Saturday, April 11, 2009

Yang Ditunggu Sudah Tiba versi Atom-Age Vampire in 308..Balzac

Aku agak barang yang diorder sampai hari Khamis lepas, oleh sebab mesyuarat habis lambat (mesyuarat buang masa aku je), jadi tak sempat la nak buka peti surat kat Pejabat Pos Bua. Semalam pula satu Sabah cuti, jadi tak dapat la nak tengok/buka peti surat. Nasib baik hari ni pejabat pos buka,minggu kedua, jadi hari Sabtu buka la. Pagi-pagi lagi (tak la pagi sangat) aku terus start kereta dengan ditemani oleh anak aku, memecut menuju ke arah pejabat pos dengan harapan (teringat lagu Wings, Harapan hehehe) bungkusan dah ada dalam peti surat yang bernombor 106. Buka je peti surat, hampeh.. 3 keping surat yang bukan milik aku (milik abang2 aku) ada kat dalam. Tiada sebarang tanda2 bungkusan mau pun surat pemberitahuan pengambilan bungkusan. So, tanpa membuang masa aku ngan ditemani anak aku blah dari situ dan terus menuju ke kampung...lepak jap kat rumah mak aku. Pukul 11 pagi aku terus chow balik, dan sempat singgah ke pejabat pos. Bila peti surat dibuka, yes.. dah sampai. Kali ni Cyril tak call aku sebab barang senang nak sumbat dalam peti surat. Huhuhu. Aku takut CD pecah je tadi sebab dia main sumbat je. Nasib baik tak. Kali ni aku beli tshirt Balzac dan CD the making of Deep Blue: Chaos from Darkism II. Dalam bungkusan ni gak ada tshirt+CD yang bukan milik aku, tapi milik Jairo (tumpang sekaki order). Dia order Shock and Horror Set: Black Sunday, nanti ada la dia review kat blog dia tu. Aku review secara ringkas je tshirt ni ok. Design kat depan fiendish skull. Tengok gambar ni. Kat blakang pula logo diorang macam gambar kat bawah ni. Pada aku design ni simple. Macam design tshirt Misfits gak. Design ni dah habis dah sekarang ni. Aku la yang bagi habis. Huhuhu. Nasib baik aku sempat beli. Tak tau la kalau diorang nak cetak lagi. Jairo ada selai, tapi dia punya design lain sikit, kaler putih dan kat belakang ada tulisan katakana. Masih lagi mengekalkan cetakan silk screen yang berkualiti macam tshirt2 Balzac yang aku pernah order sebelum2 ni. Harga USD20 (blum masuk postage). Ok, stakat ni dulu. CD the making tu, nanti la aku review. Dengar dulu baru review. Nak gi Papar jap, beli Yong Tau Foo kat gerai Aziz Soya (ex-classmate aku masa sekolah menengah)..sedap wooo.

3 comments: