Monday, September 28, 2009

Acara Tahunan


Ni acara tahunan aku + kengkawan lain... panggang kepak ayam. Setiap kali raya, memang kitaorang selalu buat.

Aku tak ingat since bila. Venue kat rumah aku ni pun baru 2 or 3 kali buat. Sebelum tu kat rumah en.Ilham a.k.a C6. Ni kira macam gathering la kan. Gathering bapak2 budak...huhuhu. Sambil makan, sambil sembang. Sembang punya sembang sampai la tengah malam. Bukannya selalu macam ni. Huhuhu.

Left to right: Aku, Samsul, Raem, Yas, Mantuk, C6, Ymi

Sunday, September 20, 2009

Pertunjukkan Bunga Api Percuma






Macam pertunjukkan bunga api la pula malam raya ni. Huhuhu. Gambar ni aku ambik dari halaman rumah mak aku kat kg. Gini la suasana lepas Maghrib tadi. Macam suasana perang pula dengan bunyi letupan sana sini. Ok la, selamat berhari raya.

Saturday, September 19, 2009

Sajian Puasa Raya



Lagu Uji Rashid ni antara lagu yang terdapat dalam album Sajian Puasa Raya terbitan EMI, sekitar tahun 90an. Aku tak ingat bila. Dalam album ni aku suka betul dengar lagu nyanyian Rahmat (Ekamatra), tajuk dia pun Rahmat gak. Aku dah cari kat youtube, tp takde yg upload. Orang tak minat kot lagu ni. Aku dah cari kaset Sajian Puasa Raya ni kat rumah mak aku, tapi hilang (kena tapau la tu).

Kenapa aku suka lagu tu? Melodi yg sedap dan kena ngan lirik. Ditambah pula ngan petikan gitar Shahrul (gitaris Ekamatra). Ala macam style lagu More Than Words-Extreme tu, atau pun Kau Ilhamku- Man Bai tu. Hah, mcm tu la lebih kurang.

Antara bait2 lirik yang aku ingat:
"wajah-wajah silam di ingatan
berselang-seli mendatang
sesekali fikiran, terusik kenangan ketika remaja
suasana begini mengganggu di emosi"

Ala lupa la sambungan dia apa. Dah lama tak dengar lagu tu. Huhu. Ok la, esok dah nak raya kan. So, dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada rakan-rakan blogger dan mereka yang pernah singgah atau tersinggah kat blog ni, Maaf Zahir dan Batin (Keramat) huhu.

Wednesday, September 16, 2009

3 bulan




Pejam celik, pejam celik
Hari ni Khadeeja Maira dah pun berumur 3 bulan.

Wednesday, September 9, 2009

Ada apa dengan angka 9?

Sempena 09/09/09 pada hari ni, jom try ni:

a) Try darab nombor 9 ngan salah satu nombor berikut (1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9). Lepas tu, campur kedua-dua nombor yang dapat tu. Aku pasti korang dapat 9. Contoh 9 X 2 = 18 --> 1 + 8 = 9.

b) Tu satu nombor. Kalau sembilan darab ngan dua digit? tiga digit? empat digit? Dapat sembilan gak ke? Jawapannya dapat. Tengok contoh ni:
9 X 36 = 324 --> 3 + 2 + 4 = 9
9 X 365 = 3285 --> 3 + 2 + 8 + 5 = 18 --> 1 + 8 = 9
9 X 6666 = 59994 --> 5 + 9 + 9 + 9 + 4 = 36 --> 3 + 6 = 9 !!!


"We know You've come to inherit what's Yours...The Mansion
Take our advise and go back on this night
If you refuse 18 will become 9...Oh No"
Oh 18 is 9
- Arrival, King Diamond (Abigail)

Tuesday, September 8, 2009

Syair Si Ikan Pari

Dapur En. Amat Bubok.

En. Amat Bubok tersengih sebab aku ambik gambar dia. Kat belakang tu scene baazar Ramadhan (kecik je, tak sampai 20 gerai) Pekan Membakut.

Pari panggang En. Amat Bubok beserta sos kicap + cili. Harga RM3. Waktu sungkai a.k.a berbuka puasa hari ni ialah 6.21 petang. Tak tahan dah ni, huhuhu.

Monday, September 7, 2009

RM6.60


Aku dah bayar. Yang belum tu, bila lagi nak bayar?

Saturday, September 5, 2009

Soya Bean Drink

Alhamdulillah. Dah 15 hari kita berpuasa. Untuk entry kali ni aku nak review air dalam gambar ni.
Soya bean drink atau air susu kacang. Dan air soya bean ni aku beli kat baazar ramadhan pekan Papar, gerai mana lagi kalau bukan gerai Aziz Soya, ex-classmate aku masa form 4~5 dulu (aku panggil dia dulu dgn nama Aziz Culto, gara2 minat ngan Darkthrone masa tu). Huhuhu.
Ok, tanpa buang masa lagi mari aku perkenalkan yang sebelah kiri tu, nama dia Air Susu Kacang Perisa Pandan dan yang kanan tu Air Susu Kacang biasa.

Apa yang menarik?
-Rasa yang aku panggil just nice, sebab tak manis dan tak tawar.
-Packaging menggunakan botol baru, bukan used punya botol (sila tengok gambar di bawah).
-Harga yang berpatutan, RM1.80 untuk botol 500ml.
-Fresh!!! Dia buat packaging kat situ juga.
Selain air soya ni, dia ada gak jual Yong Tau Foo, Tau Fu Fah (betul ke ejaan aku ni?? hentam je lah labuuuu) dan makanan lain. Kalau berkunjung ke bazaar ramadhan Pekan Papar (atau pun masa Tamu kat Papar ni setiap petang Sabtu dan pagi Ahad), jangan lupa singgah kat gerai dia ye. Huhuhu.

Tu je la ye buat kali ni. Selamat berbuka berpuasa.

Tuesday, September 1, 2009

Kena Tahan

Tadi dapat surat cinta lagi
Patut la aku tunggu-tunggu tak sampai
Masuk ni dah dua kali CD ebay aku ditahan
Yang 1st dituduh kemoralan
Yang 2nd ni tak tau atas sebab apa lagi
Adoi...