Sunday, March 8, 2009

Iron Maiden- Somewhere in Time versi Pirate yang rare..hahaha

Yeah, Iron Maiden. Tak payah la aku nak intro kan sapa dia diorg ni. Masa pegi rumah mak aku baru2 ni, aku pegi la bilik aku dengan harapan nak ambik cd2 aku yg masih ada tertinggal kat situ. Tgh syok mencari tiba2 jumpa pula tape ni. Ok la jom kita tgk apa yg best sgt ngan tape ni. Kalau tgk tape ni cuma tape pirate biasa je. Tapi kalau korg nak tau tape ni sebenarnya adalah tape pirate yang mempirate tape pirate keluaran Rock World. Apa dia tu? Maksud aku tape pirate asal (Rock World) telah dipirate sekali lagi. Kulit album ni bukanlah dicetak macam yang biasa, tetapi ianya adalah sekeping gambar yang kemudiannya dilipat menjadi kulit album. Memang terer la org ambik gambar ni. Dibeli pd tahun yg sama album ni diriliskan atau setahun dua selepas tu. Aku tak tau sangat tarikh bila dibeli sbb bukan aku yg beli, aku sekolah rendah lg time tu, lagi pun duit saku tak mengizinkan utk beli tape2 ni huhuhuhu... Kalau tak silap abang aku kata harga tape ni dlm RM5. Tape IM pirate ni ada kelainan pada lukisan cyborg Eddie tu.Tengok kat dada dia, ada logo Thunder Cats!! Haha. Pelik kan, dah la pirate, lukisan pun dipiratekan skali. Apa-apa hal pun album ni antara album IM yang aku suka dengar. Aku ada satu tape yg ori punya (EMI Malaysia), yg dirilis ngan B-sides skali. Ok la, apa-apa hal pun, layan... Up the irons!!

2 comments:

  1. mesti gaban/cimca yg beli kn? aku bangga sbb aku ada cd ori album ni (wlupun beli slps 20++ thn album ni release)

    ReplyDelete
  2. terbaik lah.. kalau kaset pirate di piratekan lagi memang total rare lah kaset ni...

    ReplyDelete