Wednesday, April 22, 2009

Out of the Light of the 13 Dark Night

Out of the Light of the Thirteen Dark Night merupakan album pertama Balzac di German yang diriliskan di bawah label G-Force Records. Diriliskan pada tahun 2003, album ni sebenarnya kompilasi dari album-album Balzac yang terdahulu (sebelum album Came Out of the Grave). Kebanyakkan lagu-lagu yang ada dalam album ini juga merupakan lagu-lagu yang ada dalam EP mereka yang berjudul Beyond the Darkness (yang diriliskan di bawah label Misfits Records). Kalau tak silap lagu-lagu yang ada dalam album ni dirakamkan semula untuk pasaran Eropah. Untuk rilisan Out of the Light of the 13 Dark Night ni, ada tiga versi yang diriliskan iaitu CD biasa tanpa DVD (jewel case), CD + DVD dalam versi digipak dan versi piring hitam bergambar (picture LP/vinyl).
Versi CD +DVD dicetak terhad iaitu sebanyak 6,666 keping. Vinyl pula dicetak sebanyak 2308 keping, juga cetakan terhad. Aku cuma ada versi vinyl je. Beli kat Jepun..huhuhu...online la, kat mana lagi kalau bukan SxWxW (Shocker World Wide). Vinyl ni tak de info mau pun inlay, just jaket je. Kat jaket dia ni cuma ada stiker yang bagitau ianya terhad kepada 2308 cetakan. Kat ebay ada juga jual, tapi paham-paham je la harga ebay ni kadang-kadang potong kepala. Aku beli usd4 (memang harga asal). Aku ada jumpa kat ebay, ada yang jual sampai usd25, silap-silap ada yang sampai usd45. Gila..gila..gila..(sila nyanyi ikut style gelimat ..huhuhu). Aku suka tengok gambar kat vinyl ni, sebab kalau tengok dekat berkilau-kilau seh. Huhuhu. Gambar kat side A vinyl ni juga merupakan gambar yang sama untuk EP Beyond the Darkness. Gambar ni merupakan maskot Balzac, kalau tak silap nama dia skullman (kalau tak silap la, kalau silap betulkan je kat komen). Jaket yang maskot dia pakai ni dulu ada jual, tapi tak sempat beli sebab sold out (<-- alasan, huhuhu). Stuff kat SxWxW ni stok terhad, tu la pasal. Kat belakang (side B) pula gambar line-up Balzac dan tajuk lagu serta label yang mengeluarkannya.

Tracklist untuk vinyl ni seperti berikut:

Side A

Into the light of the 13 night
Nowhere #13
Tomorrow
Day the earth caught fire
Wall
Yami-no-mukou-no-subete-wo
The end of century

Side B

Out of the blue II
In your face
The silence of the crows
Violent paradise
Monster II
Beware of darkness
The bleeding light

Sekarang ni tengah fikir nak beli boxset Balzac pula. Nak beli sekeping-sekeping CD untuk album diorang ni (sampai fullset macam dalam boxset) mahal seh, baik beli boxset kan. Sekeping dalam usd25 (kalau tak silap la), kalau 6 keping mau usd150. Tu belum masuk shipping lagi. Boxset usd100. Tengok la macamana, kalau ada dalam post yang akan datang, kompom dah beli la tu. huhuhu. Ok, selamat ber"BARUZAKU".

10 comments:

  1. bah jairo dangki tu... turut2an jua kan mengorder

    ReplyDelete
  2. minat betul ngan balzac...luas betul pengetahuan am tentang tu...mantappppppp...

    ReplyDelete
  3. ekks eleh ijau.. batu api.. kita org dah ada planning la kan joad.. hahahaha boxset is coming to town!!!!

    ReplyDelete
  4. mun membali banyak2 ni abis jau ka d dangar?

    ReplyDelete
  5. lawa..
    ni ler nasib kalo dah terminat sesuatu benda hehe

    ReplyDelete
  6. Ijau D.Koceng
    Huhuhu aku ada pakatan rahsia sama Jairo

    Norazman M.N.
    kena ada dslr + wide angle lense, lagi luas..huhuhu

    Jairo
    Wei, jangan sebut nama aku la, sebut nick aku la..Takilala..huhuhu..ya...set kotak

    cimca
    sanang ka inda abis

    deaf_angel
    thanx deaf, kat singapore ada tak vinyl Balzac? kalau ada nak kirimmmmmmm...huhuhu

    ReplyDelete
  7. lu ngan Jai giler betul Balzac ni ek...
    gua nak try la...rekomen gua album mana patut gua dengar dulu..

    ReplyDelete
  8. Cikgu Wiween
    best ni band ni

    berteromber
    Mmg kitaorg minat betul band ni. Gua rekomen lu try dengar album "Came Out of the Grave" atau versi dua dalam satu album ni "Out of the Grave and Into the Dark" (album Came Out + Darkism).

    ReplyDelete
  9. kalau panggil nama samaran mana org kan takilala

    ReplyDelete