Sunday, March 22, 2009

機甲創世記 モスピーダ (Kiko Soseiki Mosupida)

機甲創世記 モスピーダ atau sebutan dia Kiko Soseiki Mosupida, tajuk sebenar anime Mospeada, anime time aku damit2 (kecik2) dulu (sekitar 80an). Juga dikenali sebagai Genesis Climber Mospeada. Kalau masa main kat siaran RTM dulu (aku tak ingat la mana satu, RTM1 atau RTM2) tajuk dia Mospeada je kot (lagi skali aku lupa). Tapi yg penting perkataan Mospeada tu tetap sama. Perkataan MOSPEADA adalah dari akronim Military Operation Soldier Protection Emergency Aviation Dive Armor. Panjang sangat, patut la jadi MOSPEADA je. Aku ada box set anime ni. Minat sangat membuatkan aku cari kat kedai2 anime di sekitar KL. Last2 jumpa kat Kafu. Yang buat aku suka cerita ni ialah motosikal yang bleh tukar jadi perisai (Armor Cycles), menjadikan pemandunya nampak mcm ala2 robot (tengok gambar cover depan kat atas ni). Kalau nak tau motosikal ni sebenarnya ilham dari Suzuki Katana masa tu. Selain dari tu, ada satu lagi mecha yg digunakan yg diberi nama Armo-Fighter AFC-01 Legioss. Fungsi mecha ni (bleh tukar dari jet pejuang-gerwalk-robot) lebih kurang sama ngan VF-1 Valkyrie variable fighter (The Super Dimension Fortress Macross). DVD box set ni ada 3 keping dvd kat dlmnya. Disc #1 ada 9 episod (ep.1-9), disc #2 ada 9 episod juga (ep.10-18) dan disc #3 episod 19-25 dan OVA lagu Love Live Alive. Mospeada ni cerita berkisar sekitar tahun 2050~2083, di mana alien yg diberi nama Inbit telah berjaya menawan bumi (2050). Waktu ni juga HBT (hydrogen fuel) dicipta sebagai pengganti minyak (bg menangani masalah pencemaran masa tu). Bila Inbit dah tawan bumi, manusia tak mampu nak lawan, ada yg dah berhijrah cari perlindungan kat bulan. Pastu nak dipendekkan cerita, pasukan askar dari Marikh dihantar untuk membebaskan bumi dari tawanan Inbit. Tapi, fail juga. Dan masa ni tunang kepada hero (Stick Bernard) turut terkorban. Misi pebebasan yang kesekian kalinya pula Stick ikut. Tapi kalah dan nasib menyebelahi dia kerana terselamat dari terkorban. Masa ni la dia jumpa ngan geng2 yang lain (Ray, Mint Jim, Yellow) dan perjalanan untuk menghancurkan pengkalan utama Inbit pun bermula. Sebut je anime, mesti ada opening song ngan ending song kan. Anda yg follow cerita ni tentu ingat lagu opening anime ni kan. Tajuk lagu opening ni ialah 失われた伝説(ゆめ)を求めて (sebutannya Ushinawareta Yume O Motomete) atau dlm tajuk Inggerisnya ialah In Search Of Lost Legends. Kalau fans utk anime ni pula bg nama lagu ni sebagai Lonely Soldier Boy. Penyanyi untuk lagu ni Andy. Andy apa, aku pun tak tau. Kat Malaysia dah ada band yg cover lagu Lonely Soldier Boy ni, kalau tak silap band Hujan. Ending song utk anime ni pula lagu yg diberi tajuk Blue Rain, nyanyian Andy dan Mine Matsuki. Lagu yg berentak Jazz gitu. Harmony Gold dan Carl Macek dah ubahsuai cerita ni ngan ubahsuai dialog dan potong babak2 tertentu supaya cerita ni jadi kesinambungan dlm saga Robotech. Robotech saga ni sebenarnya tajuk hasil dari gabungan tiga anime, The Super Dimension Fortress Macross (Robotech), The Super Dimension Calvary Southern Cross (Robotech Masters) dan Genesis Climber Mospeada (Robotech: The New Generation). Nak tau lebih lanjut pasal cerita Mospeada ni, korang klik la kat sini. Ni lirik lagu Ushinawareta Densetsu o Momete a.k.a Lonely Soldier Boy

Aoi naifu ni atsume ta MOONLIGHT
Ikiba na kushita omae o utsusu jujika
Ima wa kizanda yume o
Michi zure ni shite tabi ni deru ga iisa

DO YOU REMEMBER THAT OL' LULLABY

Toi hi ni okizari nishita monogatari o
Ai ni kaete uta ate ageru
Otoko wa dare mo LONELY SOLDIER BOY
Jujika seotta LONELY SOLDIER BOY
Kohaku iro no otoko no yume doko ni

Yume no atsusa ga kanashisugiru
Migite no hikaru naifu yoru o kirisaku
Tada no kuchizuke dake ja
Sabishii darou daite ageru sono inochi

DO YOU REMEMBER THAT OL' LULLABY

Kono hoshi ni akari tomoshita monogatari ga
Mezame ru made uta ate ageru
Otoko ha itsumo LONELY SOLDIER BOY
Kokoro sabishii LONELY SOLDIER BOY
Kohaku iro no otoko no yume doko ni

DO YOU REMEMBER THAT OL' LULLABY

Toi hi ni okizari nishita monogatari o
Ai ni kaete uta ate ageru
Otoko wa dare mo LONELY SOLDIER BOY
Jujika seotta LONELY SOLDIER BOY
Kohaku iro no otoko no yume doko ni



OK, selamat berMOSPEADA... " Do you remember that ol'lullaby "

5 comments:

  1. pembetulan:
    stig bernard bkn stick bernard (info www.mospeada.com)

    siaran di tv malaysia
    rtm2 1987 (isnin 6.30ptg) episod 1-6 shj
    rtm1 1990 (khamis 5.00ptg)
    tv3 1991 (versi robotech sabtu 10.00pg)
    tv3 2000 (isnin-khamis 7.00mlm)
    tv3 2001 (jumaat 10.00pg) xhabis

    ReplyDelete
  2. Military Operation Soldier Protection Emergency Aviation Dive Armor ..... mantap betul pengetahuan kulimat2 ni.... Ni boleh buat thesis sarjana... Master in MOSPEADA

    ReplyDelete
  3. kau tunggu aku review pasal koleksi terbaru aku plak hahahaha

    ReplyDelete
  4. nama SUZUKI jugak yang naik.. hehehee. Kesatria Baja Hitam (Black Masked Rider) pun layan naik Suzuki

    ReplyDelete
  5. Nama penuh penyanyi tersebut adalah andy koyama. Kalu nk tgk duet noh danandy koyama nyanyindua versi lgu ni leh search kt youtube. Gerek sey.. memandangkan aku minat cite ni sempat lak kumpul 2 jet alpha dan beta termasuk motornya skali

    ReplyDelete