Saturday, May 16, 2009

School Teacher, 16 Mei dan Birthday

Korang suka tengok drama Melayu kat TV tak? Masa kecik dulu aku selalu follow drama bersiri OPAH, PJ Holdings..huhuhu. Sekarang, kadang2 je terlayan, tu pun kalau TV dah kena conquer. Paham2 je la. Terpaksa la layan kan. Huhuhu. Tapi tu drama Melayu. Ni aku nak cerita drama bersiri Jepun. Aku ni peminat drama bersiri Jepun atau dikenali ngan J-Dorama. Aku selalu follow J-Dorama kalau cerita dia menarik, pelakon yang aku suka berlakon dan juga lagu opening dan ending dia best. Kalau takde salah satu, aku tak tengok la tu. Huhuhu. Kat TV kita ada gak main slalu. Tapi kadang2 aku miss tengok. Masa tak kena la tu. Biasanya aku akan cari dia punya VCD atau DVD set. Kadang2 aku main beli je kalau pelakon dia tu aku minat, terutama Ryoko Hirosue (hehehe) or Takuya Kimura.

Ok la, kali ni aku nak cerita skit je pasal satu cerita drama yang best pada pendapat aku. Ni gambar boxset drama tu.

Tapi bukan aku yang beli ni. Biasa la, abang aku. Aku sebagai penyimpan harta je. Huhuhu. School Teacher atau Gakkuo No Sensei (tajuk Jepun), merupakan tajuk bagi drama bersiri Jepun (J-Dorama) yang dibintangi oleh Domoto Tsuyoshi (ahli kumpulan Kinki Kids) sebagai Sakurai Sentaro. Cerita yang mengisahkan mengenai seorang lelaki dari Osaka, Sakurai Sentaro, yang menjadi guru ganti di sebuah sekolah rendah di Tokyo bagi menggantikan seorang guru perempuan yang tengah cuti bersalin. Dia ingat jadi guru senang. Banyak la rintangan yang dia hadapi, terutama dalam menyelesaikan masalah budak-budak/pelajar dia. Kebetulan pula semasa jadi guru tu dia menumpang tinggal ngan family guru perempuan, Motoko Asakura (Yuko Takeuchi..lawa seh), yang juga satu sekolah tempat dia ngajar. Macam-macam hal la berlaku pastu. Dan biasa la happy ending. Pada yang pernah tengok GTO (Great Teacher Onizuka), yang ni versi untuk sekolah rendah punya, tapi tak la seteruk si Onizuka yang pervert tu …huhuhu.

Ok, VCD boxset yang aku ada ni 8 cd semuanya. Ada 11 episode. Setiap satu episode lebih kurang 1 jam dia punya cerita. Edaran Video Box Sdn. Bhd. Aku rekomen guru sekolah tengok cerita ni.

Bercakap pasal guru, hari ni 16 Mei 2009, juga merupakan Hari Guru kat Malaysia ni. So sempena Hari Guru ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada mereka yang pernah mengajar aku dan semua guru di muka bumi ni. Juga kepada mereka yang secara tidak langsung mengajar aku tanpa aku sedari (especially my Mom, family aku, kawan-kawan, sedara mara, etc.)

Aikkk??? Apa kena mengena ngan gambar budak ni? Dia ni ke pelakon tambahan drama yang aku cerita tadi ke? Huhuhu..16 Mei 2009 ni juga genaplah 3 tahun usia anak aku. Hmm..3 tahun, rasa macam baru semalam je dia lahir. 16 Mei 2006, kelahirannya merupakan hadiah Hari Guru yang paling bermakna buat aku dan isteriku. Happy Birthday Izz Darwish.

Selamat Hari Guru

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

11 comments:

  1. Happy besday Izz Darwish...isk...dah 3 tahun dah yer...aritu kenal bapanya bujang trang..tang...tang...lagi..

    ReplyDelete
  2. Happy Besday untuk anak ko...dia dah pandai nak mintak adik lum...hehe.

    aku drama jepun tak tau...korea tau la...winter sonata rules!..hehe

    ReplyDelete
  3. epi sensei's day bro...epi besday izz darwish...cutenya anak bro nie...erm, drama jepun yg aku mc ingt n minat " beautiful life " best woo'...

    ReplyDelete
  4. Ijau
    manga aku x follow, anime ada la

    Norazman M.N.
    sekarang pun bujang lg, bujang 3 huhuhu..

    berteromber
    makaceh dia kata.
    dia tak reti mintak, tp aku mintak ada la huhuhu
    Korea aku mmg x follow langsung, drama dia pjg sgt.

    julia
    yes! betul, tu drama bikin 'mata masuk habuk' je huhuhu. lagu dia pun best-> konya suki no omera- b'z (sebutan bizu).

    ReplyDelete
  5. yup! minat btOl sma hero dia "takuya"...

    ReplyDelete
  6. aku cerita jepun xda, cerita siam ada la.
    epi "keru" day

    ReplyDelete
  7. juLia
    ooo minat Kimutaku ye..

    yusman
    huhuhu...kap kap sawadikap

    ReplyDelete
  8. hehe...oh! takuya kimura...
    1 litre Of tears pun beSt!...

    ReplyDelete
  9. juLia
    ididih, anu carita menangis atu, nda ku minat lai. huhuhu. lg pun pelakon tu aku x into sgt. aku ni peminat tegar Ryoko Hirosue..huhuhu

    ReplyDelete
  10. beaing saja mata mun mliat crita atu hehehe...tjukny pun tau sdkan...
    peminat tegar aaa...mun ada crita best gtau ehhh...

    ReplyDelete