Wednesday, April 29, 2009
Dah masuk..yeah yeah..
"Next week, hari Isnin atau Selasa duit tu masuk dalam akaun kau balik".
Alhamdulillah, duit gua dah ada balik. Huhuhu.
Monday, April 27, 2009
Hilang Dalam Terang
Macam biasa, aku jumpa video klip ni kat youtube. Tak pernah aku tengok video klip Amy Search ni. Ada sapa2 tau lagu ni dari album mana? Lirik berbeza la dari lagu Hilang Dalam Terang versi Search.
Friday, April 24, 2009
Rage Against the ATM Machine!!!
Petang tadi, aku nak keluarkan duit kat mesin ATM PB, nak bayar ansuran keta sirion-sport-wannabe aku. Kebetulan ada urusan kat area Api-api Center, so pegi la keluarkan duit kat bank ni kan. Kat situ ada dua mesin, satu mesin baru (tak la baru sangat) dan satu lagi mesin lama. Yang baru tu sebelah kiri dan lama sebelah kanan. Masa aku masuk, aku tengok kat mesin baru takde orang beratur, yang lama pula ada sorang tengah beratur dan sorang lagi tengah gunakan mesin tu. Aku rasa pelik juga apsal tak gunakan mesin baru tu kan, so aku pegi la masukkan kad dan tekan amaun yang aku nak. Pastu kat skrin tulis tak dapat keluarkan amaun yang aku nak tu, suruh tekan amaun baru. Aku tekan butang batal tapi kad aku tak nak keluar. Aku masuk la jumlah rm100, boleh pula. Duit dapat, kad dapat dan penyata pun dapat. Ok, aku buat andaian mesin tak cukup wang nak keluar. So aku pun jump gi sebelah yang lama ni. Aku jadi orang ketiga pula beratur. Tunggu je la. Aku perhati orang depan aku keluarkan duit, siap dua kad lagi dia keluarkan. Mest kawan dia kirim ni. Semuanya ok, tak de masalah. Masa turn aku pula, macam biasa la, masuk kad dan tekan balance amaun yang aku nak. Masa ni lama juga aku tunggu, last-last kata urusniaga dibatalkan, kad aku keluar dan aku pun ambik. Tiba-tiba je skrin terus tukar biru kata tak boleh digunakan untuk sementara waktu. Mesin abis duit lagi la ni, aku agak. Aku tengok orang sebelah kiri aku, aikk??? Tadi tak boleh, ni bleh pula. Siap keluarkan duit banyak. Nak gi beratur kat sebelah Q dah makin panjang. Jadi, aku pun blah je la dari situ. Sebelum aku keluar aku toleh lagi skali mesin tu kot-kot mesin tu dah ok ke ngan sekelip mata. Tapi skrin tetap kaler biru.
Kena tekan angka giliran pula. Tekan dan keluar nombor 3045 dengan cetakkan kecik "Nombor sekarang:3037. Sila duduk. Anda akan dilayan sebentar lagi" kat bawah nombor tu. Aku duduk la, takkan nak berdiri kan. Tak lama, kejap je. Kedengaran suara awek-yang-tak-berperasaan memanggil nombor 3045. Aku bingkas bangun dan terus gi menuju kaunter 18. Aku disambut ngan perkataan "Yo, what's up?" Ada gaya hip-hop ke aku tadi sedangkan aku menyarung tshirt DEMISOR putih yang dibeli dengan mail order kat Jimbo Parkinson/Broken Noise dan berseluar kargo itam made in Tesco serta bertopi baseball itam kegemaranku. Maybe dia nampak aku pakai topi dan dia assume aku hip-hopper. Ahhh..persetan itu semua. Aku lantas story semula kejadian yang dialami. Dia cek kat PC, dan dengan tenang dia kata, "Kau jangan ambil duit di mesin sebelah situ lagi. Tua sudah tu mesin. Bagus dibakar ja tu nanti". Hehehe..lawak la tu. Aku sengih ja. Duit hilang beb. Ko nak gelak lagi ke? Kemudian dia minta IC dan kad ATM PB aku untuk dibuat salinan. Pastu dia suruh sain kat borang aduan tu. Habis sain, dia terus kata "Nanti pegawai cek kau punya kes ni, kalau ok duit tu nanti dimasukkan terus ke dalam akaun kau. Next week masuk la tu. Monday or Tuesday". Ok, ayat dia ni buat aku calm balik. Aku pun tinggalkan PB, dan terus menuju ke lokasi yang seterusnya. Huhuhu. Nasib baik hari bekerja. Sempat mengadu. Kalau bukan hari bekerja macamana? Mesti tak tido nak tunggu sampai hari bekerja. Huhuhu. So, kepada semua penduduk Sabah yang menggunakan mesin ATM PB kat bangunan MAA, JANGAN GUNA MESIN SEBELAH KANAN tu. Mesin @#$%. Kalau nak guna juga, pastikan duit anda dalam akaun RM0. Ok. I love U. Bye.
Wednesday, April 22, 2009
Out of the Light of the 13 Dark Night
Monday, April 20, 2009
Ultraman..Fire!!
Pagi-pagi dah kena fire beb.
Huhuhu.
Semua hangus.
Berasap.
Tapi ok la.
Tak la sampai mampos.
Dah habis kena fire, aku beredar sambil nyanyi lagu ni (dalam hati je la):
"It's just another manic Monday (oh woo woo)
I wish it was Sunday (oh woo woo)
'Cause that's my Funday (oh woo woo)
My I don't have to runday (oh)
It's just another manic Monday"
- Manic Monday by Bangles
Sunday, April 19, 2009
Silent Hill

Cutscenes ni sebenarnya macam cerita/movie pendek bila korang habis satu misi atau baru nak mula misi dalam game SH. Di samping tu, ending untuk game SH ni juga biasanya berbeza mengikut pencapaian dalam permainan korang. Kalau teruk, banyak sangat mati, save ke, dapat la ending biasa. Tapi kalau main bagus, dapat la ending special sikit. Selain game, Silent Hill juga diadaptasikan ke filem dengan menggunakan tajuk yang sama, Silent Hill (2006), buku, CD, action figures, tshirts, dan macam-macam lagi la. Kalau anda berminat ngan game bercorak survival horror ni, aku cadangkan selain Silent Hill, korang boleh cuba siri-siri game Fatal Frame (lagi menyeramkan, based on true story) dan Resident Evil. Dengar cerita ada Silent Hill baru nak dikeluarkan untuk PS2, title dia SH:Shattered Memories. Nak tau lebih lanjut SH ni, klik di sini atau sini. Ok la, aku nak start main Silent Hill 4 pula. Huhuhu.
Friday, April 17, 2009
Danzig III
1. Godless
2. Anything
3. Bodies
4. How the Gods Kill
5. Dirty Black Summer
6. Left Hand Black
7. Heart of the Devil
8. Sistinas
9. Do You Wear the Mark
10. When the Dying Calls
Tuesday, April 14, 2009
Senja di Takapan
I want to know, Have you ever seen the rain?
Sunday, April 12, 2009
Guitar Hero: Metallica ... dah rilis
Last week aku berkesempatan pegi City Mall kat Kota Kinabalu (KK). Kalau gi sana, aku mesti gi buat lawatan sosial kat kedai-kedai jual dvd games. Salah satu kedai games kat situ (aku dah lupa nama dia) merupakan kedai fav aku nak buat lawatan sosial. Kedai ni banyak jual akseksori games yang cun melecun. Bukan setakat tu, aku tengok kat rak display dia ada handheld console klasik Game&Watch. Tapi tak jual. Aku rasa kalau dia jual pun mesti harga rm4++. Kat sini juga lah aku tengok ada sorang ahcai tengah main Guitar Hero Metallica ni kat console PS3. Pergh!! best gila aku tengok. Dengan sound system yang meletup, aku layan tengok dia main lagu Enter Sandman (Aku rasa lagu tu je dia tau..huhuhu). Yang tak tahan tu, dia main guna gitar tanpa wayar jenama Fender Strat kaler hitam. Ya, korang tak salah baca, gitar ni memang ada dikeluarkan untuk game Guitar Hero selain gitar Gibson Les Paul. Bentuk sebijik macam yg betul punya, cuma scale je kecik dan takde tali. Macam gambar kat bawah ni.

Masa aku nak beli gitar controller untuk main game Guitar Hero ni, aku pernah tanya harga gitar Fender ni, RM5++. Mahal sey. Last2 aku beli flying V brand TAC je, tapi ala2 Gibson V gitu. Huhuhu. Aku tanya tokey kedai tu samada dia ada jual Guitar Hero: Metallica ni versi PS2. Dia kata takde jual dan tak pasti ada kat PS2 ke tak. Tak baca review la tu. PS2 ada rilis la tokey. Siap ada 3 tracks lagu dari album Death Magnetic lagi. Kalau PS3 kena download tau. Tapi tak la aku kata mcm tu kat dia. Ok la, ni aku senaraikan list lagu yang ada dalam Guitar Hero:Metallica.
1. All Nightmare Long
2. Battery
3. Broken, Beat and Scarred *
4. Creeping Death
5. Cyanide *
6. Disposable Heroes
7. Dyers Eve
8. Enter Sandman
9. Fade To Black
10. Fight Fire With Fire
11. For Whom The Bell Tolls
12. Frantic
13. Fuel
14. Hit The Lights
15. King Nothing
16. Master of Puppets
17. The Memory Remains
18. Mercyful Fate (Medley)
19. My Apocalypse *
20. No Leaf Clover
21. Nothing Else Matters
22. One
23. Orion
24. Sad But True #
25. Seek and Destroy #
26. The Shortest Straw
27. The Thing That Should Not Be
28. The Unforgiven
29. Welcome Home (Sanitarium)
30. Wherever I May Roam
31. Whiplash
32. Ace of Spades - Motorhead (rakaman baru utk game ni)
33. Albatross - Corrosion of Conformity
34. Am I Evil? - Diamond Head
35. Armed and Ready - Michael Schenker Group
36. Beautiful Mourning -Machine Head
37. The Black River - The Sword
38. Blood and Thunder - Mastodon
39. The Boys Are Back in Town - Thin Lizzy
40. Demon Cleaner - Kyuss
41. Evil - Mercyful Fate (Rakaman baru untuk game ni)
42. Hell Bent for Leather - Judas Priest
43. Mommy's Little Monster (Live) - Social Distortion
44. Mother of Mercy - Samhain
45. No Excuses - Alice in Chains (Game demo untuk console Xbox 360)
46. Stacked Actors - Foo Fighter
47. Stone Cold Crazy - Queen
48. Toxicity - System of a Down
49. Tuesday's Gone - Lynyrd Skynyrd
50. Turn The Page (Live) - Bob Seger and the Silver Bullet Band
51. War Ensemble - Slayer
52. War Inside My Head - Suicidal Tendencies
Saturday, April 11, 2009
Yang Ditunggu Sudah Tiba versi Atom-Age Vampire in 308..Balzac
Thursday, April 9, 2009
Buang Karan
Aku tak pegi meeting petang tadi,
Tapi aku tak tau,
Aku pegi juga la meeting petang tadi,
Yang aku tau,
Meeting aku selepas meeting pertama petang tadi,
Yang aku tau,
Meeting aku akan bincang sesuatu petang tadi,
Tapi aku tak tau,
Meeting pertama habis lambat petang tadi,
Emm..korang nak tau,
Meeting aku 5 minit je petang tadi!!!
Kalau aku tau,
Aku kirim salam je tadi.
!@%#&*%
Monday, April 6, 2009
Misfits - Collection
Sunday, April 5, 2009
Aku dah jumpa akhirnya - Orang Asing
Inlay pun takde apa yg menarik, tetap sama je. Lirik2 lagu dicetak. Tak de info tambahan. Tetap sama mcm beli kaset. So kesimpulan, macam dulu2. Huhuhu. Album ni gak Joe Wings ada nyanyi untuk lagu Lupakanlah. Antara lagu fav aku gak dlm album ni. Tak pernah dengar Joe Wings nyanyi? Dapatkan album ni. Bagi aku (pendapat aku yg tak dipengaruhi oleh undi2 SMS luar huhuhu) semua lagu best dlm album ni. Tone suara Mel memang kena ngan lagu2 yg ada dlm album ni. Adui..lapar pula ni. Ok la, kalau nak beli CD ni, aku rasa ada lagi kat Speedy tu. Aku nak gi makan ni. Beli ori k.
Friday, April 3, 2009
LocoRoco (ロコロコ, Rokoroko)


