Monday, April 6, 2009

Misfits - Collection

1, 2, 3, GO!! Misfits, band yg sama umur dengan aku. Huhuhu. Aku mula meminati band ni pasal selalu tengok logo skull diorg ni melalui gambar2 band rock mat salleh yg pakai tshirt Misfits yg hanya ada logo tengkorak gigi rongak ni (logo band tak de, tu pasal tak tau nama band ni mulanya). Dari gambar baru aku cari band ni main muzik jenis apa. Aku bukan seorang punk, tu sebab aku tak tau sangat band ni. Abg aku ada beli pilih-album-dan-tolong-dubbingkan tape dari album Walk Among Us dan Legacy of Brutality kat Victoria Music (kat Pertama Kompleks). Bila aku dengar tape ni, lalu hati ku berkata (chewah) band ni main muzik lain skit. Best. Suara ala-ala Elvis gitu (tu pasal Glenn Danzig dikenali sbg Evil Elvis). Yeah, Misfits. Ni la band yg terkenal ngan jenis muzik horrorpunk (punk ngan lirik horror). Band ni juga jd influence kuat band Balzac (Hail Balzac!!). Bukan setakat Balzac, Metallica pun pernah cover dan record lagu2 diorg ni (Die Die My Darling/Green Hell/Last Caress - cek album2 Garage diorang) serta Cradle of Filth (lagu Death Comes Ripping - Album PanDaemonAeon). Banyak band lagi yg cover lagu2 diorang ni, ni termasuk MiScusi..huhuhu. Ok, jom kita tgk CD ni.Tajuk asal CD ni MISFITS, tajuk lain MISFITS COLLECTION. Aku punya (hehehe) ni title Misfits Collection. FYI, CD ni bukan aku yg beli. Skali lagi abg aku yg beli masa dia berpeluang gi German atas urusan kerja. So, CD ni jd milik aku sbb dia minat dgr je, aku minat habis..huhuhu. CD compilation ni kalau ikut (P) dan (C) yg tertera tahun 1986 under Caroline Records, edaran Virgin records/EMI. Tapi CD yg aku ada ni adalah re-issue/re-printed. Ada 20 lagu kesemuanya. Tengok gambar kat bawah ni untuk track list. Lagu "She" dipetik dari Legacy of Brutality. "Hollywood Babylon" dan "Bullet" pula dari Bullet EP/ Static Age LP. "Horror Business" dan "Teenagers From Mars" dari Horror Business EP. "Where Eagles Dare" dari Horror Business sessions (yang sepatutnya dimasukkan dlm "Who Killed Marilyn?" 12", tapi tak pernah dirilis pun). "Night of the Living Dead", "Vampira", "Skulls" dan "Astro Zombies" dari 3 Hits From Hell/12 Hits From Hell sessions (alternate mix). "London Dungeon" dan "Ghouls Night Out" dari 3 Hits From Hell EP. "I Turned Into A Martian" dari Walk Among Us track. Dan selebihnya dari Earth A.D./Wolfs Blood (Valentine Sound Productions/VSP ada kluarkan kaset album Earth A.D/Wolfsblood sekitar 1994 dulu) dan rilisan Die, Die My Darling. Kalau nak cakap lagu mana aku suka, bagi aku semua lagu dalam kompilasi ni best2 belaka. Huhuhu.Inlay takde apa yg menarik. Tengok gambar atas, Glenn Danzig masih muda remaja ngan mekap ala2 tengkorak tu. Tiada info, yg ada gambar diorg je. Line-up yg main utk lagu2 ni (line-up diorg selalu tukar)selain dari Glenn Danzig (vokal) dan Jerry Only (bass) ialah Franché Coma (guitar), Bobby Steele (guitar), Doyle Wolfgang von Frankenstein (guitar), Mr. Jim (drums), Joey Image (drums), Arthur Googy (drums) dan juga Robo (drums). Sekarang ni cuma Jerry Only je kekal dari start band ni ditubuhkan sampailah sekarang. Glenn Danzig dah ada band lain, DANZIG. Skrg ni aku dah tak brapa into Misfits line-up baru ni (Jerry Only, Dez, Robo), sebab aku lebih prefer Glenn Danzig dan Michael Graves sebagai vokalis berbanding Jerry Only.

" Well, I turned into a Martian
Woah oh oh
I can't even recall my name
Woah oh oh
Times I never hardly sleep at night
Woah oh oh
Well, I turned into a Martian today"

8 comments:

  1. TEAM B.I.O.N.I.C:
    Glenn Danzig rules!! huhuhu

    ReplyDelete
  2. aku tahu pasal misfit ni bila dengar metallica dulu2.
    sedap ah last caress..

    ReplyDelete
  3. die,die my darling!

    ReplyDelete
  4. deaf_angel:
    Metallica cover dua-lagu-Misfits-rakam-terus dlm "the $5.98 ep garage re-revisited" Last Caress/Greenhell, the late Cliff Burton ada tattoo fiend skull ni kat lengan dia. huhuhu.. last caress sweet death..wo wo wo

    c666sahm:
    aku sambung "i'll be seeing you...in HELL!!"... hehehe...Glenn Danzig tetap rules!!

    ReplyDelete
  5. €14.99 = RM71.65! blm masuk shipment cost lg tu

    ReplyDelete
  6. tapi inda apa shipmet cost cimmat support

    ReplyDelete
  7. Ijau D.Koceng
    Mungkin currency masa tu murah skit, kena tanya Cimmat sbb dia yg beli.

    ReplyDelete