Monday, June 29, 2009

Hello Kitty = 99.9% Cute...0.01% Evil

Korang mesti kenal punya ngan karektor Hello Kitty ni kan. Hampir di mana2 dia boleh berkolaborasi. Kalau yang minat kereta Kancil ubahsuai ke Mira tu mesti tau Mira Hello Kitty kan. Korang mesti pernah tengok kereta Kancil convert ni ngan kaler pink dan dengan bermacam aksesori Hello Kitty. Huhuhu. Aku tak berapa into HK ni, aku lebih suka Doraemon. Huhuhu. Tapi ye la kan HK ni lebih kuat dia punya kuasa sampaikan boleh berkolaborasi ngan band yang aku minat ni..BALZAC. Ni design HKxBalzac yang lepas-lepas. Untuk tshirt yang lepas2 dah sold out. Bukan setakat tshirt, pen, pencil mekanikal, strap handphone dan mug pun ada. Semalam, masa tgh rehatkan badan setelah penat tanam rumput zoysian, aku pi la surf web shocker. Macam biasa pi riki tshirt. Mana tau ada yg berkenan. Bila aku klik je kat bhgn tshirt tu, ternampak la design ni. Balzac berkolaborasi lagi ngan HK ni. Huhuhu. Design cun kan, tapi harga..perghh... USD50 belum masuk shipping. Mau dekat rm200 seh. Tak jadi la nak angkat. Huhuhu.. Ni design terbaru dari Balzac. So amacam peminat Hello Kitty? Berminat? Aku tak la (walaupun minat ngan Balzac). Baik beli susu untuk anak aku..huhuhu. Balzac= 0.01% cute 99.9% evil...


p/s: semua gambar diambil dari website
Shocker.

Thursday, June 25, 2009

You're Asshole and You Know You Are!

Tajuk kat post ni tak de kena mengena ngan sesiapa..ok. Jangan salah tafsir. Pada mereka yang dah tengok Flight 666 the Film tu mesti tau part yang diorg nyanyi macam title post ni kan. Huhuhu. Dan part yang aku suka tengok part yang ada mamat yang dapat drumstick Nicko tu..huhuhu..gile punya nangis, sebak aku tengok huhuhu. Memang best la F666 ni. Aku ni kalau tengok DVD kat rumah jarang sangat nak tengok sampai habis dalam satu masa, mesti ada sambung2 lagi gitu. Tapi masa tengok F666 ni, huhuhu...2 jam direct mata tak tutup walaupun jam kat dinding dah menunjukkan 12.30 pagi. Dan esoknya tu aku gi kerja ngan tak cukup tido. Ni aku punya F666 press US versi limited (UME/Sony). Huhuhu. Aku tak nak review la, kalau nak baca review pasal F666 ni korang bleh baca kat blog ni atau ni (<--kasi klik aaa kalau nak baca). Aku cuma nak kata F666 the film ni memang best. DVD ni ada lain skit ngan press EU. Beza skit je. Helaian selepas departures punya list tu, sebelah dia terus diari Bruce. Aduh, page yang ada gambar yang ambik dari atas yang nampak lantai stage tu takde. Lagi yang takde ialah gambar kat atas stage yang kat belakang dia api pancut tu, yang ni page yang sebelum special thanx tu. Bleh rujuk gambar2 yang takde ni kat en.Deaf punya multiply kat sini. Ni yang buat aku nak cek it out satu press EU ni..huhuhu. Tapi tak pe la, yang penting aku dah ada DVD ni dan dah tengok. Ada duit lebih nnti, kalau still ada jual lagi press EU yg limited ni, confirm aku beli ni. Huhuhu.

Saturday, June 20, 2009

Penerbangan Enam Ratus Enam Puluh Enam

Aku: Iron Maiden Flight 666 ada?

Cashier Speedy@1Borneo: Ada (sambil angguk). Nor (bukan nama sebenar, aku taip je sebab dah tak ingat nama apa dia panggil..huhuhu) ko ambil CD Iron Maiden yang cover dia kapal terbang tu. Huhuhu. Aku masa tu tengah pegang CD Search yang gambar topeng bnyk2 tu (apa ke nama album kompilasi tu, Search Terbaik ke kalau tak silap), dengar je dia kata ada, huhu, terus gi letak balik tempat asal CD Search tu.

Flight 666 aku punye ni Malaysia punya press (distribute oleh Warner Music). Harga kat Speedy RM43.90. Masa beli ni sempat la sembang ngan cashier dia, tanya samada versi DVD dan Vinyl pihak Warner Malaysia ada distribute ke atau tak kat Malaysia kan. Dan jawapan..tak de bro. Huhuhu. Aku tak pasti dia jawab tu betul ke tak. Tapi rasanya betul lah tu. Ni gambar inlay CD Flight 666.Ada beza tak ngan yg press EU? Rasanya sama je kan.
Kat CD dia print mcm ni.
Ada tulis Warner tu. Ni kes buat aku ingat aku tak jadi beli enhanced CD Fear of the Dark tu hari bila nampak Warner distribute, bukan EMI. Ingatkan kena pirate ke apa. Nasib baik la Mr.Berteromber kata WEA skang ni dah ambik alih distribute EMI nye produk kat Malaysia ni. Thanx for your info bro. Tapi FOTD tu aku sampai skrg tak jd beli, sebab lain2 koleksi IM enhanced aku semua EMI nye print kat jewel case (Malaysia + 3 EU). Tak best la kan tiba2 je ada 1 logo WEA dlm set 12 tu (tak termasuk yg interview tu)..huhuhu. Nak beli yg kepala tu dah alang2 tinggal satu je kan. Baik teruskan je beli satu2.

Satu benda yang buat aku benci sangat2 bila beli Malaysia punya press ni ialah:
Ada ke letak stiker-ori bodoh tu kat dalam. Bodoh betul. Letak la kat jewel case. Ni kalau bukak confirm koyak or tinggal saki baki krom tu. Ni la benda paling bodoh yg slalu aku jumpa. Org nak tengok cover la bodoh. Huhuhu.

Ni gambar yang paling aku suka dalam CD ni.DVD deluxe edition nye Flight 666 tu aku ada order, tp tak sampai2 lagi ni. Tapi tak pe, biar lambat, asal ada..huhuhu. Ntah la kan CD Flight 666 ni mcm lain skit la dari diorg nye rilis live yg lain2 tu. Masa pasang kat sirion-wannabe aku tu rasa mcm nak nyanyi skali ngan crowd dlm CD tu, konon menyaksikan skali la kan tour tu..huhuhu . Terasa beb, terasa. Apalagi kalau pernah tengok dan ada skali kat dalam tu. Huhuhu. Bila la bleh tengok betul2 diorg nye LIVE depan mata.

Masa Napalm Death turun KL 2001 ke Kreator, dah tak ingat mana satu, lepas abis gig tu emcee dia kata nnti organizer nak bawak Iron Maiden plak turun. Tapi mcm biasa la kan, kalau kat Malaysia ni kena tunggu flyer kluar dulu, baru bleh caya kan. Ni mcm kes Carcass nak turun last year, nasib baik la tak tempah tiket flight awal2. Tup2 tak jadi. Next target, aku nak dptkan vinyl pula utk Flight 666 ni. Ok la, nak layan baby Maira jap.

Friday, June 19, 2009

Konichiwa, Arigatou, Sayonara

Tadi tengah layan tv3, kul 7.30pm, main pulak anime ni.. Atashin'chi (atashi no uchi / my home or my family).
Dah lama tak layan. Sebab dulu anime ni main setiap Ahad. So, td kebetulan, layan je la.
Aku ni kalau layan j-dorama or anime, yg tarik perhatian aku mula2 skali dah tentu opening song.
Kalau best, aku layan la terus cerita tu. Kalau tak best, aku layan 1st episod dulu, pastu baru decide nak continue or not. Tapi ada gak tak best tapi aku layan gak sebab pelakon dia huhuhu.
So, ni la dia opening song utk anime Atashin'chi ni, tajuk dia Saraba nyanyian band Kinmokusei (versi video klip). Ok, konichiwa, arigatou, sayonara...huhuhu

Tuesday, June 16, 2009

Khadeeja Maira

Lokasi: Hospital Likas, Kota Kinabalu
Masa: 1.30 p.m.

Syukur alhamdulillah, hari ni anak lelaki aku Izz Darwish, dapat adik perempuan.Mak dia pun alhamdulillah, dlm keadaan selamat.
Ni je la gambar yang sempat aku snap dan upload.
Ada masa aku cerita lagi.

Friday, June 12, 2009

Cari Di Awan Biru

Adoii!! Sakit kepala... apsal diorg ni tiba2 cancel kat KK..
Gua dah ready playlist kat Sirion-wannabe gua ni..tup2 tak jadi pula. Apa benda yang gua cakap ni? Huhuhu..
Ni pasal Konsert Search Di Awan Biru kat Sabah la. Mula2 gua dengar dari Raem Jordison, kata dia Search tak jadi main kat KK. Aku caya gak sebab dia org dalam Celcom kan..huhuhu.. tapi ada gak tak caya..huhuhu.. takut dia gurau je kan.. So nak puaskan hati, gua cek kat diorg punya website kan. So, ni dia latest tour date kat Sabah yang aku dapat dari Dunia Search:

10 Julai: Dewan Masyarakat Keningau, Keningau

11 Julai: Dewan Masyarakat Sandakan, Sandakan
12 Julai: Stadium Likas, Kota Kinabalu...errr..CANCEL!!!
18 Julai: Dewan Masyarakat Tawau, Tawau
Aikk?? Tiba-tiba je ada venue baru. 10 Julai kat Keningau..huhuhu. Kalau nak gi 10 Julai, dari tempat gua gi Keningau +-3jam (ikut jln Tambunan) or +-1jam 1/2 (ikut jln Kimanis), ni anggaran pemandu berhemah huhuhu. Jalan bukan mendatar aaa, jalan turun naik bukit macam Initial D. Kalau drive AE86 panda td kompom gua pegi ni..huhuhu. Trip Fujiwara Takumi la tu..huhuhu
Mak mentua gua ada pula masa ni..huhuhu.. Esok tu pula (11 Julai) kena hantar mak mentua gua pegi airport, balik Kajang.

Nak gi 11 Julai, takut tak sempat. Pegi Sandakan, paling kuat untuk pemandu berhemah mcm gua ni sampai +-5jam. Lagi pun gua tak pernah lagi driving ke sana. Tak pasal2 kang terlajak ke Tawau..huhuhu.
18 Julai...hmmm.. kena kompom betul2 ni ngan Raem Jordison. Ni last date kat Sabah, kalau tak dapat pegi gak.. huhuhu... tengok DVD je la jawabnya...

Tuesday, June 9, 2009

Train Man/電車男 (Densha Otoko)

Korang suka sembang or berforum kat internet ni? Aku dulu suka chatting. Siap menyamar nama perempuan lagi utk kenakan member. Huhuhu. This time aku nak sembang ngan salah satu j-dorama yang aku suka. Tajuk dia dalam bahasa Jepun ialah Densha Otoko (電車男) juga dikenali ngan tajuk Train Man. Dorama ni dah pernah main kat 8TV, kalau tak silap 2 tahun lepas. Ni cerita berdasarkan cerita betul tau. Cerita kisah percintaan yang dikongsi melalui forum internet. Kisah cinta antara budak lelaki Jepun yang geek ngan budak perempuan yang cun. Huhuhu..bukan budak kecik, tapi budak dewasa.
Ni DVD Densha Otoko (sebutan otaku) tu. Versi press Malaysia. Ada 11 episod. 2 episod lagi extended. Tapi yang extended ni takde la dlm DVD aku ni. Aku tak pernah tengok lagi yang 2 episod ni.

Alkisah si Tsuyoshi Yamada (lakonan Itoh Atsushi) yang berusia 23 tahun, minat ngan anime/manga dan pengumpul model2 manga, telah menghalang seorang tua yang mabuk dalam keretapi (komuter kot) dari menggangu gadis comel yang bernama Saori (lakonan Itoh Misaki), yang berusia 25 tahun. Yamada ni tak de girlfriend. Otaku la katakan.. yang dia tau video games, manga dan anime. Tapi bila dia nampak Saori je kat komuter ni, dia mula rasa sesuatu. Dan bila si mabuk ni kacau Saori, otaku ni mula bertindak...tapi kalah gak la..huhuhu.
Ok, so nak dipendekkan cerita, cara Saori nak ucapkan terima kasih ialah ngan bagi dia hadiah. So, dia mintak alamat kat Yamada ni. Start dari sini Yamada tak tau nak luahkan apa yang terbuku di hati, so kat rumah dengan tak sengaja dia termasuk ke satu forum. Dan cerita pun bermula di mana dia mula menceritakan kisahnya, minta pandangan cara nak tackle/date/etc dan disokong oleh kawan2 forum yang dia sendiri pun tak pernah tengok muka. Macam2 la kejadian lucu terjadi selepas tu. Ni cerita romantik-komedi.

Versi the movie pun ada gak. Tapi aku tak pernah tengok. Sebab yang ada kat pasaran aku jumpa versi VCD. Tapi kalau tak jumpa gak versi DVD, aku beli je la versi VCD ni nanti. Huhuhu. Kalau tengok gambar lelaki tu tak brapa geek sangat, yang versi dorama ni kick ass dia punya geek..huhu. Cerita ni pun bukan setakat format drama dan movie je, malah dalam pelbagai bentuk seperti novel dan manga. Kalau korang terer kanji Jepun, katakana dan hiragana, korang bleh baca post betul punya (chatting/forum yang real pasal Densha Otaku ni) kat sini. Aku tak reti..huhuhu.

Opening lagu untuk dorama ni ialah dari Electric Light Orchestra (ELO), Twilight.

Ending song pula dari Sambomaster-Sekai wa sore wo ai to yobundaze.


Best tak lagu dia ni? Huhuhu. J-rock/J-pop ni memang aku suka dengar. Huhuhu. Lagu Twilight tu mesti korang pernah dengar kan. Lagu lama tu. Kalau nak tengok dorama ni, korang bleh tengok kat sini. Kalau nak baca dan nak tengok lagi link2 pasal cerita ni, korang bleh klik kat wiki ni.

Adakah Densha berjaya memikat si Hermes (Saori) ni? Huhuhu.

Sunday, June 7, 2009

Cuti Sekolah = Musim Kahwin....huhuhu

1. Hari ni = 4 kenduri kahwin kat kampung.
2. Jalan = jammed sikit2.
3. Musim Kahwin = juga dikenali ngan musim mengawan...huhuhu
4. Dua malam = tidur aku tak lawas. Huhuhu.
5. Jumaat malam Sabtu = open air jam @rumah Jairo (review sikit2 dan gambar ada kat blog ni).
6. Jiaja = gua tabik ngan band ni..cover lagu Jimi Hendrix "Fire" dgn begitu solid sekali..nyum2...err lagu Kura-Kura rules!!
7. Sabtu malam Ahad = open air jam @rumah pakcik mr.C6 / makcik mr.Ymi (sepupu mr.C6 kahwin..tapi bukan sepupu mr.Ymi).
8. Petang tadi = ganti tidur tak lawas 2 mlm tu walaupun sekejap.
9. Sekarang = korang pula baca tulisan aku kat blog ni...huhuhu.

Kesimpulannya...korang layan lagu ni...huhuhu



Ada dua ekor kura kura berenang di dalam air
Satu berenang pigi sana satu datang pigi tempat aku
Aku mau ambil dia terus kasi masuk dia punya kepala
Tangan dan kaki dan juga ekor dia pun terus masuk rumah

Kura kura...pura pura malu
Kura kura...pura pura malu
(sama aku...sama aku...oh yeah)

Aku ketuk dia punya rumah dia nda mau keluar
Aku bilang jangan malu kau bukan telanjang disitu...oh yeah

Kura kura...pura pura malu
Kura kura...pura pura malu
(sama aku...sama aku...oh yeah)

Aku simpan balik dia di dalam air dia terus keluar
Dia berenang jauh-jauh mungkin pigi tempat kawan dia
Aku nda tau apa dorang bilang tapi dia datang balik
Aku tinguk muka dia macam dia senyum sama aku

Kura kura...pura pura malu
Kura kura...pura pura malu
(sama aku...sama aku...oh yeah)

Friday, June 5, 2009

Cagnet- Best of Cagnet World

Kalau aku tak tengok j-dorama Long Vacation dulu, confirm aku tak kenal band ni. Cagnet, band yang bawa rentak groove-fusion of soulful pop and RnB ni berasal dari Santa Monica, California. Aku mati-mati ingatkan band Jepun dulu. Band ni famous kat Jepun. Aku malas nak taip panjang2 pasal siapa diorang ni, korang cek bio diorang kat sini je la.
Ni the only kaset yang aku jumpa jual kat Malaysia ni. Beli tahun 2002 dulu. Tak pasti la kalau korang ada jumpa rilisan2 diorg yg lain. Kalau ada bgtau aku ok. Aku minat betul kat band ni. Huhuhu. List lagu kat kaset ni.
Ni tape kompilasi lagu2 diorang dari album soundtrack Long Vacation, album soundtrack Love Generation dan album Groove Radio. Keluaran EMI Malaysia. Rilisan tahun 1998. Aku jumpa tape ni pun masa tgk kedai LIGO MUSIC CENTRE (kat shooping kompleks KK Plaza) tengah transform kedai kaset/cd audio to vcd/dvd stuff tahun 2002 dulu. So, dah tentu la diorang jual murah2. Aku dapat bukan seperti harga yg tertera tu. RM5 je. Stock clearence la katakan. Kat sini aku tgk jualan yg berkaitan video (VCD, DVD) terutama karaoke yg banyak jual dari audio CD. Tu sebab skrg ni aku susah nak cari CD audio ori. Yg pirate jgn cerita la. Tapi kesimpulan yg aku bleh katakan, kedai kaset/CD dah palat dah kat sini. Masuk je kat kedai ni, dah tak macam dulu. VCD/DVD karaoke je yg jumpa. Lagi satu paling baru Anime box set. Audio ada gak, tapi yg pirate la kat satu ceruk diorg letak. So, kalau aku nak cari CD audio skrg ni paling kuat aku terpaksa la cari kat SPEEDY je. Kalau tak pun..err...online..huhuhu.. Yang aku betul2 minat nak kumpul la. Kalau tak, mcm biasa la kan...kalau tak mp3.. ehem ehem la kan.Semua lagu dlm album ni best2 belaka. Lari dari jiwa metal aku. Huhuhu. Kalau nak dengar sample lagu Cagnet ni, korang klik kat link atas tu. Kat youtube aku tak jumpa official VC band ni. Tapi aku jumpa yg org dah bikin. Salah satunya lagu What Will I Do kat bawah ni.



Ni pula lagu Hear Me Cry.



Yang ni pula lagu Here We Are Again



So, setakat ni je aku dapat kongsi ngan korang pasal Cagnet ni. Aku pun tgh tengok2 cd diorg ni kat ebay or amazon. Tapi harga..err...tak mampu lagi la nak beli..huhuhu. Nak cari press Taiwan la. Murah skit. Press Jepun..perghh..jgn cerita la. Ok.