Monday, March 16, 2009

Yang Ditunggu Sudah Tiba Versi Eddie Cyborg

Pukul 3.20p.m. td tiba2 je terasa nak buka peti surat kat Pejabat Pos Bua (Membakut). Biasa abang aku yg buka, aku kdg2 je. Tapi hari ni macam ada benda panggil suruh gi situ. Aku ambik kunci SirionSport-wanna-be dan terus pegi tmpt yg hendak dituju. Buka je peti surat, hah kau, ada slip suruh ambik brg kat situ. Aku masuk dan terus panggil Cyril (melalui Mr. Don, pegawai pos yg bertugas masa tu). Cyril tgk muka aku je terus dia gi ambik bungkusan utk aku tu (Kali ni dia tak call aku sbb no phone tak tulis kat alamat penerima). Lepas aku sain kat tmpt penerimaan, aku blah dgn muka ceria. Kat sampul tu ada cop Royal Mail Great Britain ngan return address dr United Kingdom. Sah! Tak silap lg, order aku selamat sampai kat tgn aku hr ini. Aku order 4 Mac lalu, sampai Jumaat lepas (13 Mac), 10 hari je. Tapi aku baru dpt td. Patut la Jumaat lepas mcm ada rasa lain mcm je. Hehehe. Kali ni tak de cop dilepaskan kastam. Maknanya brg aku direct terus ni, tak singgah kat kastam. Tshirt yg aku order dr The Official Iron Maiden Shop selamat sampai ke tgn aku. Ni gambar dia. Tshirt dgn design Eddie Cyborg kat depan dengan tak de logo IM (tak perlu kot sbb peminat tegar IM confirm tau tshirt ni tshirt IM). Design kat belakang pula mcm ni. Logo + Somewhere Back In Time World Tour 08. Simple. Aku suka design2 simple mcm ni. Aku order size XL. Nasib baik ngam. Kain pun sedap pakai, 100% cotton. Sesuai ngan cuaca kita. Tshirt keluaran B&C, Made in Bangladesh (ingatkan buat kat UK td....huhuhu). Dia sertakan skali invois shopping mcm kat bawah ni. Aku snap separuh je invois ni. Shipping utk ke Sabah (tak tau la kalau gi Semenanjung brapa 'hinggit') 7GBP, utk selai tshirt. Sama mcm aku order tshirt Balzac, tp Balzac guna USD. TOIMS ni ada sertakan note bg tau apa yg perlu korg buat kalau nak return size/brg yg silap. So kalau korang minat, bleh la order kat TOIMS ni. Banyak barang best lg. Jersey bola ngan logo IM pun ada. Harga bleh tahan jugak. Pendek kata aku puas hati order/beli kat TOIMS ni. Ye la, tak dpt gi tgk konsert IM, dpt tshirt IM pun jadik lah....huhuhu...Up the Irons!! Yeah.

6 comments: