Wednesday, April 29, 2009

Dah masuk..yeah yeah..

Betul la kata encik Arthur (CS Officer Public Bank):
"Next week, hari Isnin atau Selasa duit tu masuk dalam akaun kau balik".

Alhamdulillah, duit gua dah ada balik. Huhuhu.

Monday, April 27, 2009

Hilang Dalam Terang


Macam biasa, aku jumpa video klip ni kat youtube. Tak pernah aku tengok video klip Amy Search ni. Ada sapa2 tau lagu ni dari album mana? Lirik berbeza la dari lagu Hilang Dalam Terang versi Search.

Friday, April 24, 2009

Rage Against the ATM Machine!!!

Lokasi kejadian #1: Mesin ATM Public Bank (bangunan MAA, KK)

Petang tadi, aku nak keluarkan duit kat mesin ATM PB, nak bayar ansuran keta sirion-sport-wannabe aku. Kebetulan ada urusan kat area Api-api Center, so pegi la keluarkan duit kat bank ni kan. Kat situ ada dua mesin, satu mesin baru (tak la baru sangat) dan satu lagi mesin lama. Yang baru tu sebelah kiri dan lama sebelah kanan. Masa aku masuk, aku tengok kat mesin baru takde orang beratur, yang lama pula ada sorang tengah beratur dan sorang lagi tengah gunakan mesin tu. Aku rasa pelik juga apsal tak gunakan mesin baru tu kan, so aku pegi la masukkan kad dan tekan amaun yang aku nak. Pastu kat skrin tulis tak dapat keluarkan amaun yang aku nak tu, suruh tekan amaun baru. Aku tekan butang batal tapi kad aku tak nak keluar. Aku masuk la jumlah rm100, boleh pula. Duit dapat, kad dapat dan penyata pun dapat. Ok, aku buat andaian mesin tak cukup wang nak keluar. So aku pun jump gi sebelah yang lama ni. Aku jadi orang ketiga pula beratur. Tunggu je la. Aku perhati orang depan aku keluarkan duit, siap dua kad lagi dia keluarkan. Mest kawan dia kirim ni. Semuanya ok, tak de masalah. Masa turn aku pula, macam biasa la, masuk kad dan tekan balance amaun yang aku nak. Masa ni lama juga aku tunggu, last-last kata urusniaga dibatalkan, kad aku keluar dan aku pun ambik. Tiba-tiba je skrin terus tukar biru kata tak boleh digunakan untuk sementara waktu. Mesin abis duit lagi la ni, aku agak. Aku tengok orang sebelah kiri aku, aikk??? Tadi tak boleh, ni bleh pula. Siap keluarkan duit banyak. Nak gi beratur kat sebelah Q dah makin panjang. Jadi, aku pun blah je la dari situ. Sebelum aku keluar aku toleh lagi skali mesin tu kot-kot mesin tu dah ok ke ngan sekelip mata. Tapi skrin tetap kaler biru.

Lokasi kejadian #2: Mesin ATM Affin Bank (Gaya Street, KK)

Aku berlari-lari anak menuju ke mesin ATM Affin. Aku cadang macam ni, keluar duit kat sini je pastu terus gi mesin cash deposit Affin untuk bayar ansuran keta aku. Potong rm1 je. Masuk je tak de orang. Canteekkk. Aku masukkan kad Public Bank tadi kat mesin ATM ni dan terus tekan kod rahsia 6 digit. Selepas pengesahan akaun, aku terus tekan baki dulu. Saja nak cek lagi sekali. Masa ni la satu badan bergegar tengok baki kat skrin. Dah kurang RMXXX, sama ngan jumlah yang aku tekan nak keluarkan kat mesin lama PB (yang mengatakan urusan dibatalkan selepas aku tekan). Cuak beb. Bukan singgit dua, tapi tus-tus. Tanpa banyak cakap, aku tinggalkan kawasan tu dan menuju ke lokasi kejadian #1 tadi.

Lokasi kejadian #3: Customer Service Public Bank (bangunan MAA, KK)

Kena tekan angka giliran pula. Tekan dan keluar nombor 3045 dengan cetakkan kecik "Nombor sekarang:3037. Sila duduk. Anda akan dilayan sebentar lagi" kat bawah nombor tu. Aku duduk la, takkan nak berdiri kan. Tak lama, kejap je. Kedengaran suara awek-yang-tak-berperasaan memanggil nombor 3045. Aku bingkas bangun dan terus gi menuju kaunter 18. Aku disambut ngan perkataan "Yo, what's up?" Ada gaya hip-hop ke aku tadi sedangkan aku menyarung tshirt DEMISOR putih yang dibeli dengan mail order kat Jimbo Parkinson/Broken Noise dan berseluar kargo itam made in Tesco serta bertopi baseball itam kegemaranku. Maybe dia nampak aku pakai topi dan dia assume aku hip-hopper. Ahhh..persetan itu semua. Aku lantas story semula kejadian yang dialami. Dia cek kat PC, dan dengan tenang dia kata, "Kau jangan ambil duit di mesin sebelah situ lagi. Tua sudah tu mesin. Bagus dibakar ja tu nanti". Hehehe..lawak la tu. Aku sengih ja. Duit hilang beb. Ko nak gelak lagi ke? Kemudian dia minta IC dan kad ATM PB aku untuk dibuat salinan. Pastu dia suruh sain kat borang aduan tu. Habis sain, dia terus kata "Nanti pegawai cek kau punya kes ni, kalau ok duit tu nanti dimasukkan terus ke dalam akaun kau. Next week masuk la tu. Monday or Tuesday". Ok, ayat dia ni buat aku calm balik. Aku pun tinggalkan PB, dan terus menuju ke lokasi yang seterusnya. Huhuhu. Nasib baik hari bekerja. Sempat mengadu. Kalau bukan hari bekerja macamana? Mesti tak tido nak tunggu sampai hari bekerja. Huhuhu. So, kepada semua penduduk Sabah yang menggunakan mesin ATM PB kat bangunan MAA, JANGAN GUNA MESIN SEBELAH KANAN tu. Mesin @#$%. Kalau nak guna juga, pastikan duit anda dalam akaun RM0. Ok. I love U. Bye.

Wednesday, April 22, 2009

Out of the Light of the 13 Dark Night

Out of the Light of the Thirteen Dark Night merupakan album pertama Balzac di German yang diriliskan di bawah label G-Force Records. Diriliskan pada tahun 2003, album ni sebenarnya kompilasi dari album-album Balzac yang terdahulu (sebelum album Came Out of the Grave). Kebanyakkan lagu-lagu yang ada dalam album ini juga merupakan lagu-lagu yang ada dalam EP mereka yang berjudul Beyond the Darkness (yang diriliskan di bawah label Misfits Records). Kalau tak silap lagu-lagu yang ada dalam album ni dirakamkan semula untuk pasaran Eropah. Untuk rilisan Out of the Light of the 13 Dark Night ni, ada tiga versi yang diriliskan iaitu CD biasa tanpa DVD (jewel case), CD + DVD dalam versi digipak dan versi piring hitam bergambar (picture LP/vinyl).
Versi CD +DVD dicetak terhad iaitu sebanyak 6,666 keping. Vinyl pula dicetak sebanyak 2308 keping, juga cetakan terhad. Aku cuma ada versi vinyl je. Beli kat Jepun..huhuhu...online la, kat mana lagi kalau bukan SxWxW (Shocker World Wide). Vinyl ni tak de info mau pun inlay, just jaket je. Kat jaket dia ni cuma ada stiker yang bagitau ianya terhad kepada 2308 cetakan. Kat ebay ada juga jual, tapi paham-paham je la harga ebay ni kadang-kadang potong kepala. Aku beli usd4 (memang harga asal). Aku ada jumpa kat ebay, ada yang jual sampai usd25, silap-silap ada yang sampai usd45. Gila..gila..gila..(sila nyanyi ikut style gelimat ..huhuhu). Aku suka tengok gambar kat vinyl ni, sebab kalau tengok dekat berkilau-kilau seh. Huhuhu. Gambar kat side A vinyl ni juga merupakan gambar yang sama untuk EP Beyond the Darkness. Gambar ni merupakan maskot Balzac, kalau tak silap nama dia skullman (kalau tak silap la, kalau silap betulkan je kat komen). Jaket yang maskot dia pakai ni dulu ada jual, tapi tak sempat beli sebab sold out (<-- alasan, huhuhu). Stuff kat SxWxW ni stok terhad, tu la pasal. Kat belakang (side B) pula gambar line-up Balzac dan tajuk lagu serta label yang mengeluarkannya.

Tracklist untuk vinyl ni seperti berikut:

Side A

Into the light of the 13 night
Nowhere #13
Tomorrow
Day the earth caught fire
Wall
Yami-no-mukou-no-subete-wo
The end of century

Side B

Out of the blue II
In your face
The silence of the crows
Violent paradise
Monster II
Beware of darkness
The bleeding light

Sekarang ni tengah fikir nak beli boxset Balzac pula. Nak beli sekeping-sekeping CD untuk album diorang ni (sampai fullset macam dalam boxset) mahal seh, baik beli boxset kan. Sekeping dalam usd25 (kalau tak silap la), kalau 6 keping mau usd150. Tu belum masuk shipping lagi. Boxset usd100. Tengok la macamana, kalau ada dalam post yang akan datang, kompom dah beli la tu. huhuhu. Ok, selamat ber"BARUZAKU".

Monday, April 20, 2009

Ultraman..Fire!!

Scene: Kat tempat keje aku 7.45 pagi Isnin yang suam-suam kuku.

Pagi-pagi dah kena fire beb.
Huhuhu.
Semua hangus.
Berasap.
Tapi ok la.
Tak la sampai mampos.

Dah habis kena fire, aku beredar sambil nyanyi lagu ni (dalam hati je la):

"It's just another manic Monday (oh woo woo)
I wish it was Sunday (oh woo woo)
'Cause that's my Funday (oh woo woo)
My I don't have to runday (oh)
It's just another manic Monday"
- Manic Monday by Bangles

Sunday, April 19, 2009

Silent Hill

Kat mana Silent Hill ni? Kat Takapan ke? Wujud ke? Huhuhu. Aku bukan nak review dia punya filem, tapi aku nak bakunyanyang pasal game ni. Sebenarnya aku baru je menghabiskan game Silent Hill 3. Silent Hill pertama dah lama dah main, masa guna console PS. Silent Hill 2 baru juga habis 2 bulan lepas. Silent Hill 3 malam tadi. Huhuhu. Ada 2 siri lagi nak habiskan, Silent Hill 4: The Room dan Silent Hill:Origins. Aku tak nak ambik gambar koleksi yang aku ada ni sebab aku punya koleksi tu jenis cap ayam punya (huhuhu), korang paham-paham je la ori susah nak jumpa kat sini(<-- alasan). Ni gambar aku ambik dari http://www.flickr.com/photos/isz/1005048080/. Ada satu lagi Silent Hill yang baru je rilis tahun lepas, Silent Hill: Homecoming tapi tak dapat la aku nak main sebab tak dikeluarkan untuk console PS2, hanya untuk PS3. Game siri Silent Hill ni sebenarnya mula diriliskan pada tahun 1999 oleh Konami. Created by Team Silent untuk 4 siri Silent Hill (1999), Silent Hill 2 (2001), Silent Hill 3 (2003) dan Silent Hill 4 (2004). Untuk Silent Hill: Origins(2007) dan Homecoming (2008) pula oleh team lain, Climax Group (SH:Origins) dan Double Helix Games (SH:Homecoming). Game ni diklasifikasikan sebagai game survival horror. Kalau main game ni terasa macam tengah layan cerita seram. Best, kadang-kadang tengah main boleh terperanjat woo. Tambah lagi kalau layan waktu malam, lampu korang tutup. Perghh...menyeramkan. Yang buat aku suka game jenis macam ni ialah solving puzzles untuk dapatkan item-item yang diperlukan. Bila tak dapat selesaikan teka-teki ni, hah melilau la buang masa pusing-pusing dan kepala pun ligat berfikir apa lagi yang tak kena. Aku kalau kena tahap macam ni, senang je, aku terus je buka internet cari walkthrough dan cari baca part aku tersangkut tu. Ni kes "kalau dah tak mampu nak fikir". Aku juga suka jalan cerita game ni. Kat bawah ni cutscenes dari SH3 yang aku ambik dari youtube.com/fungo.

Cutscenes ni sebenarnya macam cerita/movie pendek bila korang habis satu misi atau baru nak mula misi dalam game SH. Di samping tu, ending untuk game SH ni juga biasanya berbeza mengikut pencapaian dalam permainan korang. Kalau teruk, banyak sangat mati, save ke, dapat la ending biasa. Tapi kalau main bagus, dapat la ending special sikit. Selain game, Silent Hill juga diadaptasikan ke filem dengan menggunakan tajuk yang sama, Silent Hill (2006), buku, CD, action figures, tshirts, dan macam-macam lagi la. Kalau anda berminat ngan game bercorak survival horror ni, aku cadangkan selain Silent Hill, korang boleh cuba siri-siri game Fatal Frame (lagi menyeramkan, based on true story) dan Resident Evil. Dengar cerita ada Silent Hill baru nak dikeluarkan untuk PS2, title dia SH:Shattered Memories. Nak tau lebih lanjut SH ni, klik di
sini atau sini. Ok la, aku nak start main Silent Hill 4 pula. Huhuhu.

Friday, April 17, 2009

Danzig III

Bagi yang meminati band Misfits pastinya tidak lupa dengan nama Glenn Danzig, vokalis utama yang menyanyi ala Elvis Presley suatu ketika dulu. Bagaimanapun beliau mula meninggalkan band Misfits dan kemudiannya menubuhkan band bernama Samhain. Selepas Samhain, Danzig (mengambil nama sempena surname beliau) pula ditubuhkan pada tahun 1987. Album pertama Danzig mula diriliskan pada tahun 1988 di bawah label Def American (kemudiannya jadi American Recordings) milik Rick Rubin. Dua tahun kemudian album kedua Danzig, Danzig II: Lucifuge muncul. Kedua-dua album ni aku takde. Kalau aku tak silap, dulu ada jual kaset salah satu album yang aku sebut tadi sebab aku pernah tengok kaset Danzig ni kat rumah sewa Jeff (a.k.a Trismegistus, gitaris Aradia) dulu. Masa tu bila aku pasang kat kaset player dia (konon nak tau la album lama dia macamana) bukannya Danzig yang nyanyi tapi lagu lain pula. Rupanya dia dah dubbing ngan lagu lain. Aku masih ingat lagi dia kata Danzig muzik dia pelik, tu sebab dia dubbingkan kaset tu ke lagu lain. Frust la aku masa tu. Ok, ni aku nak share ngan korang album Danzig yang ketiga, Danzig III: How the Gods Kill. Macam biasa, bukan aku yang beli. Lagi sekali kredit untuk abang aku (Mr. Rahman Wahab) yang sudi membeli album/CD ni dan menjadikan aku sebagai penyimpannya. Huhuhu. Album yang diriliskan pada tahun 1992 ni antara album Danzig yang digemari ramai. Ada 10 lagu kesemuanya.
1. Godless
2. Anything
3. Bodies
4. How the Gods Kill
5. Dirty Black Summer
6. Left Hand Black
7. Heart of the Devil
8. Sistinas
9. Do You Wear the Mark
10. When the Dying Calls
Untuk album ni Danzig dah mula bereksprementasi dengan muzik Doom Metal sikit (ye ke?), tapi sentuhan classic blues/hardrock tu masih lagi kedengaran pada mana-mana lagu dalam album ni (lagu Heart of the Devil jelas kedengaran irama ni). Trek kegemaranku dah tentu trek no 5, Dirty Black Summer. Best gila lagu ni. Lagu lain pun ok juga. Jom kita tengok cover album ni. Agak-agak siapa lukis? Yang minat dengan pelukis H.R.Giger pasti kenal dengan sentuhan beliau. Bila buka cover ni jadi besar la macam poster gitu. Tengok kat bawah ni. Lukisan yang diberi nama Meister und Margeritha (Master and Margarita, 1976) dah dimodified sikit kat area "ehem" alien/master tu. H.R.Giger tambah skit ngan pisau dan maskot Danzig, tak nampak la kan. Kat bahagian dalam, macam biasa, lirik lagu. Album ni masih lagi mengekalkan line-up original band ni, Glenn Danzig (vokal), Chuck Biscuits (Drums), Eerie Von (bass) dan John Christ (gitar). Sekarang line-up dah berubah, cuma tinggal Glenn Danzig je original member untuk band ni. Gambar kat bawah ni adalah line-up klassik/original gitu dan antara line-up yang aku rasa ngam untuk band ni.
Antara sebab aku minat Danzig ialah aku suka dengar kemantapan vokal Glenn Danzig ni di samping muziknya yang (pelik??) best. Huhuhu. Jadi, kalau korang nak tau lebih lanjut pasal band ni, korang boleh la klik di sini. Jom berDANZIG.

Tuesday, April 14, 2009

Senja di Takapan

Dua tiga hari ni waktu pagi cerah, petang je hujan. Kat pekan lama Membakut dah banjir. Risau gak aku masa balik dari keje petang tadi. Ingatkan air dah naik kat jalan nak masuk taman rumah aku ni. Nasib baik la tak. View dari rumah aku. Aku ambik gambar ni petang tadi 6pm. Ada tanda-tanda nak hujan lagi malam ni. Huhuhu.

I want to know, Have you ever seen the rain?
I want to know, Have you ever seen the rain
Comin' down on a sunny day?
- Creedence Clearwater Revival

Sunday, April 12, 2009

Guitar Hero: Metallica ... dah rilis


Last week aku berkesempatan pegi City Mall kat Kota Kinabalu (KK). Kalau gi sana, aku mesti gi buat lawatan sosial kat kedai-kedai jual dvd games. Salah satu kedai games kat situ (aku dah lupa nama dia) merupakan kedai fav aku nak buat lawatan sosial. Kedai ni banyak jual akseksori games yang cun melecun. Bukan setakat tu, aku tengok kat rak display dia ada handheld console klasik Game&Watch. Tapi tak jual. Aku rasa kalau dia jual pun mesti harga rm4++. Kat sini juga lah aku tengok ada sorang ahcai tengah main Guitar Hero Metallica ni kat console PS3. Pergh!! best gila aku tengok. Dengan sound system yang meletup, aku layan tengok dia main lagu Enter Sandman (Aku rasa lagu tu je dia tau..huhuhu). Yang tak tahan tu, dia main guna gitar tanpa wayar jenama Fender Strat kaler hitam. Ya, korang tak salah baca, gitar ni memang ada dikeluarkan untuk game Guitar Hero selain gitar Gibson Les Paul. Bentuk sebijik macam yg betul punya, cuma scale je kecik dan takde tali. Macam gambar kat bawah ni.

Masa aku nak beli gitar controller untuk main game Guitar Hero ni, aku pernah tanya harga gitar Fender ni, RM5++. Mahal sey. Last2 aku beli flying V brand TAC je, tapi ala2 Gibson V gitu. Huhuhu. Aku tanya tokey kedai tu samada dia ada jual Guitar Hero: Metallica ni versi PS2. Dia kata takde jual dan tak pasti ada kat PS2 ke tak. Tak baca review la tu. PS2 ada rilis la tokey. Siap ada 3 tracks lagu dari album Death Magnetic lagi. Kalau PS3 kena download tau. Tapi tak la aku kata mcm tu kat dia. Ok la, ni aku senaraikan list lagu yang ada dalam Guitar Hero:Metallica.
1. All Nightmare Long
2. Battery
3. Broken, Beat and Scarred *
4. Creeping Death
5. Cyanide *
6. Disposable Heroes
7. Dyers Eve
8. Enter Sandman
9. Fade To Black
10. Fight Fire With Fire
11. For Whom The Bell Tolls
12. Frantic
13. Fuel
14. Hit The Lights
15. King Nothing
16. Master of Puppets
17. The Memory Remains
18. Mercyful Fate (Medley)
19. My Apocalypse *
20. No Leaf Clover
21. Nothing Else Matters
22. One
23. Orion
24. Sad But True #
25. Seek and Destroy #
26. The Shortest Straw
27. The Thing That Should Not Be
28. The Unforgiven
29. Welcome Home (Sanitarium)
30. Wherever I May Roam
31. Whiplash


Lagu yang bertanda * hanya untuk PS2 dan Wii dan hanya untuk download bagi PS3 dan Xbox 360. Ok, tu lagu dari Metallica. Lagu yang bertanda # pula hanya game demo untuk console Xbox 360. Kat bawah ni pula list lagu yang menjadi personal favorites and influences Metallica.

32. Ace of Spades - Motorhead (rakaman baru utk game ni)
33. Albatross - Corrosion of Conformity
34. Am I Evil? - Diamond Head
35. Armed and Ready - Michael Schenker Group
36. Beautiful Mourning -Machine Head
37. The Black River - The Sword
38. Blood and Thunder - Mastodon
39. The Boys Are Back in Town - Thin Lizzy
40. Demon Cleaner - Kyuss
41. Evil - Mercyful Fate (Rakaman baru untuk game ni)
42. Hell Bent for Leather - Judas Priest
43. Mommy's Little Monster (Live) - Social Distortion
44. Mother of Mercy - Samhain
45. No Excuses - Alice in Chains (Game demo untuk console Xbox 360)
46. Stacked Actors - Foo Fighter
47. Stone Cold Crazy - Queen
48. Toxicity - System of a Down
49. Tuesday's Gone - Lynyrd Skynyrd
50. Turn The Page (Live) - Bob Seger and the Silver Bullet Band
51. War Ensemble - Slayer
52. War Inside My Head - Suicidal Tendencies

Alamak, Misfits takde ke En. James? Misfits takde Samhain pun jadik la. Bila la PS2 punya version ada kat kedai ni. Tak sabar nak beraksi ni. Huhuhu.

Saturday, April 11, 2009

Yang Ditunggu Sudah Tiba versi Atom-Age Vampire in 308..Balzac

Aku agak barang yang diorder sampai hari Khamis lepas, oleh sebab mesyuarat habis lambat (mesyuarat buang masa aku je), jadi tak sempat la nak buka peti surat kat Pejabat Pos Bua. Semalam pula satu Sabah cuti, jadi tak dapat la nak tengok/buka peti surat. Nasib baik hari ni pejabat pos buka,minggu kedua, jadi hari Sabtu buka la. Pagi-pagi lagi (tak la pagi sangat) aku terus start kereta dengan ditemani oleh anak aku, memecut menuju ke arah pejabat pos dengan harapan (teringat lagu Wings, Harapan hehehe) bungkusan dah ada dalam peti surat yang bernombor 106. Buka je peti surat, hampeh.. 3 keping surat yang bukan milik aku (milik abang2 aku) ada kat dalam. Tiada sebarang tanda2 bungkusan mau pun surat pemberitahuan pengambilan bungkusan. So, tanpa membuang masa aku ngan ditemani anak aku blah dari situ dan terus menuju ke kampung...lepak jap kat rumah mak aku. Pukul 11 pagi aku terus chow balik, dan sempat singgah ke pejabat pos. Bila peti surat dibuka, yes.. dah sampai. Kali ni Cyril tak call aku sebab barang senang nak sumbat dalam peti surat. Huhuhu. Aku takut CD pecah je tadi sebab dia main sumbat je. Nasib baik tak. Kali ni aku beli tshirt Balzac dan CD the making of Deep Blue: Chaos from Darkism II. Dalam bungkusan ni gak ada tshirt+CD yang bukan milik aku, tapi milik Jairo (tumpang sekaki order). Dia order Shock and Horror Set: Black Sunday, nanti ada la dia review kat blog dia tu. Aku review secara ringkas je tshirt ni ok. Design kat depan fiendish skull. Tengok gambar ni. Kat blakang pula logo diorang macam gambar kat bawah ni. Pada aku design ni simple. Macam design tshirt Misfits gak. Design ni dah habis dah sekarang ni. Aku la yang bagi habis. Huhuhu. Nasib baik aku sempat beli. Tak tau la kalau diorang nak cetak lagi. Jairo ada selai, tapi dia punya design lain sikit, kaler putih dan kat belakang ada tulisan katakana. Masih lagi mengekalkan cetakan silk screen yang berkualiti macam tshirt2 Balzac yang aku pernah order sebelum2 ni. Harga USD20 (blum masuk postage). Ok, stakat ni dulu. CD the making tu, nanti la aku review. Dengar dulu baru review. Nak gi Papar jap, beli Yong Tau Foo kat gerai Aziz Soya (ex-classmate aku masa sekolah menengah)..sedap wooo.

Thursday, April 9, 2009

Buang Karan

Kalau aku tau,
Aku tak pegi meeting petang tadi,
Tapi aku tak tau,
Aku pegi juga la meeting petang tadi,
Yang aku tau,
Dua meeting berlangsung petang tadi,
Tapi aku tak tau,
Meeting aku selepas meeting pertama petang tadi,
Yang aku tau,
Meeting aku akan bincang sesuatu petang tadi,
Tapi aku tak tau,
Meeting pertama habis lambat petang tadi,
Emm..korang nak tau,
Meeting aku 5 minit je petang tadi!!!
Kalau aku tau,
Aku kirim salam je tadi.

!@%#&*%

Monday, April 6, 2009

Misfits - Collection

1, 2, 3, GO!! Misfits, band yg sama umur dengan aku. Huhuhu. Aku mula meminati band ni pasal selalu tengok logo skull diorg ni melalui gambar2 band rock mat salleh yg pakai tshirt Misfits yg hanya ada logo tengkorak gigi rongak ni (logo band tak de, tu pasal tak tau nama band ni mulanya). Dari gambar baru aku cari band ni main muzik jenis apa. Aku bukan seorang punk, tu sebab aku tak tau sangat band ni. Abg aku ada beli pilih-album-dan-tolong-dubbingkan tape dari album Walk Among Us dan Legacy of Brutality kat Victoria Music (kat Pertama Kompleks). Bila aku dengar tape ni, lalu hati ku berkata (chewah) band ni main muzik lain skit. Best. Suara ala-ala Elvis gitu (tu pasal Glenn Danzig dikenali sbg Evil Elvis). Yeah, Misfits. Ni la band yg terkenal ngan jenis muzik horrorpunk (punk ngan lirik horror). Band ni juga jd influence kuat band Balzac (Hail Balzac!!). Bukan setakat Balzac, Metallica pun pernah cover dan record lagu2 diorg ni (Die Die My Darling/Green Hell/Last Caress - cek album2 Garage diorang) serta Cradle of Filth (lagu Death Comes Ripping - Album PanDaemonAeon). Banyak band lagi yg cover lagu2 diorang ni, ni termasuk MiScusi..huhuhu. Ok, jom kita tgk CD ni.Tajuk asal CD ni MISFITS, tajuk lain MISFITS COLLECTION. Aku punya (hehehe) ni title Misfits Collection. FYI, CD ni bukan aku yg beli. Skali lagi abg aku yg beli masa dia berpeluang gi German atas urusan kerja. So, CD ni jd milik aku sbb dia minat dgr je, aku minat habis..huhuhu. CD compilation ni kalau ikut (P) dan (C) yg tertera tahun 1986 under Caroline Records, edaran Virgin records/EMI. Tapi CD yg aku ada ni adalah re-issue/re-printed. Ada 20 lagu kesemuanya. Tengok gambar kat bawah ni untuk track list. Lagu "She" dipetik dari Legacy of Brutality. "Hollywood Babylon" dan "Bullet" pula dari Bullet EP/ Static Age LP. "Horror Business" dan "Teenagers From Mars" dari Horror Business EP. "Where Eagles Dare" dari Horror Business sessions (yang sepatutnya dimasukkan dlm "Who Killed Marilyn?" 12", tapi tak pernah dirilis pun). "Night of the Living Dead", "Vampira", "Skulls" dan "Astro Zombies" dari 3 Hits From Hell/12 Hits From Hell sessions (alternate mix). "London Dungeon" dan "Ghouls Night Out" dari 3 Hits From Hell EP. "I Turned Into A Martian" dari Walk Among Us track. Dan selebihnya dari Earth A.D./Wolfs Blood (Valentine Sound Productions/VSP ada kluarkan kaset album Earth A.D/Wolfsblood sekitar 1994 dulu) dan rilisan Die, Die My Darling. Kalau nak cakap lagu mana aku suka, bagi aku semua lagu dalam kompilasi ni best2 belaka. Huhuhu.Inlay takde apa yg menarik. Tengok gambar atas, Glenn Danzig masih muda remaja ngan mekap ala2 tengkorak tu. Tiada info, yg ada gambar diorg je. Line-up yg main utk lagu2 ni (line-up diorg selalu tukar)selain dari Glenn Danzig (vokal) dan Jerry Only (bass) ialah Franché Coma (guitar), Bobby Steele (guitar), Doyle Wolfgang von Frankenstein (guitar), Mr. Jim (drums), Joey Image (drums), Arthur Googy (drums) dan juga Robo (drums). Sekarang ni cuma Jerry Only je kekal dari start band ni ditubuhkan sampailah sekarang. Glenn Danzig dah ada band lain, DANZIG. Skrg ni aku dah tak brapa into Misfits line-up baru ni (Jerry Only, Dez, Robo), sebab aku lebih prefer Glenn Danzig dan Michael Graves sebagai vokalis berbanding Jerry Only.

" Well, I turned into a Martian
Woah oh oh
I can't even recall my name
Woah oh oh
Times I never hardly sleep at night
Woah oh oh
Well, I turned into a Martian today"

Sunday, April 5, 2009

Aku dah jumpa akhirnya - Orang Asing


Lama aku cari CD ni, antara rilisan Wings yg menjadi favourite aku. Ntah la kenapa, padahal masa mula2 rilis dulu (1995) aku tak suka sgt sebab vokalis utama (Awie) dah kluar dari band ni masa tu. Aku dgr gak masa mula2 rilis dulu, tapi tak hiraukan sgt la. Masa mula rilis tu aku tinggal kat Asrama Doktor Latiff (ADL) Jln. Gurney, ambik kursus pre-sc ITM (skrg UiTM) kat INPENS (Institut Pengajian Selangor). Masa ni la aku 1st time berpisah ngan family aku. Aku mana pernah duk hostel. Aku ingat lg member2 yg bwk gitar sibuk nyanyi lagu Lena Diulit Intan. Aku buat tak tau je la sbb masa tu aku lebih terarah pada Death Metal dan yang sewaktu dengannya. Tahun 96 aku dpt masuk ITM Shah Alam, dan masa ni la lagu2 yg ada dlm album Orang Asing ni betul2 masyukkk. Kenapa? Hari 1st pendaftaran, masa aku mula jejakkan kaki kat Kolej Delima (penempatan sementara pelajar baru masa tu, lepas tu aku kena tempatkan kat Kolej Jati) lagu Ranjang Mawar berkumandang di udara, dan seterusnya sampai satu album habis dimainkan. Ingatkan setakat masa pendaftaran je, rupanya rakan sebilik pun pasang album ni selama berlangsungnya minggu haluan siswa tu. Aku dah lupa nama budak tu. Dari tak minat, aku start menyukai lagu2 dalam album ni. Tapi aku masih tak beli la masa tu. Just dengar gitu2 je. Kesan mendalam betul lagu2 dlm album ni. Aku tak tau la, tapi asal je dengar lagu Ranjang Mawar dan Semalam yang Hangat, mesti aku teringat time aku mula2 study kat ITM. Aku dah jumpa dah cd ni dulu masa kena rilis balik (time kat JB 2004) tapi tak nak pula beli. Pastu masa tukar status dari bujang jd suami orang (2005) ada gak jumpa kat KL, tak beli gak, aku gi beli CD Teori Domino pula. Alasan aku banyak lagi, esok2 baru beli. Last2 bila nak cari je balik, tak jumpa. Mungkin ada dan aku tak perasan kot. Tadi tengah round2 kat Center Point, aku gi la masuk Speedy, dengan harapan nak tgk anime or j-dorama. Dah habis tgk bhgn anime, aku gi usha bhgn CD lagu pula. Kat sini la aku jumpa album ni. Harga pun not bad. Dulu masa rilis balik tu aku rasa dlm RM19.90, tp skrg Speedy bg harga RM12.90 utk rilisan Search dan Wings, apa lagi aku tanpa bnyk belek terus gi bayar kat kaunter. Yes! jumpa juga akhirnya. Lagu2 yg ada tetap sama mcm dulu (12 lagu), Ranjang Mawar, Lena Diulit Intan, Semalam Yang Hangat, Siaran 9, Asing, Lupakanlah, Highland, Buktikanlah, Setan Mengganas, Potret Diri, Saputangan, dan lagu Rayuan Terakhir. Tak de penambahan bonus ke apa ke, tapi kalau tambah mesti harga tak mcm ni. Kat dlm cetakan kat CD biasa je. CD kaler hitam, tulis skit je WINGS Orang Asing. Tajuk lagu tak dicetak pada CD.

Inlay pun takde apa yg menarik, tetap sama je. Lirik2 lagu dicetak. Tak de info tambahan. Tetap sama mcm beli kaset. So kesimpulan, macam dulu2. Huhuhu. Album ni gak Joe Wings ada nyanyi untuk lagu Lupakanlah. Antara lagu fav aku gak dlm album ni. Tak pernah dengar Joe Wings nyanyi? Dapatkan album ni. Bagi aku (pendapat aku yg tak dipengaruhi oleh undi2 SMS luar huhuhu) semua lagu best dlm album ni. Tone suara Mel memang kena ngan lagu2 yg ada dlm album ni. Adui..lapar pula ni. Ok la, kalau nak beli CD ni, aku rasa ada lagi kat Speedy tu. Aku nak gi makan ni. Beli ori k.

"...Semalam, itu semalam, hari ini aku hidup dalam dunia yang aman.."

Friday, April 3, 2009

LocoRoco (ロコロコ, Rokoroko)

Bagi mereka yg ada PSP dan belum pernah main game ni, aku syorkan sangat korang main game ni. Best. Korang tak guna button X O ∆ ロ tu banyak sangat. Cuma guna left dan right shoulder button yang ada kat belah atas PSP tu je. Game ni nampak macam game bodoh je sebab kena guling2kan menatang mcm jelly tu utk dia bergerak. Tapi mencabar seh. Ada 5 worlds yang korang kena selesaikan dan setiap satu world ni ada 8 levels. So total 40 levels. Dia punya misi untuk setiap level ni senang je, korang kena habiskan je perjalanan LocoRoco (LR) ni. Time journey ni la mencabar skit. Musuh LR ni nama dia Moja Troop yg berambut dreadlock (tgk gambar kat atas ni). Ada 6 ekor LR (kuning, pink, merah, hijau, biru dan hitam) yg korang boleh guna. Setiap satu ada karektor, kaler dan background music yg berlainan. Tapi start2 korang kena guna LR kaler kuning dulu. Yang lain dalam kategori unlocked bila korang selesai level2 tertentu. Bila dah dapat bleh la tukar2 LR mana yg korang suka. LR ni bleh membesar ngan makan buah beri. Maksimum yang LR ni bleh makan 20 biji. Dah makan, jadi gemuk/besar la. Korang bleh jugak pecahkan LR yg besar ni. Yang best jugak pasal game ni ialah lagu dia. Catchy and sing-along. Masa main game ni terasa mcm nak nyanyi sama. Lirik lagu ni ntah apa2. Mcm main hentam je tapi best. Walaupun hentam, soundtrack untuk lagu2 ni ada. Tajuk dia LocoRoco Original Soundtrack: LocoRoco No Uta, ada 42 tracks. Game ni dalam bentuk 2D je. Nampak macam game budak2 je kan, tapi blum try blum tau. Game LR ni hanya ada kat PSP je. PS2 takde. PS3 ada, tapi tajuk lain la, LocoRoco Cocoreccho!. October last year game LocoRoco 2 dah pun rilis. Yang ni pun aku dah habis main dan lagi best. Nak tau lebih lanjut mengenai game ni, korang bleh klik kat sini atau sini. Kat bawah ni korang bleh tgk macamana bentuk game yang aku kunyanyangkan ni, siap ngan background lagu masa main tu skali. Seperti biasa, aku ambik dari youtube. Ok, selamat berLocoRoco.