Hari ni aku nak cerita.
Kisah benar terjadi dahulu kala (tak la, sekitar tahun 1996-98.. dah tak ingat).
Alkisah tersebut la seorang pemuda yang bernama Shidi (bukan nama sebenar, tp seakan-akan). Dia ni ambik engineering, tinggal kat Kolej Jati (seksyen 3, Shah Alam). Yang pernah duk hostel mesti biasa ngan fogging2 ni kan. Biasa diorg sembur asap ni sebelah petang, membawa ke malam.
Ni kisah waktu petang. Waktu petang masa takde kelas, yakni merangkap hari Sabtu. So biasa la, kalau tak keluar dating, lepak or yg seangkatan dengannya, dah tentu la membuta. Hendak dipendekkan cerita, Shidi ni tidur bersama ngan member bilik dia. Tido pakai kain pelikat je. Jeans yang dipakai waktu pagi digantung di balik almari.
Pendekkan cerita lagi, petang tu ada pula org gi buat fogging. Banyak sangat kot nyamuk. Macam biasa, yang liat bangun tu dah sah tido ngan asap berkepul-kepul la jawabnya. Nasib baik la Shidi ni tersedar ngan roomate nya dek kerana bunyi yang bising dan asap yang berbau. So, dengan aksi Polis Angkasa Gaban yang laju menukar pakaiannya, dia pun mencapai jeans yang tergantung tadi dan terus pakai ala american katanya. Pakai baju dan terus ajak roomate dia ni pegi minum petang kat Seksyen 2 dengan menaiki motor yang disayanginya.
Bila dah sampai ke tempat yang dituju, semasa nak parkir kan motor EX5 kesayangannya tu, dia ternampak sesuatu kat tempat letak kaki motornya tadi. Kaler merah, sebijik macam dia punya spender. Dia ambik, dan betul..spender miliknya tersangkut kat tempat letak kaki tadi. Dengan selamba dia masukkan spender yang dah diheret beberapa kilometer tadi ke dalam poket jeans kesayangannya dan berlalu pergi mencari gerai nak hilangkan tekak yang haus dek asap fogging tadi.
Moral: Jangan letak spender yg tak pakai kat dalam jeans/seluar yg sangkut kat dinding
gila ehhh dlm maksudnya cerita ani.... napa geng seluar dalam mu tegugur di komuter masa ko belajan kalamari?
ReplyDeletespentesel ke?
ReplyDeletewakakakkaakkaaaaa~
gile ah ding dong~~!!!!!
law dapat kat aku
aku dah sarungkan kat kepala ko
buh kat kocek belakang la buat cam key gitu huhuhu
ReplyDeletehahahaha...gila la beb!!!!sempoi!!!!hahahaha...
ReplyDeleteJairo> ni cerita betul pasal member aku la masa aku @ITM Shah Alam, bukan aku...huhu
ReplyDeleteAyu> hehehehe.. ko ckp 'sarung kat kepala' tu double meaning tu.. hehehe
Portdy> aku rasa dia buat mcm tu kot
Pakcik kordi> hahaha.. hehehe.. huhuhu..
kawan aku pun pernah jadi benda mcm ni..... hahah. dia ni minah, tersedar bila dh siap habis bakar sate... sakit perut aku gelak
ReplyDelete