Thursday, May 21, 2009

Into The Light Of The 13 Dark Night

Sama mcm Misfits, aku tertarik ngan band ni pun sebab logo dan skullman dia. Ntah apa yang membuatkan ia menarik perhatianku. Nasib baik gak la lagu2 diorang ni best kat telinga aku. Kalau tak, mungkin aku akan tinggalkan begitu saja. Huhuhu. Ni gambar CD Into The Light Of The 13 Dark Night. Ada dua lagu je kat dalam ni. Into The Light Of The 13 Dark Night (dari album Zennou-Naru Musuu-no Me-ha Shi-wo Yubi-sasu) dan Day The Earth Caught Fire (Dari album The Last Men On Earth). Bahagian belakang CD macam kat bawah ni.Untuk lagu DTECF ni diorg pernah buat split single rilis ngan Misfits. Balzac cover lagu Misfits The Haunting/Don't Open Til Doomsday (medley) dan Misfits cover lagu Balzac DTECF sempena Balzac sign kontrak ngan Misfits Record. Untuk pasaran US cover dia macam ni. Untuk pasaran Japan pula macam ni. Sama je kan. Tajuk je lain. Tapi aku takde dua2 CD ni. Tu gambar aku cilok dari mana ntah. CD Into The Light.. ni sebenarnya bukan untuk dijual. CD ni dirilis untuk tujuan promosi dan gak untuk mereka yg sign up ngan Fiendish Club (Japan) dan Fiendish Club International (worldwide) je. Ni la lagu Into The Light OTTDN:

Macamana.best? Kalau tak best, tu masing2 punya telinga la kan. terpulang. Aku cuma nak share je ngan korang. Untuk lagu Day The Earth..:
Err..korang cari je la kat youtube..huhuhu..
ok..jumpa lagi..

12 comments:

  1. ceh henci.. riak balzacwi.. mentang2 sudah jadi fiendish club international....

    ReplyDelete
  2. adakah encik jairo terpaksa tangguh aktiviti berkaitan muzik utk sementara waktu?

    ReplyDelete
  3. jairo
    huhuhu..FCi punya tshirt cun wooo..akan direview nnti..

    ijau
    mana ada tangguh2 tu. lg bnyk dia punya perancangan tu..huhuhu..jairo, gitar Hide satu!!!!

    ReplyDelete
  4. terima kasih kerana memperkenalkan balzac.. naik syok pulak hehe

    ReplyDelete
  5. tu yg mockingbird ditangguh sampai bln 7 tu...

    ReplyDelete
  6. dah download...tapi gua masih tak berkesempatan nak dengar cd balzac yg lu rekomen tu la..

    ReplyDelete
  7. aku ni baca blog ko baru aku exposed ngan Balzac ni.

    Cammana ko discover dorang dulu2 tu?

    ReplyDelete
  8. matakucing
    tq.

    ijau
    ada tu nnti, ko tgk ja.

    berteromber
    dgr jgn x dgr bro...huhuhu

    deaf
    aku discover diorg ni pun kat net. jumpa kat website misfits.

    ReplyDelete
  9. bah, yg sorg tu lg bila mau angkat gibson?

    ReplyDelete
  10. "aku tertarik ngan band ni pun sebab logo dan skullman dia" <- motorhead punya logo pun skull jua (tusked skull)... xminat motorhead?

    ReplyDelete