Friday, June 5, 2009

Cagnet- Best of Cagnet World

Kalau aku tak tengok j-dorama Long Vacation dulu, confirm aku tak kenal band ni. Cagnet, band yang bawa rentak groove-fusion of soulful pop and RnB ni berasal dari Santa Monica, California. Aku mati-mati ingatkan band Jepun dulu. Band ni famous kat Jepun. Aku malas nak taip panjang2 pasal siapa diorang ni, korang cek bio diorang kat sini je la.
Ni the only kaset yang aku jumpa jual kat Malaysia ni. Beli tahun 2002 dulu. Tak pasti la kalau korang ada jumpa rilisan2 diorg yg lain. Kalau ada bgtau aku ok. Aku minat betul kat band ni. Huhuhu. List lagu kat kaset ni.
Ni tape kompilasi lagu2 diorang dari album soundtrack Long Vacation, album soundtrack Love Generation dan album Groove Radio. Keluaran EMI Malaysia. Rilisan tahun 1998. Aku jumpa tape ni pun masa tgk kedai LIGO MUSIC CENTRE (kat shooping kompleks KK Plaza) tengah transform kedai kaset/cd audio to vcd/dvd stuff tahun 2002 dulu. So, dah tentu la diorang jual murah2. Aku dapat bukan seperti harga yg tertera tu. RM5 je. Stock clearence la katakan. Kat sini aku tgk jualan yg berkaitan video (VCD, DVD) terutama karaoke yg banyak jual dari audio CD. Tu sebab skrg ni aku susah nak cari CD audio ori. Yg pirate jgn cerita la. Tapi kesimpulan yg aku bleh katakan, kedai kaset/CD dah palat dah kat sini. Masuk je kat kedai ni, dah tak macam dulu. VCD/DVD karaoke je yg jumpa. Lagi satu paling baru Anime box set. Audio ada gak, tapi yg pirate la kat satu ceruk diorg letak. So, kalau aku nak cari CD audio skrg ni paling kuat aku terpaksa la cari kat SPEEDY je. Kalau tak pun..err...online..huhuhu.. Yang aku betul2 minat nak kumpul la. Kalau tak, mcm biasa la kan...kalau tak mp3.. ehem ehem la kan.Semua lagu dlm album ni best2 belaka. Lari dari jiwa metal aku. Huhuhu. Kalau nak dengar sample lagu Cagnet ni, korang klik kat link atas tu. Kat youtube aku tak jumpa official VC band ni. Tapi aku jumpa yg org dah bikin. Salah satunya lagu What Will I Do kat bawah ni.



Ni pula lagu Hear Me Cry.



Yang ni pula lagu Here We Are Again



So, setakat ni je aku dapat kongsi ngan korang pasal Cagnet ni. Aku pun tgh tengok2 cd diorg ni kat ebay or amazon. Tapi harga..err...tak mampu lagi la nak beli..huhuhu. Nak cari press Taiwan la. Murah skit. Press Jepun..perghh..jgn cerita la. Ok.

7 comments:

  1. calapa kacaladi... baik mlm ani main lagu cagnet arah wedding jairo

    ReplyDelete
  2. aku baca kat info tu dia tulis yg main gitar ialah English guitarist Rowan Robertson???...er ni Rowan yg main ngan Dio album Lock Up The Wolves ker???
    aku google info memang betul arr...ada solo2 gitar dasat ker dlm cagnet ni?

    ReplyDelete
  3. - huhuhu berdansa @jairo's house.
    - Yup bro. Org yg sama. Bleh tgk kat disco RR ni kat myspace dia--> http://www.myspace.com/rowanrobertson. Di celah2 Dio tu, ada terselit Cagnet-Grooove Radio. Tapi utk Cagnet yg aku punya ni, solo2 dasat tak de la. Elemen2 funk bnyk la.

    ReplyDelete
  4. nada pun org berdansa... arah rmh pakmat baru ada bejapin lg lmbt abis drp gig jairo

    ReplyDelete
  5. pa'mat baru rules!!! otai seh!!

    ReplyDelete
  6. thanks for sharing..baru ni aku tahu ada band ni

    ReplyDelete