Sunday, July 5, 2009

Sutera atau Rayon? ...Kastam palsu

Petang Jumaat lepas (3 Julai 09), aku ngan Mr.Jairo pegi kedai gitar kat Kota Kinabalu (maaf, nama kedai terpaksa dirahsiakan) dengan harapan nak melamar Epiphone Les Paul Custom Ebony Black macam gambar kat bawah ni. Situasi dia macam ni, kalau aku beli gitar Epi LP Custom tu maka dengan secara automatiknya Epiphone Les Paul Standard Honey Burst yang aku miliki sekarang akan di-let-go. So, oleh kerana Mr.Jairo biasa beli akseksori gitar (gitar beliau sendiri dibeli di situ)..maka aku ajak la dia pegi skali dengan harapan dapat diskaun lebih banyak. Ok, misi diteruskan dengan penyamaran Mr.Jairo sebagai pembeli dan aku sebagai 'Johari yang mengenal Maniam' huhuhu. Sebelum Custom tu dicuba, Jairo ngan rasa hencinya huhuhu tak la..dia ok je.. dia try Epi SG Emily the Strange. Aku tengok lawa gak gitar ni kan untuk buat koleksen. Tapi hajat di hati Custom. So..lupakan. Tapi masa test SG Emily ni, aku perasan dia punya logo Epiphone kat headstock tu agak 'dull'. Aku suspek sesuatu. Hmmm. Tengok serial number pula. Huhuhu. SJ07022453. Dari segi sound not bad la bagi aku. Kalau ikut kat Guitar Dater Project, serial number SJ07022453 tu dari Sae Jung Plant, China dan dibuat pada Februari 2007 dengan production number: 2453. Setahu aku, start dari 2002 Epiphone HANYA buat gitar (untuk pasaran asia) di Qingdao Plant/Factory di China. Serial number untuk plant ni bermula dari EE. So, kalau dari tempat lain selain dari Qingdao, berkemungkinan palsu (setahu aku, kalau salah betulkan). Kalau dari Korea, Epiphone dah stop buat kat sana since Samick dah stop buat kat sana la (Samick minta lesen ngan Epiphone nak buat gitar Epi ni). Ini bermaksud mana-mana produk Epiphone yang konon Made In Korea, dibuat tahun 2001 ke atas adalah FAKE!!. Pastu Mr.Jairo try pula Mocking Bird BC Rich Platinum Series. Huhuhu. Ni gitar cantik gak. Sound pun lazat dan lemak berkrim. Tapi Mr.Jairo sekadar mengetest je, maybe dia nak angkat la tu satu hari nnti. Aku minat gak BC Rich ni, tapi aku still jatuh hati lagi ngan Custom. Dan BC Rich aku tak tau nak tgk samada copy/fake or ori. Ok, last skali kitaorang try LP Custom. Gitar yang aku nak beli tapi Jairo bertindak sebagai pembeli masa tu (untuk mendapat harga yang murah huhuhu). Bila tengok je dekat..hmmm something wrong ngan Epi Custom ni. Korang tengok dulu youtube ni.

Ok, dah tengok kan. Ok ni yang aku jumpa atas pengamatan aku (sori, aku tak ambik gambar betul) :
a) tuner Grover emas dia tak kilat, kalau bagi kilat pun masih nampak ke'dull'an nya tu.
b) tengok kat headstock blakang, tuner tu senget skit.
c) logo trapezoid ke apa yg kat tengah tu besar sangat.
d) bahagian yg tutup trus rod pula dia punya ukiran 'Les Paul Custom' tu nampak gemuk.
e) kat headstock, lining putih dia pula macam ada kabur2 skit.
f) Serial number ok, dah start dari EE, bermakna gitar dibuat di Qingdaou plant (China), tapi decal dia tu kat atas sgt.
g) skru kat pickguard tu tak selari ngan knob.
h) takde stiker lifetime warranty
i) stiker kat pickup kecik sgt
j) kekemasan kureng

So, aku bagitau kat Mr.Jairo yang aku tak jadi nak beli. Jairo kata apa kat pekerja kedai tu "Dia ni (aku la tu) kalau tengok Epiphone macam tengok emas, tu sebab aku bawak dia skali" huhuhu...ko sempat buat lawak lagi...thanx tolong aku hari tu. Harga RM1+++ tak berbaloi untuk satu gitar yang palsu. Kalau tus-tus tadi ok la kan. Ni riban beb..riban... So kami tinggalkan kedai tu tapi ngan satu harapan lain, beli hardcase Gator untuk Epi LP aku kat rumah yang tak jadi jual tu.
Tapi nasib tak menyebelahi aku lagi. Semalam Jairo kata hardcase tu tak muat LP, so kensel la lagi. Huhuhu.

16 comments:

  1. peh...selamat.

    kalau tak mesti paiseh kalau dah terbeli, mau kena bakar kedai tu ngan molokov cocktail...

    ReplyDelete
  2. apa kata ko pegi http://www.cmmusic.com.my sana ada jual jackson rhoads kaler biru & epiphone (bentley mari) klu brani order online + shipping courier dlm RM50-85. aku sket lg mau order ibanez xiphos kat sini RM1.3k tp last2 sambar roadgear gio kat satchman atas masalah kegawatan ekonomi

    ReplyDelete
  3. -Portdy, molokov cocktail??? huhuhu abunai!!!

    -aku sudah cek tu cmmusic, dan mcm aku mo order jumpstar squeir bass pula..huhuhu mo jadi Harris la balik.

    ReplyDelete
  4. aku pasal gitar memang fail la..suka yg cabang2...tapi main memang jari bangku la...kalau terbeli pun buat perhiasan kot...huhu

    ReplyDelete
  5. interesting aku baca post ni.

    nasib baik korang dua betul2 research nak beli benda mahal2 ni

    ReplyDelete
  6. barang pirate kalau notify pirate takpe juga. Tapi menyamar jadi original tu yang sakit hati. Kita bayar premium price tu.

    ReplyDelete
  7. aik? squier? xmau itu ibanez gio mcm bass aku ka? alang2 la nnti turun kajang baru puas survey kat klang valley... bentley, mahogany, guitar collection, the guitar shop... biru mata itam nnti

    ReplyDelete
  8. emily the strange tu pun aku rasa macam FAKE (ikut ngko kata) heheh terus aku hilang selera nak beli heheheheheheheh.. kalau ori mesti aku terus beli lalu cover lagu MCR masa gig lantas menyanyi sepenuh hati sehinggakan mengalirkan air mata.... uwwwaaaahhhhhh i'm not ok... i'm notttttt ok uwwaaahhhh wooooooo (sedutan dari lagu I'm Not Ok MCR)

    ReplyDelete
  9. jd, setialah pada bc rich aaa jai?

    ReplyDelete
  10. - huhuhu, buat perhiasan pun ok gak berteromber.

    - deaf, nasib baik la kan, kalau tak adoi..huhu

    - aku stuju ngan ko Abg Ben. Mmg bikin sakit hati.

    - Ijau, masalahnya lagi sakit hati tgk gitar yg cun2 tp tak mampu aku mo beli..huhuhu

    - Yup Jairo, mmg FAKE tu Emily. Aku yakin 100%. Setialah pada ironbird ko yg cabang2 tu.

    ReplyDelete
  11. fuh indtls...bagus2 supaya tak ditipu kapitalis2 ni

    ReplyDelete
  12. hahahaha mockingbird masterpiece is coming to town.....

    ReplyDelete
  13. -matakucing.. "kapitalis imperialis..rantai ini hapuskanlah, lambat laun kan meledak" huhuhu

    - henci lah aku baca komen ko Jairo..henci huhuhu

    ReplyDelete
  14. cantiknye les paul custom tu. sejak dari zaman purba dulu, gibson merupakan gitar pilihan ramai gitar hero hingga ke hari ni. jimi page, tony iommi dan angus young antaranya. gitar yang mencabar untuk dilukis. ARGHH! gitar yang tiada tandingannya seperti fender.

    ReplyDelete
  15. yup. gua stuju ngan lu bro gayour. tu pasal la gua jatuh hati. huhuhu.

    ReplyDelete
  16. bli je la bc rich tu?lawa tu?sound guarantee..(brape rm brader?)
    kt cni br mgu lps gua usya ephiphone (china mari)br rm 890..sound ok la dgn harganya..hhehe..usya je,gua nk angkat kramer pasni...

    ReplyDelete