Sunday, May 17, 2009

AC/DC LIVE Track Pack, Yang Ditunggu Sudah Tiba: Versi SLdB

Ni bukan Alternating Current/Direct Current yang biasa tu mau pun AC Mizal. Ni AC/DC yang luar biasa skit tu. Huhuhu. Kalau Metallica ngan game Guitar Hero nya, band AC/DC ni pula ngan game Rock Band. Game ni keluar dulu dari Metallica punya game tu. Game ni diriliskan pada November rain tahun lepas. Macam biasa, kalau disc2 game ni yang ori utk platform PS2 memang susah nak jumpa dan kalau ada pun...errr mahal. Huhuhu. Ni gambar aku ambik dari official website game ni. Game Rock Band ni lebih kurang sama je ngan game Guitar Hero. Korang bleh main ngan joystick/controller, tapi tak feel la. Huhuhu. Track yang terdapat dalam game ni:

1.Thunderstruck
2.Shoot to Thrill
3.Back in Black
4.Hell Ain’t a Bad Place to Be
5.Heatseeker
6.Fire Your Guns
7.Jailbreak
8.The Jack
9.Dirty Deeds Done Dirt Cheap
10.Moneytalks
11.Hells Bells
12.High Voltage
13.Whole Lotta Rosie
14.You Shook Me All Night Long
15.T.N.T.
16.Let There Be Rock
17.Highway To Hell
18.For Those About to Rock (We Salute You)

Tak banyak macam Metallica. Aku tak jumpa lagi PS2 punya GH:Metallica. Bila lah agaknya. Ok, kita berbalik pada game RB ni. Korang bleh gak main secara berkumpulan (mcm jamming session tu), yg penting semua instrument khas utk game mcm ni korang ada. Aku ada gitar je. So tak bleh la nak jamming skali. Ni la gambar gitar aku.
Merah beb. Huhuhu. Ni pula gambar versi 'ehem' game AC/DC Live aku punya.Kalau berhajat nak beli yg ori korang bleh klik kat official website yg aku sebut td. Kat ebay, amazon pun ada rasanya tu. Ni pula iklan game ni. Macam biasa, sumber dari youtube.


"For those about to rock

We salute you"

-For Those About To Rock (We Salute You) - AC/DC


Semalam...itu semalam sebelum gi pekan Beaufort, aku singgah jap kat pos opis Membakut. Saja nak tengok kaler peti surat warna hijau tu. Dah lama tak de barang aku tersumbat dalam peti surat. So, bila buka je, jeng..jeng..jeng.... huhuhu, satu sampul pos express yg berisi CD yang sekian lama aku cari, akhirnya ada kat tangan aku. Search: Langit dan Bumi. Puas aku cari CD ni kat KK. Kalau tak dapat gak CD ni, aku nak Musnah kan kedai kaset kat KK tu, biar aku Meniti Titian Usang balik rumah sambil tengok Langit dan Bumi pastu kenyit mata kat Rozana. Kalau bini aku tau mesti dia Tumbuk Rusuk aku kan..Pasti aku rasa Bisa lepas tu dan silap-silap aku terpaksa Mencari Sebuah Nama untuk wariskan CD2 aku yang aku tak tau Pada Satu Kedudukan yang mana bagus aku simpan. Nasib baik la Kau Pergi belikan CD ni En.Berteromber. Thanx to Berteromber sbb sudi belikan kat JB. CD ni aku rasa 2nd or 3rd print sebab jewel case dia (ada logo Universal Music) transparent. Korang bleh baca review CD ni kat sini. So, sepanjang perjalanan pergi balik Beaufort, aku punya sirion-wannabe memainkan CD ni diiringi suara serak-serak kering dan sumbang aku. Mak Izz Darwish dah jeling semacam je..huhuhu.

"Apa yang telah terjadi, terjadi
Pada dunia hari ini
"
- Musnah-SEARCH

11 comments:

  1. bro, kat rumah dah ada ACDC ko cakap ni tapi versi Wii Nintendo
    try main tak boleh pulak kat nintendo wii fit tu. nak kena ada apa ntah. aku reti main je tapi tak paham cammana nak pasang haha.

    ooo tak sabar nak dengar review ko Search kat tempat ko nanti huhu

    ReplyDelete
  2. kantoi beli dvd game pirate :D - mun cap lanun jgntah diupload gambarnya utk tontonan umum, bahaya~

    ReplyDelete
  3. juLia
    Search fever gak ke?

    deaf
    kena beli gitar gak bro, kalau tak silap wii fit utk game2 exercise.
    huhuhu..13 julai nnti ada la review tu.

    ijau
    x kisah, utk tontonan umum supaya jgn terbeli yg ciplak..kononnya..huhuhu

    ReplyDelete
  4. dah dapat eh...layannn...

    aku rock band ni tak pernah try...tapi guitar hero ada la...ntah bila la nak release Guitar Hero Metallica versi ***** PS2 kat malaysia ni yer...hehe

    ReplyDelete
  5. tak caya si "meng" pun search fever gaks....

    ReplyDelete
  6. Norazman : btul nie hehe...sssshhh, kita2 ja tau...

    ReplyDelete
  7. hahaha, sy lama sudah tau c Meng memang rock punya, kan Ustazah yang mantap,ini lah jenis ustazah yg amat diperlukan di skul kita...hahaha.From:mantap

    ReplyDelete
  8. berteromber
    thanx again bro.
    aku pun tgh tunggu gak versi 'ehem' PS2 GH Metallica.

    juLia, Norazman, mantap
    wa caya sama lu org

    ReplyDelete
  9. kikiki...
    kimslm MANTAP 2 ar (^_^)
    minat bha ssh sd mau ubah...

    ReplyDelete