Friday, April 24, 2009

Rage Against the ATM Machine!!!

Lokasi kejadian #1: Mesin ATM Public Bank (bangunan MAA, KK)

Petang tadi, aku nak keluarkan duit kat mesin ATM PB, nak bayar ansuran keta sirion-sport-wannabe aku. Kebetulan ada urusan kat area Api-api Center, so pegi la keluarkan duit kat bank ni kan. Kat situ ada dua mesin, satu mesin baru (tak la baru sangat) dan satu lagi mesin lama. Yang baru tu sebelah kiri dan lama sebelah kanan. Masa aku masuk, aku tengok kat mesin baru takde orang beratur, yang lama pula ada sorang tengah beratur dan sorang lagi tengah gunakan mesin tu. Aku rasa pelik juga apsal tak gunakan mesin baru tu kan, so aku pegi la masukkan kad dan tekan amaun yang aku nak. Pastu kat skrin tulis tak dapat keluarkan amaun yang aku nak tu, suruh tekan amaun baru. Aku tekan butang batal tapi kad aku tak nak keluar. Aku masuk la jumlah rm100, boleh pula. Duit dapat, kad dapat dan penyata pun dapat. Ok, aku buat andaian mesin tak cukup wang nak keluar. So aku pun jump gi sebelah yang lama ni. Aku jadi orang ketiga pula beratur. Tunggu je la. Aku perhati orang depan aku keluarkan duit, siap dua kad lagi dia keluarkan. Mest kawan dia kirim ni. Semuanya ok, tak de masalah. Masa turn aku pula, macam biasa la, masuk kad dan tekan balance amaun yang aku nak. Masa ni lama juga aku tunggu, last-last kata urusniaga dibatalkan, kad aku keluar dan aku pun ambik. Tiba-tiba je skrin terus tukar biru kata tak boleh digunakan untuk sementara waktu. Mesin abis duit lagi la ni, aku agak. Aku tengok orang sebelah kiri aku, aikk??? Tadi tak boleh, ni bleh pula. Siap keluarkan duit banyak. Nak gi beratur kat sebelah Q dah makin panjang. Jadi, aku pun blah je la dari situ. Sebelum aku keluar aku toleh lagi skali mesin tu kot-kot mesin tu dah ok ke ngan sekelip mata. Tapi skrin tetap kaler biru.

Lokasi kejadian #2: Mesin ATM Affin Bank (Gaya Street, KK)

Aku berlari-lari anak menuju ke mesin ATM Affin. Aku cadang macam ni, keluar duit kat sini je pastu terus gi mesin cash deposit Affin untuk bayar ansuran keta aku. Potong rm1 je. Masuk je tak de orang. Canteekkk. Aku masukkan kad Public Bank tadi kat mesin ATM ni dan terus tekan kod rahsia 6 digit. Selepas pengesahan akaun, aku terus tekan baki dulu. Saja nak cek lagi sekali. Masa ni la satu badan bergegar tengok baki kat skrin. Dah kurang RMXXX, sama ngan jumlah yang aku tekan nak keluarkan kat mesin lama PB (yang mengatakan urusan dibatalkan selepas aku tekan). Cuak beb. Bukan singgit dua, tapi tus-tus. Tanpa banyak cakap, aku tinggalkan kawasan tu dan menuju ke lokasi kejadian #1 tadi.

Lokasi kejadian #3: Customer Service Public Bank (bangunan MAA, KK)

Kena tekan angka giliran pula. Tekan dan keluar nombor 3045 dengan cetakkan kecik "Nombor sekarang:3037. Sila duduk. Anda akan dilayan sebentar lagi" kat bawah nombor tu. Aku duduk la, takkan nak berdiri kan. Tak lama, kejap je. Kedengaran suara awek-yang-tak-berperasaan memanggil nombor 3045. Aku bingkas bangun dan terus gi menuju kaunter 18. Aku disambut ngan perkataan "Yo, what's up?" Ada gaya hip-hop ke aku tadi sedangkan aku menyarung tshirt DEMISOR putih yang dibeli dengan mail order kat Jimbo Parkinson/Broken Noise dan berseluar kargo itam made in Tesco serta bertopi baseball itam kegemaranku. Maybe dia nampak aku pakai topi dan dia assume aku hip-hopper. Ahhh..persetan itu semua. Aku lantas story semula kejadian yang dialami. Dia cek kat PC, dan dengan tenang dia kata, "Kau jangan ambil duit di mesin sebelah situ lagi. Tua sudah tu mesin. Bagus dibakar ja tu nanti". Hehehe..lawak la tu. Aku sengih ja. Duit hilang beb. Ko nak gelak lagi ke? Kemudian dia minta IC dan kad ATM PB aku untuk dibuat salinan. Pastu dia suruh sain kat borang aduan tu. Habis sain, dia terus kata "Nanti pegawai cek kau punya kes ni, kalau ok duit tu nanti dimasukkan terus ke dalam akaun kau. Next week masuk la tu. Monday or Tuesday". Ok, ayat dia ni buat aku calm balik. Aku pun tinggalkan PB, dan terus menuju ke lokasi yang seterusnya. Huhuhu. Nasib baik hari bekerja. Sempat mengadu. Kalau bukan hari bekerja macamana? Mesti tak tido nak tunggu sampai hari bekerja. Huhuhu. So, kepada semua penduduk Sabah yang menggunakan mesin ATM PB kat bangunan MAA, JANGAN GUNA MESIN SEBELAH KANAN tu. Mesin @#$%. Kalau nak guna juga, pastikan duit anda dalam akaun RM0. Ok. I love U. Bye.

15 comments:

  1. kesian kesian.maybe ada apa2 ko buat salah kat skol kut.ko protes ni mesin pun tau.jgn marah.esok jom check in

    ReplyDelete
  2. bkn stakat pb ja... bank lain pun kdg2 buat perangai sama (lg2 mun musim gaji) aku prnh kana di atm mb & cimb kkia tp balance selamat nada kurg, jd inda pyh repot...

    ReplyDelete
  3. kesian abg no.0 nie, gurau ekk hehe...sabar2!

    ReplyDelete
  4. What's up bro...Mesin tu dah 'marking'...abis la takilala...dia bagitau kat persatuan mesin-mesin ATM sedunia...budak ni kena marking nih...

    But...I like the story...detail sei...

    ReplyDelete
  5. yusman
    hang belanja la aku.

    Ijau D.Koceng
    ni mesin diakui dah season oleh cust.service tu. tapi diorg tak ambik tindakan.

    julia de wHitesiLk
    err...tukar keta nak?

    Norazman M.N.
    huhuhu. arigatou. kena menyamar la lepas ni kalau nak gi kluarkan duit.

    ReplyDelete
  6. ahahah lawak laa bro. :P

    Tingat lak group Rage against the machine :P

    ReplyDelete
  7. Cikgu Wiween
    yeah..Zack de La Rocha rules!!!

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. let me think 1st ok!

    ??????.........
    erm, jom tukar (^_^)...

    ReplyDelete
  10. cerita ko ni punye la suspens huhu.
    aku harap dapat la duit ko balik secepat mungkin.
    tu pasal aku kadang2 perhatikan ada orang nak keluarkan 300, 400 pun , dorang suka keluarkan dua kali picit.. separuh2 takut apa2 jadi

    ReplyDelete
  11. gua bab ATM ni nyampah kalau nak keluarkan kat bank2 kat area taman perumahan..biasa la JB kan banyak aliens...hehe...kalau depan q tu ada mat bangla,vietnam...siap la...sorang je terkial2 kat 10 minit...nyampah betul

    pernah jugak wa potong q dan sound kalau tak pandai guna belajar dulu...(tapi masa tu wa ada 3 orang geng la...kalau sesorang...wa blah cari tempat lain je la...hahaha...dorang ramai ooo kat 10-20 org..gila nak berlawan...hehehe)

    pegi ATM kat stesen minyak lagi bagus...x ramai org..

    ReplyDelete
  12. juLia de wHitesiLk
    bleh ke? huhuhu. tgk la nnti.

    deaf_angel
    Harap2 la dpt. Tadi cek blum masuk lagi huhuhu

    berteromber
    Aku pun pernah alami benda sama mcm ko, ada skali tu siap diorg mintak tlg aku lg keluarkan duit. Aku tlg je la.

    ReplyDelete
  13. last2 aku juga yg kena tunggu brother aku ni selesai urusannya...sian mcm rupa eddie iron maiden masa dia bgtau duitnya lesap dlm bank hehehehhehee

    ReplyDelete
  14. "mcm rupa eddie iron maiden..." ekspresi eddie yg mana satu ni? aku rasa mcm album 1st "iron maiden" kali... sbb atutah ekspresi yg plg sesuai

    ReplyDelete