2 la bleh jumpa brand ni. Dan kalau jumpa pun biasanya size pinggang yang ramping. Huhuhu. Tshirt pula dalam lingkungan harga RM5 ke RM15. Kalau brand mcm Adidas/Nike/Levis, yang ni diorg letak mahal la skit. Skit tu pun dlm RM20 je kot. Maybe diorg tau brand ni je kot yg famous.

Biasanya tshirt2 yg ada kat bundle tmpt aku ni dtg dari Jepun or Korea. US dan negara lain ada gak skit2. Aku biasa cari t-shirt rok or yg design dia simple2 or katun/manga. Ok, jom tgk hasil bundle aku dulu2. Ni tshirt Carcass tour Japan 1994. Aku dpt RM10 je. Biasa tshirt rok ni itam kan. Mula2 tak perasan sbb kaler krim. Hampir2 aku tak jadi beli, nasib baik terbelek kat belakang. Yg ni aku agak rare la kan. Sbb tshirt tour biasanya tak reprint. Seterusnya GnR. Sama gak, tour album Use Your Illusion 1991. Ni murah skit aku dpt, RM5. Masa mula jumpa kondisi di tahap A+. Macam tak pernah kena pakai. Tapi skrg dah lusuh skit. Sebab aku dah pakai. Huhuhu.. Baru2 ni aku ada jumpa Use your Illusions I and II dlm satu tshirt print semua depan belakang. Tapi kondisi dia pada tahap kain lap. So, aku tak jadi beli. Ni tshirt AC/DC Ballbreaker, tour gak. Yang ni aku dpt RM10. Kondisi masa jumpa tahap A-. Yang ni Misfits. Just logo je. RM12. Masa jumpa kondisi tahap A- gak. Ni pula Pantera. Harga aku jumpa sama gak, RM10. Gitu la harga yg biasa aku dapat, RM5-RM12. Ok la, ni je yg bleh aku post buat masa ni. Dan kesimpulan yg aku bleh buat...err...mungkin tokei bundle sini tak tau kot tshirt2 mcm ni bleh jual mahal2 skit. Huhuhu.. Aku agak je la. Intai skit kat gerobok aku.Yang ni bukan bundle aaa.. Antara koleksi tshirt rok aku.

Saturday, May 23, 2009

Tshirt dan aku.

Rock tshirt...huh..ni pun salah satu kegilaan aku. Aku suka pakai n kumpul tshirt rok. Tshirt rok pertama (sbb ni je yg masih segar dlm ingatan) yg aku miliki ialah Stranger in a Strange Land-Iron Maiden. Arwah abg aku beli utk aku. Kalau tak silap masa aku darjah 6 tahun 89. Bukan ori la, tp iron on yg getah tu. Tp yg tak best nye tshirt tu.. tshirt ni kaler .... err .... pink.. huhuhu... Tak pe, janji rok..huhuhu...Balzac pun ada tshirt kaler pink apa. Aku siap pakai lg tshirt tu masa gi buat gambar IC. Nampak la logo IM tu, tp bila dah siap IC tu, part logo tu dah kena cantas. Tensen aku. Huhuhu. Skrg ni aku x tau kat mana dah gi tshirt tu. Start dari situ aku dah gila ngan rok tshirt ni.

Masa masuk tingkatan, aku dah berjinak2 ngan keje2 dye menge"dye" ni. Ni kes tak mampu nak beli tshirt dan juga tak tau mcmana nak order, membuatkan aku melukis logo band yg aku suka kat manila kad, potong dan dye kat tshirt hitam walaupun kadar lukisan logo tu di tahap boleh lah. Dah maju skit, aku potostat logo kecik kat kaset jd besar size A4..pastu potong. Bab ni tepat skit drpd sblm ni. Cuma bab2 silkscreen je aku tak sampai. Sebab aku dah bleh dpt sendiri (order la biasanya) tshirt2 yg aku nak tu sama ada local or import (err...terpaksa catu duit mkn kat kantin sekolah).

Masa tu kalau yg import, aku suruh abg aku yg tgh dok study kat over-sea-China-Selatan (semenanjung daa..huhu) pegi beli. Kat sini susah nak cari. Aku simpan la belanja harian skit2, bgtau dia nama band, dia gi cari la. Kalau order, aku order kat Jaei (SilKhannaz) punya stok mailorder or dr band2 yg ada jual. Ada gak koleksi tshirt rok aku ni yg jumpa kat bundle ngan harga yg..pergh..murah gila. Ada masa aku cerita tshirt2 yg aku beli kat bundle tempat aku biasa pegi. Aku bukan nak riak ngan tshirt ni. Saja nak kongsi minat je.
Ok, ni tshirt yg aku baru beli ngan Mr.Auks. Kualiti kain mmg best. Aku cukup berpuas hati ngan tshirt ni. Bukan nak bodek Mr.Auks aaa...tp kenyataan (bodek ada gak skit2..huhuhu). Dari segi printing pula..hmmm..aku tgk mmg cun. Dye yg diguna pun cun. Aku tgk dah lebih kurang mcm import punye (aku ada selai tshirt import band Repulsion yg lebih kurang dye dia mcm ni). Kalau korang berminat, klik kat sini. Chant of Sadness ni tajuk lagu dari rilisan ketiga Vociferation Eternity "For Thee" yang dirilis pada tahun 2002 di bawah Nebiula Production. Aku ada versi tape je. Ni gambar dia. Tak yah review pjg2, sbb bg aku lagu2 dlm album ni mmg layan. Dalam layan2 tu pun, aku still prefer 1st album diorg. Dan utk pengetahuan korang versi tape utk 1st album (skali ngan tape Langsuir) kena curi masa aku dok kat Sek.18 (Jalan Rotan Semambu) Shah Alam..kes rumah kena pecah masuk mlm raya. Semua balik kampung masa tu. Nasib baik je la aset aku tu je yg hilang, member yg lain hilang gitar tong, radio. TV tak hilang pula. Bleh agak la umur brapa kan yg curi tu. Ok, ada masa aku cerita lg koleksi tshirt2 aku yg tak best tu. Huhuhu..

Thursday, May 21, 2009

Into The Light Of The 13 Dark Night

Sama mcm Misfits, aku tertarik ngan band ni pun sebab logo dan skullman dia. Ntah apa yang membuatkan ia menarik perhatianku. Nasib baik gak la lagu2 diorang ni best kat telinga aku. Kalau tak, mungkin aku akan tinggalkan begitu saja. Huhuhu. Ni gambar CD Into The Light Of The 13 Dark Night. Ada dua lagu je kat dalam ni. Into The Light Of The 13 Dark Night (dari album Zennou-Naru Musuu-no Me-ha Shi-wo Yubi-sasu) dan Day The Earth Caught Fire (Dari album The Last Men On Earth). Bahagian belakang CD macam kat bawah ni.Untuk lagu DTECF ni diorg pernah buat split single rilis ngan Misfits. Balzac cover lagu Misfits The Haunting/Don't Open Til Doomsday (medley) dan Misfits cover lagu Balzac DTECF sempena Balzac sign kontrak ngan Misfits Record. Untuk pasaran US cover dia macam ni. Untuk pasaran Japan pula macam ni. Sama je kan. Tajuk je lain. Tapi aku takde dua2 CD ni. Tu gambar aku cilok dari mana ntah. CD Into The Light.. ni sebenarnya bukan untuk dijual. CD ni dirilis untuk tujuan promosi dan gak untuk mereka yg sign up ngan Fiendish Club (Japan) dan Fiendish Club International (worldwide) je. Ni la lagu Into The Light OTTDN:

Macamana.best? Kalau tak best, tu masing2 punya telinga la kan. terpulang. Aku cuma nak share je ngan korang. Untuk lagu Day The Earth..:
Err..korang cari je la kat youtube..huhuhu..
ok..jumpa lagi..

Wednesday, May 20, 2009

Siaran Radio

Apa perasaan korang, tengah layan lagu yang korang minat kat radio tiba2 je kena potong kat part2 tertentu? Kalau aku..POTONG BEB!!

Dengar radio ni biasa la kan. Masa bulan puasa, tgh driving nak balik rumah dekat2 nak buka puasa tu, confirm pasang radio punya. Kadang2 layan gak masa gi balik keja kan. Aku layan gak radio ni, tapi tak la selalu. Ntah la, channel skrg ni ntah apa-apa, iklan banyak, pastu ada tu kadang2 ko tgh feel layan lagu (aku bg contoh lagu Sejati-Wings yg ke udara melalui HOT FM) tiba2 je ada missing.

Korang nak tau, pasal lagu Sejati tu, aku pernah dengar masa lagu ni berkumandang di channel yang aku sebut td. Lagu ni dah tak panjang dia punya part goreng tu. Ala masa Joe Wings goreng kat tengah2 lagu tu, ntah tiba-tiba je jadi pendek. Ingatkan mp3 diorg skip ke apa. Kalau sekali tak pe la kan. Tapi ni berulang beb. Berulang. Bukan setakat Wings je, banyak lagi lagu lama (especially lagu rock) kena cut. Ko bayangkan masa tu ko tengah feel, tengah layan lagu tu. Ko dah hafal bunyi lead gitar tu dan mulut ko pun dah mula ikut goreng, tiba-tiba je bunyi lead td jd pendek.

Aikk??? Potong beb..potong. Yang baru dengar lagu tu maybe tak perasan la kan. Tapi yang dah tau, yang dah follow lagu tu lama macamana? Apa kena ni? Diorang dapat kebenaran ke nak potong? Aku tak tau la dapat ke tak, kalau dapat, ok la. Tapi kalau tak dapat? Sedih org tu, penat-penat je dia shred. Tiba-tiba jadi macam ni. Suka hati je ko nak potong ye. So, kesimpulannya baik aku pasang terus je CD lagu yang aku suka. Puas hati. Huhuhu.

Sunday, May 17, 2009

AC/DC LIVE Track Pack, Yang Ditunggu Sudah Tiba: Versi SLdB

Ni bukan Alternating Current/Direct Current yang biasa tu mau pun AC Mizal. Ni AC/DC yang luar biasa skit tu. Huhuhu. Kalau Metallica ngan game Guitar Hero nya, band AC/DC ni pula ngan game Rock Band. Game ni keluar dulu dari Metallica punya game tu. Game ni diriliskan pada November rain tahun lepas. Macam biasa, kalau disc2 game ni yang ori utk platform PS2 memang susah nak jumpa dan kalau ada pun...errr mahal. Huhuhu. Ni gambar aku ambik dari official website game ni. Game Rock Band ni lebih kurang sama je ngan game Guitar Hero. Korang bleh main ngan joystick/controller, tapi tak feel la. Huhuhu. Track yang terdapat dalam game ni:

1.Thunderstruck
2.Shoot to Thrill
3.Back in Black
4.Hell Ain’t a Bad Place to Be
5.Heatseeker
6.Fire Your Guns
7.Jailbreak
8.The Jack
9.Dirty Deeds Done Dirt Cheap
10.Moneytalks
11.Hells Bells
12.High Voltage
13.Whole Lotta Rosie
14.You Shook Me All Night Long
15.T.N.T.
16.Let There Be Rock
17.Highway To Hell
18.For Those About to Rock (We Salute You)

Tak banyak macam Metallica. Aku tak jumpa lagi PS2 punya GH:Metallica. Bila lah agaknya. Ok, kita berbalik pada game RB ni. Korang bleh gak main secara berkumpulan (mcm jamming session tu), yg penting semua instrument khas utk game mcm ni korang ada. Aku ada gitar je. So tak bleh la nak jamming skali. Ni la gambar gitar aku.
Merah beb. Huhuhu. Ni pula gambar versi 'ehem' game AC/DC Live aku punya.Kalau berhajat nak beli yg ori korang bleh klik kat official website yg aku sebut td. Kat ebay, amazon pun ada rasanya tu. Ni pula iklan game ni. Macam biasa, sumber dari youtube.


"For those about to rock

We salute you"

-For Those About To Rock (We Salute You) - AC/DC


Semalam...itu semalam sebelum gi pekan Beaufort, aku singgah jap kat pos opis Membakut. Saja nak tengok kaler peti surat warna hijau tu. Dah lama tak de barang aku tersumbat dalam peti surat. So, bila buka je, jeng..jeng..jeng.... huhuhu, satu sampul pos express yg berisi CD yang sekian lama aku cari, akhirnya ada kat tangan aku. Search: Langit dan Bumi. Puas aku cari CD ni kat KK. Kalau tak dapat gak CD ni, aku nak Musnah kan kedai kaset kat KK tu, biar aku Meniti Titian Usang balik rumah sambil tengok Langit dan Bumi pastu kenyit mata kat Rozana. Kalau bini aku tau mesti dia Tumbuk Rusuk aku kan..Pasti aku rasa Bisa lepas tu dan silap-silap aku terpaksa Mencari Sebuah Nama untuk wariskan CD2 aku yang aku tak tau Pada Satu Kedudukan yang mana bagus aku simpan. Nasib baik la Kau Pergi belikan CD ni En.Berteromber. Thanx to Berteromber sbb sudi belikan kat JB. CD ni aku rasa 2nd or 3rd print sebab jewel case dia (ada logo Universal Music) transparent. Korang bleh baca review CD ni kat sini. So, sepanjang perjalanan pergi balik Beaufort, aku punya sirion-wannabe memainkan CD ni diiringi suara serak-serak kering dan sumbang aku. Mak Izz Darwish dah jeling semacam je..huhuhu.

"Apa yang telah terjadi, terjadi
Pada dunia hari ini
"
- Musnah-SEARCH

Saturday, May 16, 2009

School Teacher, 16 Mei dan Birthday

Korang suka tengok drama Melayu kat TV tak? Masa kecik dulu aku selalu follow drama bersiri OPAH, PJ Holdings..huhuhu. Sekarang, kadang2 je terlayan, tu pun kalau TV dah kena conquer. Paham2 je la. Terpaksa la layan kan. Huhuhu. Tapi tu drama Melayu. Ni aku nak cerita drama bersiri Jepun. Aku ni peminat drama bersiri Jepun atau dikenali ngan J-Dorama. Aku selalu follow J-Dorama kalau cerita dia menarik, pelakon yang aku suka berlakon dan juga lagu opening dan ending dia best. Kalau takde salah satu, aku tak tengok la tu. Huhuhu. Kat TV kita ada gak main slalu. Tapi kadang2 aku miss tengok. Masa tak kena la tu. Biasanya aku akan cari dia punya VCD atau DVD set. Kadang2 aku main beli je kalau pelakon dia tu aku minat, terutama Ryoko Hirosue (hehehe) or Takuya Kimura.

Ok la, kali ni aku nak cerita skit je pasal satu cerita drama yang best pada pendapat aku. Ni gambar boxset drama tu.

Tapi bukan aku yang beli ni. Biasa la, abang aku. Aku sebagai penyimpan harta je. Huhuhu. School Teacher atau Gakkuo No Sensei (tajuk Jepun), merupakan tajuk bagi drama bersiri Jepun (J-Dorama) yang dibintangi oleh Domoto Tsuyoshi (ahli kumpulan Kinki Kids) sebagai Sakurai Sentaro. Cerita yang mengisahkan mengenai seorang lelaki dari Osaka, Sakurai Sentaro, yang menjadi guru ganti di sebuah sekolah rendah di Tokyo bagi menggantikan seorang guru perempuan yang tengah cuti bersalin. Dia ingat jadi guru senang. Banyak la rintangan yang dia hadapi, terutama dalam menyelesaikan masalah budak-budak/pelajar dia. Kebetulan pula semasa jadi guru tu dia menumpang tinggal ngan family guru perempuan, Motoko Asakura (Yuko Takeuchi..lawa seh), yang juga satu sekolah tempat dia ngajar. Macam-macam hal la berlaku pastu. Dan biasa la happy ending. Pada yang pernah tengok GTO (Great Teacher Onizuka), yang ni versi untuk sekolah rendah punya, tapi tak la seteruk si Onizuka yang pervert tu …huhuhu.

Ok, VCD boxset yang aku ada ni 8 cd semuanya. Ada 11 episode. Setiap satu episode lebih kurang 1 jam dia punya cerita. Edaran Video Box Sdn. Bhd. Aku rekomen guru sekolah tengok cerita ni.

Bercakap pasal guru, hari ni 16 Mei 2009, juga merupakan Hari Guru kat Malaysia ni. So sempena Hari Guru ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada mereka yang pernah mengajar aku dan semua guru di muka bumi ni. Juga kepada mereka yang secara tidak langsung mengajar aku tanpa aku sedari (especially my Mom, family aku, kawan-kawan, sedara mara, etc.)

Aikkk??? Apa kena mengena ngan gambar budak ni? Dia ni ke pelakon tambahan drama yang aku cerita tadi ke? Huhuhu..16 Mei 2009 ni juga genaplah 3 tahun usia anak aku. Hmm..3 tahun, rasa macam baru semalam je dia lahir. 16 Mei 2006, kelahirannya merupakan hadiah Hari Guru yang paling bermakna buat aku dan isteriku. Happy Birthday Izz Darwish.

Selamat Hari Guru

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

Friday, May 15, 2009

Aliph

Ada apa ngan kasut ni? Ntah la. Abang-abang aku pakai kasut jenama ni sekitar 80an dulu (zaman apa lagi kalau bukan zaman rok..yeah Search rules!!). Tengok gambar ni (ambik dari mudah.my, tuan punya en. mistio vintage yang ingin menjualnya, lokasi=Selangor).

Masa kasut ni famous, kaki aku masih lagi dalam lingkungan size 10 untuk kanak-kanak. Huhuhu. Korang fikir aku muat ke pakai kasut ALIPH ni masa tu? Memang aku harap dapat pakai masa tu pattern mcm dlm gambar tu, jenis high cut. Hakikatnya aku hanyalah seorang budak lagi masa tu, dan untuk memiliki kasut yang sebegini memerlukan saiz fizikal yang besar. Kalau aku beli gak, confirm macam si Ronald McDonald. Terpaksa la kaler hidung ngan kaler merah. Ok, pada tahun 1987, aku berjaya memiliki sepasang kasut jenama kegilaan rockers ni....yeah. Nak tau macamana? Aku tak de gambar kasut aku tu, tapi baru-baru ni surf kat Mudah.my, aku ternampak la kasut yg sebijik macam aku punya tu. Ni gambar dia (tuan punya= en.Putra, yg nak jual kat mudah.my, lokasi Selangor).

Bangga gile ada kasut ni dulu. Walaupun kaler yg aku tak suka (light purple, tapi kat gambar ni dah jadi mcm pink pula. Dan rasanya mcm utk budak pompuan je..huhuhu), tapi kira orait la. ALIPH beb. Kira complete la bagi aku untuk aku digelar sebagai seorang rocker (walaupun umur tak mengizinkan..huhuhu). Setakat ni (15 mei 2009, 12.00p.m) ada lebih kurang 8 pasang kasut ALIPH yg dijual kat mudah.my ni. Korang bleh cek la kat http://www.mudah.my/ . Ni satu lagi pattern yang aku berkenan sangat dulu (milik en. KuYau, lokasi=Perak).

Dan yang ni pula dijual oleh en.Iqtar (lokasi= Selangor). Kalau korang gi cek kat mudah.my ni, jgn terkejut la ngan harga yang gila babeng punya. Dulu kan harga puluh-puluh je. Sekarang dah tus-tus. Nasib baik tak riban. Huhuhu. Tapi sekarang aku dah tak minat sangat la, kalau murah, maybe aku beli gak. Huhuhu. Ok la. Rok terus rok.

Monday, May 11, 2009

Earth A.D. / Wolfs Blood

"Die die die my darling
Don't utter a single word
Die die die my darling
Just shut your pretty mouth
I'll be seeing you again
I'll be seeing you...in HELL!!"
-Die Die My Darling, Misfits

Metallica ada rakam lagu ni dalam Garage Inc. Ni antara lagu fav aku dalam album ni. Dulu-dulu kalau aku beli tape aku akan tulis tarikh aku beli tape tu dan nama aku skali. Bukan apa, sebagai peringatan kat member2 yang pinjam bahawa tape tu aku yang punya. Huhuhu. Sekarang dah tak tulis dah, malas nak tulis. Dibeli pada 14 April 1994. Huiyoo.. dah 15 tahun rupanya. Kalau sekolah dah masuk tingkatan 3. Kena ambik PMR la dia tahun ni. Huhuhu.

Muka cover depan album. Ni cover Wolfs Blood sebenarnya. Yang kat dalam inlay ni pula cover untuk Earth A.D.
Tracklist untuk kedua-dua belah:

1. Earth A.D.
2. Queen Wasp
3. Devilock
4. Death Comes Ripping
5. Green Hell
6. Wolfs Blood
7. Demonomania
8. Bloodfeast
9. Hellhound
10. Die Die My Darling
11. We Bite

Ni album Misfits terakhir bersama Glenn Danzig sebelum menubuhkan Samhain. Ada bau-bau Hardcore Punk ngan lirik yang demonic skit. Tak macam sebelum2 ni. Tapi still Horrorpunk la sebab ada sebut perkataan "go!" (huhuhu tak de kaitan langsung, tapi kalau muzik horrorpunk aku slalu dengar perkataan ni). Aku tak nak review satu-satu lagu kat dalam album ni. Nak dengar semua lagu ni? Klik kat youtube sini untuk trek 1~4 dan sini untuk trek 5~10 (oppss..track 11 je takde). Korang bleh nilai la macamana. Lain orang, lain taste kan. Sebab bagi aku semuanya best. Ni aku nak kongsi je ngan korang yang nak baca post ni. Album original untuk album ni takde lagu trek 10 dan 11 dan rilis under Plan 9 Records tahun 1983. Yang Valentine Sound Productions (VSP) ambik ni dari rilisan Aggressive Rock Production, tahun 1983 gak. Dan tahun 1984 pula ditambah lagi satu trek "Mommy, can I go out and kill tonight". Lineup album ni:
Gleen Danzig-Vocals
Jerry Only - Bass
Doyle - guitar
Robo - Drums

Aku ada tshirt yg ada kaitan ngan album ni. Ni dia.
Macam biasa je tengok kan lukisan ni. Kat ne ye? Yang biasa tengok artwork kat METALLICA punya stuff mesti tau siapa lukis ni. Tengok kat signature tu pun bleh tau. Sapa lagi kalau bukan Pushead yang lukis. Kat belakang tshirt pula cover Earth A.D. Tapi tshirt ni dah koyak kat bahu, abang aku pinjam dan jatuh motor. Huhuhu. Simpan lagi tu, tapi tak pakai sebab paham-paham la bila kuat lapar ni. Ni ori tau, Giant Merchandising (bukan Giant Hypermarket ok). Aku ada gak satu yang tak ori. Sebijik kena copy, cuma dye je kasar skit ngan yang ori. Aku tak tau mana pegi dah yang tak ori tu. This tshirt pun sebenarnya 2nd, member aku jual kat aku sebab dia tak into Misfits sangat (1995, masa aku study kat Kelana Jaya). Dia tengok aku pakai yang tak ori punya, last-last dia (kesian kot kat aku huhuhu) jual la kat aku (patut kesian bagi la kan, huhuhu). Aku happy la kan, tu yang aku simpan lagi walaupun condition dah tahap balut nangka kot. Janji rok. Huhuhu. Ok la. Ngantuk dah ni. Esok kerja. Selamat berMISFITS!!

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Lagu ni gua dedikasikan kepada semua ibu di muka bumi ni.


To my mom, my mom-in-law and my wife,
Happy Mother's Day.

Friday, May 8, 2009

Badminton dan aku

Lokasi: Dewan Masyarakat Membakut
Masa: 2.00p.m.

"Walau tipis harapan menang
Namun kita mesti berjuang
Kerana tiada yang mustahil
Biarpun melastik ke bintang"
-Search, Melastik ke Bintang

Bleh agak la gua menang ke kalah.. huhuhu..

Thursday, May 7, 2009

Slumdog Millionaire

Best. Cukup best ni cerita. Thanx to Jairo sebab review cerita ni kat blog dia. Kalau tak, aku tak tau. So, aku dah tengok cerita ni (dvd pirate je..huhuhu). Dan aku bagi 5/5 bintang. Huhuhu. Kat bawah ni babak yang aku paling suka tengok dalam cerita ni. So, malas nak sembang panjang, korang cek la sendiri babak best ni. Huhuhu.


Monday, May 4, 2009

Koinobori

Koinobori atau carp banner ni aku selalu tgk dalam anime dan J-dorama. Nampak best je macam layang-layang bentuk ikan. Tengok gambar kat bawah ni yang aku ambik dari wikipedia.

Ingatkan benda ni macam saja-saja letak nak tau arah angin ke apa, tapi sebenarnya untuk celebrate Tango no Sekku atau pun Children's Day (Kodomo no Hi) yang diraikan pada 5hb Mei (esok la tu) setiap tahun di Jepun. Untuk meraikan hari budak lelaki. Kalau macam gambar kat atas tu makna dia ada 2 org budak lelaki (untuk kaler merah dan biru) dan juga bapak budak (kaler hitam) dlm keluarga yg layangkan koinobori tu. Nak tau lebih lanjut korang pasal koinobori ni korang bleh klik kat sini. Aku baru je tau kegunaan benda ni. Huhuhu. Aku suka tengok design dia tu.


Ahad lepas aku gi One Borneo. Kalau gi sana kompom aku gi kedai DAISO, ala yang jual barang Jepun RM5 tu (macam kedai dua ringgit). Kalau tak silap kat Semenanjung ada baru buka kat IOI mall kat Puchong dan The Curve Damansara.

Baru je melangkah masuk DAISO, aku dah nampak ikan koi ni. Ada dua jenis, satu ada tiga ekor koi dan satu lagi dua ekor je. Aku beli yang dua ekor. Yang tiga ekor tu kecik2 je saiznya. Lagi pun aku baru ada sorang je anak lelaki, campur aku 2 orang je lelaki. Ok la kan. Huhuhu. Tapi aku tak la letak kat luar, sebab kecik sangat. Kalau besar tadi dah sah aku letak tinggi kat luar rumah. Huhuhu. Kat bawah ni gambar anak aku tengah main koinobori yg aku beli tu.


Koinobori ni pun ada gak lagu dia. Tengok youtube kat bawah ni (aku ambik dari niponpolydor, vinyl tu).


Ni lirik dia bersama translation skali:

Yane yori takai koi-nobori (Higher than the roof-tops are the koinobori)
Ōki na magoi wa o-tō-san (The large Black Carp is the father)
Chiisa na higoi wa kodomo-tachi (The smaller Golden Carp are the children)
Omoshirosō ni oyoideru (They seem to be having fun swimming)

Dah, cukup tu je la. Ok, selamat bergumbira.