Saturday, May 2, 2009

Oral Climax

Huhuhu oral climax. Pada yg baca title post ni dan kemudian terus negative thinking, tolong setting balik ke positive otak tu ok. Ni bukan blog porno. Dah tajuk demo band legenda grindcore dari Singapore mcm tu. Takkan aku nak ubah tajuk dia kot. Hahaha. Yeah, DEMISOR. Band grind dari Singapore ni adalah antara band grind yg menjadi favorite aku. Tape reh/demo 93' ni mula dapat kat tangan aku pada 18 Ogos 1994 (aku ada tulis kat belakang cover tape ni, tu yg ingat haribulan sekali huhuhu) by airmail setelah diorder pada 22 Julai tahun yg sama. Aku dari dulu sampai skrg ni mmg addict ngan mail/net order ni. Ntah la apsal. Best tunggu brg sampai kot. Mcm dpt hadiah gitu. Huhuhu. Ok jom tgk apa tape ni. Kita tgk cover dulu lah.

Cover demo dulu2 biasa la, cut n paste oldskool style. Tgk dekat2 tape ni bleh nampak kesan tampalan tu lagi walaupun dah dipotostat. Yeah, oldskool rules!! Sekarang cut n paste dah tak perlu gunting ngan gam lagi dah. Masa ni komputer hanya yg mampu je ada kot. Tak pasti la sebab aku pun baru je kenal ngan komputer2 ni. Sapa yg ada typewriter elektrik masa tu pergh..mesti best gila la.

Cover tape ni dipotostat di atas kertas biru yg dilipat. Aku mengambil langkah keselamatan agar cover ni tak koyak dengan menampal selotape lebar ke seluruh permukaan. So nampak glossy la masa tu. Kalau member2 pinjam pun tak la cepat lunyai dek dibelek2. Kat dalam cover ni mcm biasa la, tajuk lagu, thank list dan juga line-up serta copy ke berapa. Lirik takde. Kalau ada pun bukan bleh dengar sgt sebutannya. Biasa la vokal growl tebal. Line-up masa tape ni ialah Fahmy - vokal, Harman - vokal, Iskandar - Gitar, Amirul - Gitar, Ismail - Bass dan Jali - Drums/vokal.

Aku punya copy pula yg ke 70. Studio tempat rakaman dibuat kat Studio Lee Kwong Seng. Aku pun tak tau kat ne tempat ni. Huhuhu, kat Singapore la tu kan, takkan la kat Takapan. Huhuhu.

Blank tape yg digunakan utk salin demo ni pula jenis SONY 60 minit. Ada satu lg brand blank tape yg biasa digunakan dlm proses demo2 ni. Tak lain tak bukan brand TDK. Kualiti bunyi ok la, standard la kan dulu2 punya sound utk sesebuah reh/demo. Lagu kat dlm tape ni pun best2. Kalau tak silap ada lagu kat tape ni yg digabungkan dan dimasukkan dlm kompilasi keluaran Dark Journey Records (Intrusion of Dark Journey kalau tak silap). Aku tak ingat lagu yg mana satu, tapi lagu yg kat tape kompilasi tu tajuk dia dah tukar jadi Oljud Knulla. Dalam pada tu, ada satu lagu yg menggunakan bahasa cina. Trek terakhir dalam tape ni iaitu lagu yg bertajuk SIAUCHEA. Apsal pula lagu yg ni aku tau dlm bahasa cina? Sebab ni la satu-satunya lagu yang mempunyai vokal clean + Sing-a-long. Gambar ni pulak alamat yg digunakan pada masa tu.

Tak pasti la masih kekal lg ke atau dah pindah. Tapi kalau korang nak kontek gak korang bleh kontek ngan frontman band ni, korang bleh klik kat sini or sini kalau nak baca biografi band ni. Ok la. Pernah main kat Kota Kinabalu, aku ada pegi tgk tapi tak ingat pula tahun bila. 2002 or 03 kot. Ni trek list utk reh/demo ni:

SIDE A
Intro
1. Sex Symphony
2. Cunt Addiction
3. Nudist Colony
4. W.A.R. (World of Abnormal Rearing)
5. Eternal Ejaculation

SIDE B
1. U.F.O. (Unidentified Fucking Object)
2. Ultra Ugly Weakling
3. Abyss of Misery
4. Extreme Perverts
5. Siauchea
Outro


Errr... pornogrind. Huhuhu. Ok. Bubbye.

7 comments:

  1. aduhs...kanser otak tengok minat si takilala nih...manusia memang macam ragam...kagum nengoknyer...

    ReplyDelete
  2. zaman dulu standard demo tape mesti guna kaset Sony ngan TDK...pasal 2 brand ni kira paling best dan mahal la kan...hehe..

    ReplyDelete
  3. siauchea tu maksudnya cik adik....

    ReplyDelete
  4. aiya , ini blog apa 2, bukan bikin bersantai pun, bikin seram jer...ala, dunia saja bah benda 2, x boleh bawah ke mana2 pun....huhuhuhuhuhu.from:Mantap

    ReplyDelete
  5. test..apsal tadi aku taip tak keluar? test

    ReplyDelete
  6. Ijau D. Koceng
    Akan datang.

    Norazman M.N.
    Bahaya tu, kena cepat2 gi kedai gambar tgk 450d ke, d70 ke.. huhuhu.. tq.

    berteromber
    kira klass la kan masa tu..huhu

    Jairo
    nnti aku suruh si mantap tuliskan lirik dia, baru kita cover

    Mantap
    wei anak cina, ko tolong carikan lirik lagu siauchea, nnti aku bg tape ni.. ok..

    deaf_angel
    aku pun tak tahu...wo ooo wo wo wo
    di manakah menghilang...hehehe

    ReplyDelete