Thursday, July 23, 2009

ラウドネス - Loudest Ballad Collection

Album ni ada rilis dalam format CD tak masa dia rilis 1991 dulu? Aku ada versi kaset je. Aku dah try meng'ebay' tapi tak jumpa versi CD, versi kaset ada la..tu pun lebih kurang macam aku punya ni. Aku ada jumpa kat amazon.jp, tapi hampeh..aku tak reti baca tulisan kanji. Terus tak jadi nak order.

Album kompilasi ni menampilkan lagu-lagu ballad dari album On The Prowl, Soldier Of
Fortune, Jealousy, Hurricane Eyes dan tiga buah lagu yang tak pernah dirilis.
Side A
Track 1 - Never Again (Album On The Prowl)

Untuk lagu ni aku rasa Vescera punya suara dah macam orang Jepun sikit. Huhu. Lagu ni best. Lagu yang digubah dari lagu asal "Silent Sword" (Album kompilasi Loud n' Rare). Album OTP ni juga menyaksikan beberapa lagu lama yang digubah kembali seperti lagu "Deadly Player" dari lagu "Lonely Player" (Album Devil Soldier), "Take It or Leave It" dari lagu "Milky Way" (Album Disillusion, "Girl" (Album Devil Soldier), "Long Distance" dari lagu "Long Distance Love" (Jealousy EP), "Sleepless Nights" dan "In the Mirror" dari album Law of Devil's Land, "Find a Way" (tajuk asal To Be Demon) dari album Birthday Eve. Lirik untuk lagu Never Again ni pula berkisar mengenai.... hmmm macam cerita orang mati bini je..huhu


Track 2 - 25 Days From Home (Album Soldier of Fortune)

Aku suka vokal Mike Vescera. Ntah la kenapa. Dan lagu ni pun antara favourite. Aku rasa
memang tepat la Akira ambik dia ni bila Minoru blah dari Loudness. Lepas Vescera blah, aku rasa Loudness dah tak best pula. Ex-Ezo kan kalau tak silap la yang masuk lepas Vescera. Lagu ni pun best. Lirik...putus cinta kot..huhu

Track 3 - Lost Without Your Love (Album Soldier of Fortune)

Best. Aku harap Ada la orang cover nanti dalam rancangan nyanyi program-program realiti kat tv akan datang..huhuhu...ye la tu. Lirik, biasa la putus cinta lagi..huhu

Track 4 - Good Things Going (EP Jealousy)

Yeah..Minoru Nihara. Album sebelum dia keluar Loudness. Lagu ni aku dengar first time dalam album kompilasi Loudest Ballad ni. Aku tak pernah dengar keseluruhan lagu dalam EP Jealousy ni sebab masa tu aku tak pernah jumpa dia punya kaset mau pun CD kat pasaran. Dirilis pada tahun 1988. Kesemua lagu dalam EP Jealousy dinyanyikan dalam bahasa ibunda mereka. Lirik...yang aku tau baca All I need, Baby, you're my precious love. Yang lain tulisan Kanji dan Hiragana. Katakana takde. So dari perkataan yang aku tau baca tu kompom cerita pasal cinta bertepuk dua belah tangan. Lagu ni tak la lagu yang berentak slow macam tiga lagu pertama tu. Sing a long lagi, happy je bunyinya. Huhu.
Side B
Track 5 - In My Dreams (Album Hurricane Eyes Japanese Version)
Antara lagu all time favourite aku ni. Diorang ni suka bagi habis duit peminat tegar kan, ye la sekali keluar album terus buat dua versi. Siapa ada versi Jepun ni mesti perasan ada antara lagu-lagu yang berlainan struktur muziknya. Macam lagu So Lonely, lebih kurang macam Ares' Lament punya versi. Lirik...tak pasti la sama ke tak cerita dia dengan lirik versi English. Yang pasti in my dreams without you tu sama. Yang lain Jepun.

Track 6 - Losing You ( Silent Sword Japanese Version,
Unreleased Track)
Lagu yang menjadi siulan di sekolah aku masa album ni rilis dulu. Feeling Bad I'm Losing You je yang aku dengar ngam budak-budak sekolah aku nyanyi masa tu. Part Jepun..hentam je la labu..janji bunyi lebih kurang huhuhu.. Lagu asal bertajuk Silent Sword (English lyrics) dari B-sides Risky Woman punya singles dan juga dimuatkan dalam kompilasi Loud N' Rare. Ni pun antara favourite aku. Best wooo. Best atas sikit dari versi Never Again. Lirik...lagi sekali tulisan kanji dan hiragana. Katakana tak de. Dari tajuk boleh tau...mesti cerita pasal orang kematian awek/bini.. huhuhu.

Track 7 - So Lonely (Live Version,
Unreleased Track)
Ni pun aku dengar first time gak dalam kompilasi ni. Unreleased la katakan. Kalau versi studio dari album Hurricane Eyes. Lagu yang dirakam secara live di The Budokan, yang dinyanyikan oleh Vescera. Versi live ni macam laju sikit dari versi studio. Sebutan Vescera pun jelas. Dia kan orang putih, dah tentu lah kan. Huhu. Lirik..sama dan tak berubah, kisah pasal ..err biasa la putus cinta. Tak tau la kalau ada cerita lain.

Track 8 - Find A Way (Full Length Version, Unreleased Track)

Versi biasa, dari album On The Prowl. Bezanya panjang sikit dari biasa je. Lirik...cerita orang yang cari kerja kat tempat lain, sebab nak beli CD Poison pastu nak cari jalan balik jumpa bini bila dah dapat. Huhu...ye kan je la..huhu.
Kaset aku ni dah kategori NL (Near Lunyai) condition untuk cover tapi kaset masih mantap..huhuhu. Jual kat ebay 1 sen pun org tak beli. Kenapa bleh jadi macam ni?..biasa la kena pinjam selalu. Nasib baik la yang ni sempat diselamatkan dari kena tapau. Huhu.

14 comments:

  1. 25 Days From Home berkumandang dalam telinga aku pagi tadi....rupanya ada orang mau review Loudness ballads...hehehe

    25 Days From Home juga lah yg mengenalkan aku pada Loudness...

    apapun Never Again is my all time favourite ballad, suka part nasik tambah(ad-lib) kat ujung lagu masa nak abis tu...

    ReplyDelete
  2. aku nak nangis dah....
    tu baru baca review ko

    kalo dengar lagu2 ni skarang, aku nak nangisss..touching.

    never again...will i wake and see you smile...' sedihnye..

    ReplyDelete
  3. Nanti ada masa aku check balik Loudness. Yang dengar dulu THunder In The East dengan Lightning Strikes je

    ReplyDelete
  4. so lonely ... paberet ni.. heheheh nasib takder ares lament....

    ReplyDelete
  5. Loudness lagu slow tak kira sapa nyanyi mmg syahdu oo..x kisah la kamikaze engrish ker apa..tetap best.

    I am so lonely, so what can I do?
    Oh baby, oh baby
    I am so lonely, so lonely for you
    Oh baby, oh baby

    Ares lament tu apa sebenarnya ek?

    ReplyDelete
  6. broteromber,

    err...bukan macam ni ke bro? :

    So ronery, so ronery for you
    wOh baby, wOh baby
    I'm so ronery
    What can I dou?
    I'm trapped
    I'm rivin' without you

    hehehe....

    ReplyDelete
  7. Portdy and Deaf: Never Again memang menjadi, lirik kena ngan melodi dan huhu touching. best best.

    Abang Ben: Check jgn tak check. huhu.

    Jairo: So Lonely versi Jepun pun kick arse. huhu.

    berteromber: Aku suka Minoru ngan Vescera je. Ares' Lament tu aku tak tau la maksud dia apa. Ada sesiapa yang tahu? Sila bagi komen anda.

    ReplyDelete
  8. very touching my ulu hati la brader....


    loudness kill!!!

    ReplyDelete
  9. sori bro, tak jual sbb ni salah satu koleksi gua.

    ReplyDelete
  10. x mengape bro, bukannya apa, aku pun ada kaset ni tapi tinggal kulit saja...cadang2 tu nak minta tolong kawan2 rip buat cd aje sebab susah nak dpt album ni

    ReplyDelete
  11. aku terjumpa cd ni dulu kat miri, lupa nak beli.....cari balik dah takde.......aku apa benda jepun je.....gile habis.....nangis bro dengar tadakanashiku(earthshaker).....mintak member aku tolong translatekan, baru 1 lagu earthshaker, album treachery, lepas ni loudness lak la....

    ReplyDelete
  12. time kasih psl buat info detail pasal album ni. zaman sekolah dulu2 aku ada album ni..skrg teringat balik n rindu sgt2 nk dgr balik...tp aku lupa album loudness yg mane satu. sikit punye lame n punyela letih carik..last jmpe jugak. time kasih skali lg. skrg operasi mencari albumnye pulak. hurh..letih lagi.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete