Friday, March 6, 2009

Ikan Emas Yang Mempunyai Muka Manusia

Ya, ikan emas yang mempunyai muka manusia yang bernama Ponyo adalah karektor dalam filem anime keluaran Studio Ghibli yang berjudul Ponyo on the Cliff by the Sea atau dalam bahasa Jepun Gake no Ue no Ponyo. Cerita yang mengisahkan seekor ikan emas berwarna merah yang hendak melarikan diri dari bapanya, Fujimoto. Ketika Ponyo sedang dalam keadaan bersantai di atas seekor obor-obor, tiba-tiba kapal pukat tunda datang dan menyebabkan dia tersekat dalam balang kaca dan dihanyutkan ke tepi pantai berdekatan dengan rumah Sosuke. Sosuke, seorang budak lelaki yang berumur 5 tahun telah menjumpai Ponyo dlm keadaan pengsan. Semasa memecahkan balang tersebut, jari sosuke luka akibat terkena serpihan kaca. Dalam masa yg sama, Ponyo telah sedarkan diri dan menjilat darah tersebut. Maka bermulalah pengembaraan cerita Ponyo ni. Aku memang peminat movie-movie rilisan Studio Ghibli (macam Walt Disney tapi versi Jepun). Memang tak menghampakan. Walaupun dlm bentuk anime, tapi ia mampu membuatkan aku berada sekali dlm cerita tu. Aku bukan nak cerita pasal movie ni, tapi aku nak cerita DVD movie ni. Tipah tertipu bang....Tengok dari segi packaging, memang cun. Siap dengan stiker-lesen-kebenaran-pihak-berwajib lagi. Tu yang membuatkan aku nak beli. Harga RM12.90, standard price utk lokal rilis versi ori/under license. Belek sikit-sikit pastu aku bayar, tak test pun sbb aku confident terang-benderang. Balik rumah, esoknya baru aku layan. Ya, mmg terang a.k.a clear. Tapi aku perasan sound dia mcm dlm gua skit. Takpe, teruskan layan. Tengah sedap layan, tiba-tiba ada bayang perempuan yg bangun dr kerusi (ala mcm cd pirate yg rakam panggung tu) dan bergerak. Yang pelik tu, bayang tu pun dah mcm katun walt disney pergerakkannya. Perghhh... pirate tahap pro ni. DVD rakam panggung tapi kualiti gambar macam tak rakam panggung. Aku rasa diorang dah oter kualiti gambar tu. Ambik center pulak tu. Tak de la senget-senget. Dah habis tgk, aku belek lagi box DVD tu, confirm bukan under license sbb kat tajuk pun bleh tau, ada tulis PRINCESS MONONOKE. Lepas tu baru la tajuk filem tu. Aku tgk lesen-kebenaran-pihak-berwajib, dia luluskan untuk tajuk Princess Mononoke. Soalan pertama yg timbul dari benakku ialah Lembaga penapisan filem tak tengok habis ke cite ni sebelum luluskan untuk dijual?? Nasib baik la harga DVD ni murah, kalau ratusan tadi... konfirm aku gantung DVD ni kat leher dan terus jd 4U2C..Fionaaaaaa

No comments:

Post a Comment