Friday, May 6, 2016

Turntable Mampu Milik

Aku pernah ada satu turntable mampu milik ni (jenama dah lupa, ada dalam entry aku yang lain, boleh cari tengok), konon nak mobile sikit. Tapi sekarang dah jual. Sebab aku rasa macam ada yang tak kena. Jadi daripada tak guna, bagus aku jual. Tapi baru-baru ni masa cari-cari youtube tentang turntable ni, aku terjumpa la video ni. Kalau nak tau lebih lanjut, play je la ye. Apa yang dia cakap ni memang aku setuju. 




Nasib baik la turntable lama aku tu (Technics SL-D21) aku dah tambah dengan amplifier dan bookshelf speaker, keluar jugak la bunyi yang dicari. 

Jadi kepada anda yang masih lagi mencari turntable tu, cari la yang terbaik, sayangi vinyl/lp anda yang dibeli mahal tu. You deserve better!!

Friday, April 29, 2016

CD rilisan semula



Baru sampai semalam. Yang double tu abang aku kirim, nak jimat belanja pos. Selebihnya tu aku punya. Kebanyakkan album ni pernah dimiliki dalam bentuk kaset (Yang kebanyakkannya abang aku yang beli. Ada yang dah hilang disebabkan baik hati bagi pinjam, dan si peminjam terus bikin harta dia).  Semua ni dibeli dari rakan fb yang aktif jual cd rilisan semula ni dengan harga yang berbaloi.

Sekian.

Saturday, May 31, 2014

Kosmos Kita!







Review ringkas: Album yang sememangnya dinantikan fans Wings. No filler, all killers!!. Lagu pertama dah bikin oh hinggut-hinggut lah kepala. Lagu-lagu seterusnya jangan cerita la, confirm akan pusing seround dua lagi cd ni. Kalau suruh aku pilih yang terbaik antara semua lagu (walau semua lagu memang terbaik), aku pilih Segitiga Piramida......dan juga Menakluk Kosmos....tak lupa juga Komplikasi Pramaya (yang intronya mengingatkan aku lagu Shadows of War dari Loudness)....dan juga Penanti...dan Peti Pandora Mu....dan Bisa Yang Tertunda....dan Adoney Dari Paran....dan Ingatkan Dia....dan Raja Segala Duri....dan Gurindam Dari Mahsyar....alamak lebih dari satu pula, memang pilih satu tak boleh la, jadi jangan tunggu lama-lama, dapatkan segera.







Monday, May 19, 2014

Gemilang 35






Dah tengok gambar di atas, mari kita baca review ringkas di bawah:

- 3 cds untuk rm36.90.
- Ada 49 lagu. 
- Susunan lagu disusun mengikut album (kecuali lagu Sejuta Wajah diikuti lagu Curiga, lagu Ribut 10:59 diikuti lagu Orang Asing).  
- inlay lipat, sarat dengan lirik.
- tiada senarai line-up.
- Lagu-lagu yang tiada dalam kompilasi ini: 
a) 1 lagu (Bayang-bayangku) dari album pertama Sweet Charity.
b) Tiada satu pun lagu yang tidak dimasukkan dari album Pelarian.
c) 3 lagu (Asmara, Cinta Pura-Pura, Sentosa) dari album Sejuta Wajah.
d) 3 lagu (Arahan, Dia, Haji) dari album Penunggu.
e) 3 lagu (Pesta Muzik, Generasi Muda, Mengejar Mimpi) dari album Batu.
f) 2 lagu (Ikrarku Pada Ruzanna, Apa-apa Saja) dari kompilasi awal Sweet Charity- Koleksi. 
g) 4 lagu ( Bunga-bunga Cinta, Nyala Semarak, Permata Hati, Langsung Tak Faham) dari Berita Gempa.

Kesimpulannya: 
- cd ni sesuai la untuk orang macam aku yang tiada satu pun album Sweet Charity ni, sebab aku cuma ada cd 40 Tahun Bagaikan Bermimpi je..hehe.....aik? kalau tu 40, yang ni nombor 35 ni tentang apa pula ye?? 
- 16 lagu tidak dimasukkan, kalau dimasukkan kompilasi ni pasti menjadi boxset Sweet Charity (tidak termasuk Sweet Charity 88..hehe), senang kerja aku nak kolek. 16 lagu je lagi, adoiiiiii.....bisnes muzik betul. 

*p/s: kalau ada info yg tertinggal atau ada info yang tak betul, sila tinggalkan di ruang komen.








Sunday, May 18, 2014

30 Tahun






Search 30 Tahun....kenapa baru tahun ni (2014) rilis? Kompilasi biasa je bagi aku, takde yang menarik. Booklet sarat dengan lirik. Kalau Search 10 tahun dulu ada 4 lagu yang tak rilis kat mana-mana album, tapi untuk yang ni takde langsung. Lagu-lagu dalam ni ambik dari album Fenomena ke atas. Kalau letak lagu Kejoraku Bersatu versi Amy nyanyi untuk kompilasi ni aku rasa ok sikit, sebab lagu tu ada kat mp3 player Search 30 Years Anniversary tu je kan. Gambar line-up sepanjang 30 tahun pun takde. Jangankan gambar, nama line-up pun takde, dengan harapan semua dah tahu agaknya. Satu rilisan yang aku anggap sebagai melepaskan batuk berkahak di tangga. Ini baru betul bisnes muzik. Hahaha.

Thursday, May 15, 2014

Throwback Thursday


Gambar atas gambar yang diambik pada 31 Ogos 2009. Masa tu bulan puasa. Guna kamera dslr Canon EOS 450D, lens Canon EF 50mm F1.8 II (tak mampu nak beli lens makro...hehe). Lokasi: Sekitar Pantai Borneo Golf Bongawan, Sabah. 

Behind the scene.

Sunday, May 11, 2014

tshirt rok kakibut

Selamat berSabtuday.
Petang semalam aku pakai tshirt ni. 


Baru ambik dari kawan yang jadi reseller untuk merchandise bootleg dari Surabaya. 

Belakang dia macam ni.

Anak lelaki aku macam biasa dia akan tanya pasal tshirt yang aku pakai (kalau dia rasa tak pernah tengok lagi tshirt tu). 

Jadi semalam dia tanya.."Abah, abah pakai tshirt baru ke?"... Aku mengiyakan. Dan satu soalan yang buat aku tengok semula artwork ni ialah bila dia tanya "Abah, kenapa rusa tu pegang pedang?"  

hah?....Rusa? hahaha.