Bagi yang meminati band Misfits pastinya tidak lupa dengan nama Glenn Danzig, vokalis utama yang menyanyi ala Elvis Presley suatu ketika dulu. Bagaimanapun beliau mula meninggalkan band Misfits dan kemudiannya menubuhkan band bernama Samhain. Selepas Samhain, Danzig (mengambil nama sempena surname beliau) pula ditubuhkan pada tahun 1987. Album pertama Danzig mula diriliskan pada tahun 1988 di bawah label Def American (kemudiannya jadi American Recordings) milik Rick Rubin. Dua tahun kemudian album kedua Danzig, Danzig II: Lucifuge muncul. Kedua-dua album ni aku takde. Kalau aku tak silap, dulu ada jual kaset salah satu album yang aku sebut tadi sebab aku pernah tengok kaset Danzig ni kat rumah sewa Jeff (a.k.a Trismegistus, gitaris Aradia) dulu. Masa tu bila aku pasang kat kaset player dia (konon nak tau la album lama dia macamana) bukannya Danzig yang nyanyi tapi lagu lain pula. Rupanya dia dah dubbing ngan lagu lain. Aku masih ingat lagi dia kata Danzig muzik dia pelik, tu sebab dia dubbingkan kaset tu ke lagu lain. Frust la aku masa tu. Ok, ni aku nak share ngan korang album Danzig yang ketiga, Danzig III: How the Gods Kill. Macam biasa, bukan aku yang beli. Lagi sekali kredit untuk abang aku (Mr. Rahman Wahab) yang sudi membeli album/CD ni dan menjadikan aku sebagai penyimpannya. Huhuhu. Album yang diriliskan pada tahun 1992 ni antara album Danzig yang digemari ramai. Ada 10 lagu kesemuanya.
1. Godless
2. Anything
3. Bodies
4. How the Gods Kill
5. Dirty Black Summer
6. Left Hand Black
7. Heart of the Devil
8. Sistinas
9. Do You Wear the Mark
10. When the Dying Calls
1. Godless
2. Anything
3. Bodies
4. How the Gods Kill
5. Dirty Black Summer
6. Left Hand Black
7. Heart of the Devil
8. Sistinas
9. Do You Wear the Mark
10. When the Dying Calls
Untuk album ni Danzig dah mula bereksprementasi dengan muzik Doom Metal sikit (ye ke?), tapi sentuhan classic blues/hardrock tu masih lagi kedengaran pada mana-mana lagu dalam album ni (lagu Heart of the Devil jelas kedengaran irama ni). Trek kegemaranku dah tentu trek no 5, Dirty Black Summer. Best gila lagu ni. Lagu lain pun ok juga. Jom kita tengok cover album ni. Agak-agak siapa lukis? Yang minat dengan pelukis H.R.Giger pasti kenal dengan sentuhan beliau. Bila buka cover ni jadi besar la macam poster gitu. Tengok kat bawah ni. Lukisan yang diberi nama Meister und Margeritha (Master and Margarita, 1976) dah dimodified sikit kat area "ehem" alien/master tu. H.R.Giger tambah skit ngan pisau dan maskot Danzig, tak nampak la kan. Kat bahagian dalam, macam biasa, lirik lagu. Album ni masih lagi mengekalkan line-up original band ni, Glenn Danzig (vokal), Chuck Biscuits (Drums), Eerie Von (bass) dan John Christ (gitar). Sekarang line-up dah berubah, cuma tinggal Glenn Danzig je original member untuk band ni. Gambar kat bawah ni adalah line-up klassik/original gitu dan antara line-up yang aku rasa ngam untuk band ni.
Antara sebab aku minat Danzig ialah aku suka dengar kemantapan vokal Glenn Danzig ni di samping muziknya yang (pelik??) best. Huhuhu. Jadi, kalau korang nak tau lebih lanjut pasal band ni, korang boleh la klik di sini. Jom berDANZIG.
wooo casing cd tu memang kuno tu.
ReplyDeleteada stiker salem, stiker polygram rekods
batah sudah cd ani, aku ingat tahun 96 aku ada pnjm cd ani lyn danzig di 'pusat komputer membakut' lps atu 97 suruh cimmat dubbing ke kaset pos utk aku ke usm... aku minat lagu anything
ReplyDeleteDEAF: kat tempat ngko mestibyk jualstuff danzig kan.. hahahaha
ReplyDeletedeaf_angel
ReplyDeletememang tahap kuno tu sticker.
Ijau D.Koceng
Danzig baru kureng sikit, tapi suara Glenn TATAP sadap!!
Jairo
ya ka? Misfits versi vinyl mesti ada tu kan.
sistinas bisai...
ReplyDeletejoad - aku album danzig lain inda lyn, album ani saja
ReplyDeletecimca - sistinas atu telampau ballad, tgh2 mlm lyn baru bisai