Tuesday, June 9, 2009

Train Man/電車男 (Densha Otoko)

Korang suka sembang or berforum kat internet ni? Aku dulu suka chatting. Siap menyamar nama perempuan lagi utk kenakan member. Huhuhu. This time aku nak sembang ngan salah satu j-dorama yang aku suka. Tajuk dia dalam bahasa Jepun ialah Densha Otoko (電車男) juga dikenali ngan tajuk Train Man. Dorama ni dah pernah main kat 8TV, kalau tak silap 2 tahun lepas. Ni cerita berdasarkan cerita betul tau. Cerita kisah percintaan yang dikongsi melalui forum internet. Kisah cinta antara budak lelaki Jepun yang geek ngan budak perempuan yang cun. Huhuhu..bukan budak kecik, tapi budak dewasa.
Ni DVD Densha Otoko (sebutan otaku) tu. Versi press Malaysia. Ada 11 episod. 2 episod lagi extended. Tapi yang extended ni takde la dlm DVD aku ni. Aku tak pernah tengok lagi yang 2 episod ni.

Alkisah si Tsuyoshi Yamada (lakonan Itoh Atsushi) yang berusia 23 tahun, minat ngan anime/manga dan pengumpul model2 manga, telah menghalang seorang tua yang mabuk dalam keretapi (komuter kot) dari menggangu gadis comel yang bernama Saori (lakonan Itoh Misaki), yang berusia 25 tahun. Yamada ni tak de girlfriend. Otaku la katakan.. yang dia tau video games, manga dan anime. Tapi bila dia nampak Saori je kat komuter ni, dia mula rasa sesuatu. Dan bila si mabuk ni kacau Saori, otaku ni mula bertindak...tapi kalah gak la..huhuhu.
Ok, so nak dipendekkan cerita, cara Saori nak ucapkan terima kasih ialah ngan bagi dia hadiah. So, dia mintak alamat kat Yamada ni. Start dari sini Yamada tak tau nak luahkan apa yang terbuku di hati, so kat rumah dengan tak sengaja dia termasuk ke satu forum. Dan cerita pun bermula di mana dia mula menceritakan kisahnya, minta pandangan cara nak tackle/date/etc dan disokong oleh kawan2 forum yang dia sendiri pun tak pernah tengok muka. Macam2 la kejadian lucu terjadi selepas tu. Ni cerita romantik-komedi.

Versi the movie pun ada gak. Tapi aku tak pernah tengok. Sebab yang ada kat pasaran aku jumpa versi VCD. Tapi kalau tak jumpa gak versi DVD, aku beli je la versi VCD ni nanti. Huhuhu. Kalau tengok gambar lelaki tu tak brapa geek sangat, yang versi dorama ni kick ass dia punya geek..huhu. Cerita ni pun bukan setakat format drama dan movie je, malah dalam pelbagai bentuk seperti novel dan manga. Kalau korang terer kanji Jepun, katakana dan hiragana, korang bleh baca post betul punya (chatting/forum yang real pasal Densha Otaku ni) kat sini. Aku tak reti..huhuhu.

Opening lagu untuk dorama ni ialah dari Electric Light Orchestra (ELO), Twilight.

Ending song pula dari Sambomaster-Sekai wa sore wo ai to yobundaze.


Best tak lagu dia ni? Huhuhu. J-rock/J-pop ni memang aku suka dengar. Huhuhu. Lagu Twilight tu mesti korang pernah dengar kan. Lagu lama tu. Kalau nak tengok dorama ni, korang bleh tengok kat sini. Kalau nak baca dan nak tengok lagi link2 pasal cerita ni, korang bleh klik kat wiki ni.

Adakah Densha berjaya memikat si Hermes (Saori) ni? Huhuhu.

12 comments:

  1. space cop gaban? jgn tunggu lama2 nnti dikebas org...

    ReplyDelete
  2. uchuu keiji gaban..huhuhu...akan dtg..tungguuuuu

    ReplyDelete
  3. bygkan ngam2 bajet sdh ada, kau aga 1borneo tiba2 nada sdh dvd boxset gaban atu? inda kau jd kura2 pura2 malu?

    ReplyDelete
  4. salam,

    dulu macam penah siar kat tv3 kan..

    wa ada dvd yang Special 2 - Densha Otoko Deluxe
    tapi cap lanun laa

    ReplyDelete
  5. -Ijau..huhuhu..tu gaban dah ada dlm tgn... huhuhu
    -biasa la Deaf..huhuhu..layan..
    -Hait Portdy san. Wa lupa la bro tv mana satu, tv3 or 8tv. Tapi dua2 channel ni mmg ada tayang cite jepun. wa pun nak cari la special tu.

    ReplyDelete
  6. erk...aku citer jepun kecik2 dulu suka robot tempe dan ultraman ajer...hehe..

    ReplyDelete
  7. gaban dlm tgn? bah apa lg review la~ cemana endingnya? nnti pnjm...

    ReplyDelete
  8. -robot tempe tu gua tak ingat sgt bro, tp part ultraman tu..huhuhu..gua lebih minat ultraman jack (goh) dari ultraman (hayata).
    -baru ja beli. blum abis tgk lg. huhuhu

    ReplyDelete
  9. berteromber lu punya minat masa budak2 tu sama la ngan aku...robot tempe rulezz memang best giler citer tu sampai aku ponteng sekolah agama..

    ReplyDelete
  10. huhuhu boleh sapa2 ingat kan aku robot tempe yang mana satu eh?

    ReplyDelete
  11. Portdy, try cek address ni:
    http://en.wikipedia.org/wiki/Mazinger

    rasa2nya ni la robot tempe.

    ReplyDelete