Showing posts with label Guns N Roses. Show all posts
Showing posts with label Guns N Roses. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

November

Wow...bulan sebelas dah dekat nak habis...
Tak lama lagi bulan dua belas a.k.a Disember.
Pastu bulan Januari..tahun 2011 pula.
Dan yang ditunggu-tunggu semestinya bulan Februari tahun depan..hehehehe..

Lambat lagi bulan Februari, tiket pun belum ambik lagi ni..hehehe..
Cerita lain la pula..
Ni gambar anak pompuan aku.

Susah betul nak ambik gambar budak umur2 macam dia ni.....kita kata cheese...dia buat tak tau je....so dari bnyk2 gambar yg aku ambik semalam...cuma ni je la yang best bagi aku.....hehehehe.

Abang dia mana??
Abang dia pi layan game ngan sepupu dia daa...


Ok la, dah tak tau nak tulis apa lagi ni..
Oleh sebab skrg ni bulan November...
jom kita layan lagu kegemaran aku ni, mungkin gak kegemaran korang yg baca blog aku yg main hentam je ni.
November Rain dari Guns N' Roses.
Enjoy.

Friday, October 1, 2010

Don't Cry

Hari ni sempena 1 Oktober (takde kaitan langsung), aku nak kongsi ngan korang benda yg aku ada. Ni dia.


Dua versi single Don't Cry, Guns N' Roses. Yang kecik tu versi CD, dan yang besar tu versi piring hitam legam 7 inci.

1991 punya rilisan. Tahun aku baru nak berubah tone suara. Hehehe. Tapi cd ngan 7 inch ni aku baru dapat tahun lepas sebenarnya. Dapat dari gedung mana lagi kalau bukan egay. Kebetulan murah, aku tekan je la papan kekunci (huhuhuhu...papan kekunci...)....Nak harap kat kedai kaset/cd kat KK, memang takkan jumpa punya la. Lagi pun aku suka lagu ni. Dalam hati ada taman beb..hahaha. Dulu dengar kat kaset kuning ngan biru, abang aku punya je. Zaman2 naik bujang dulu, zaman2 tone suara berubah.

Kat atas ni gambar kat belakang CD dan 7 inci tu. Aku suka la art kat belakang ni. Lawa logo diorang ni. Dari dulu lagi teringin nak beli tshirt yang ada logo diorang ni.

Versi CD ada 3 lagu, 2 versi biasa dengar sebab ada dalam album use Your Illusion Part I (original lyrics) and II (alt. lyrics) dan 1 lagi versi demo...dan aku suka versi demo ni sebab bunyi dia raw. Nak dengar bleh cari kat youtube. Versi piring hitam legam pula ada dua lagu je. Lagu yang versi demo takde.

Packaging versi CD beza sikit ngan 7 inci. Versi CD bentuk gatefold, 7 inci tak. Nampak tak tulisan Free Wembley Stadium Commemorative sticker tu? Oleh sebab benda ni used, so aku tak dapat la sticker tu, mungkin mamat sebelum ni dah tampal kat tandas rumah dia kot.

Ok la beb, don't you cry tonight aaaa. Hahaha.