Sunday, April 5, 2009

Aku dah jumpa akhirnya - Orang Asing


Lama aku cari CD ni, antara rilisan Wings yg menjadi favourite aku. Ntah la kenapa, padahal masa mula2 rilis dulu (1995) aku tak suka sgt sebab vokalis utama (Awie) dah kluar dari band ni masa tu. Aku dgr gak masa mula2 rilis dulu, tapi tak hiraukan sgt la. Masa mula rilis tu aku tinggal kat Asrama Doktor Latiff (ADL) Jln. Gurney, ambik kursus pre-sc ITM (skrg UiTM) kat INPENS (Institut Pengajian Selangor). Masa ni la aku 1st time berpisah ngan family aku. Aku mana pernah duk hostel. Aku ingat lg member2 yg bwk gitar sibuk nyanyi lagu Lena Diulit Intan. Aku buat tak tau je la sbb masa tu aku lebih terarah pada Death Metal dan yang sewaktu dengannya. Tahun 96 aku dpt masuk ITM Shah Alam, dan masa ni la lagu2 yg ada dlm album Orang Asing ni betul2 masyukkk. Kenapa? Hari 1st pendaftaran, masa aku mula jejakkan kaki kat Kolej Delima (penempatan sementara pelajar baru masa tu, lepas tu aku kena tempatkan kat Kolej Jati) lagu Ranjang Mawar berkumandang di udara, dan seterusnya sampai satu album habis dimainkan. Ingatkan setakat masa pendaftaran je, rupanya rakan sebilik pun pasang album ni selama berlangsungnya minggu haluan siswa tu. Aku dah lupa nama budak tu. Dari tak minat, aku start menyukai lagu2 dalam album ni. Tapi aku masih tak beli la masa tu. Just dengar gitu2 je. Kesan mendalam betul lagu2 dlm album ni. Aku tak tau la, tapi asal je dengar lagu Ranjang Mawar dan Semalam yang Hangat, mesti aku teringat time aku mula2 study kat ITM. Aku dah jumpa dah cd ni dulu masa kena rilis balik (time kat JB 2004) tapi tak nak pula beli. Pastu masa tukar status dari bujang jd suami orang (2005) ada gak jumpa kat KL, tak beli gak, aku gi beli CD Teori Domino pula. Alasan aku banyak lagi, esok2 baru beli. Last2 bila nak cari je balik, tak jumpa. Mungkin ada dan aku tak perasan kot. Tadi tengah round2 kat Center Point, aku gi la masuk Speedy, dengan harapan nak tgk anime or j-dorama. Dah habis tgk bhgn anime, aku gi usha bhgn CD lagu pula. Kat sini la aku jumpa album ni. Harga pun not bad. Dulu masa rilis balik tu aku rasa dlm RM19.90, tp skrg Speedy bg harga RM12.90 utk rilisan Search dan Wings, apa lagi aku tanpa bnyk belek terus gi bayar kat kaunter. Yes! jumpa juga akhirnya. Lagu2 yg ada tetap sama mcm dulu (12 lagu), Ranjang Mawar, Lena Diulit Intan, Semalam Yang Hangat, Siaran 9, Asing, Lupakanlah, Highland, Buktikanlah, Setan Mengganas, Potret Diri, Saputangan, dan lagu Rayuan Terakhir. Tak de penambahan bonus ke apa ke, tapi kalau tambah mesti harga tak mcm ni. Kat dlm cetakan kat CD biasa je. CD kaler hitam, tulis skit je WINGS Orang Asing. Tajuk lagu tak dicetak pada CD.

Inlay pun takde apa yg menarik, tetap sama je. Lirik2 lagu dicetak. Tak de info tambahan. Tetap sama mcm beli kaset. So kesimpulan, macam dulu2. Huhuhu. Album ni gak Joe Wings ada nyanyi untuk lagu Lupakanlah. Antara lagu fav aku gak dlm album ni. Tak pernah dengar Joe Wings nyanyi? Dapatkan album ni. Bagi aku (pendapat aku yg tak dipengaruhi oleh undi2 SMS luar huhuhu) semua lagu best dlm album ni. Tone suara Mel memang kena ngan lagu2 yg ada dlm album ni. Adui..lapar pula ni. Ok la, kalau nak beli CD ni, aku rasa ada lagi kat Speedy tu. Aku nak gi makan ni. Beli ori k.

"...Semalam, itu semalam, hari ini aku hidup dalam dunia yang aman.."

12 comments:

  1. aku lagi prefer Wings daripada Search..hehe Teori Domino & Jerangkung dlm almari tatap best rock album pd aku..huhu Awiee pnya fans ne..ngeh3

    ReplyDelete
  2. tak boleh lupa lagu Smalam yang Hangat masa Wings perform kat PH tahun 2006 dulu, dah jadi macam choir dah. Satu PH nyanyi...aku cukup kagum tu jam hehe

    ReplyDelete
  3. c666sahm:
    "itu pilihan masing-masing yang empunya"

    deaf_angel:
    Aku harap Wings dpt buat show bln nov or dec kat KL, dpt lah aku g tgk. huhuhu.

    ReplyDelete
  4. aku tau napa ko suka album ni..sbb dah kena dgn katak hijau kat ITM x pun asabina.hehehhe

    ReplyDelete
  5. yusman:
    ko pandai teka la. ko pun katak hijau gak kan. huhuhu. idup katak ijau. huhuhu.

    ReplyDelete
  6. semalam yang hangat tu lagu bercinta ko sama org rumah kau kah? hahahahahaha

    ReplyDelete
  7. TEAM B.I.O.N.I.C:
    huhuhu...jiwang betagar

    ReplyDelete
  8. Minat wings? Apa lagi, sila ke www.sayap2wings.com. Laman web official untuk Wings & Wings Fan Club..

    p/s: Tumpang lalu tuan tanah..

    ReplyDelete
  9. aku tatap minat awie...biar tah jiwang batagar..jangan ja batagari, atu payah nyamu..

    ReplyDelete
  10. nostalgia bah album ani... ngam tah kali takaan mu jai... nostalgia jiwang betagar nya ni di uitm kali

    ReplyDelete
  11. zan
    aku dah link kan official website wings ni. Hujung bulan aku nak daftar jadi ahli.

    cimca & Ijau D.Koceng
    lammah

    ReplyDelete
  12. sama lah kita takilala

    ini peveret aku untuk wings - non awie album - all time!

    no 2 baru Biru mata hitamku..
    tapi aku rasa ramai yang tak suka cd ni...

    tapi tak sangka juga ada yg suka!

    ReplyDelete