"May all your nuclear weapons rust in peace".. ni la stiker yang ada kat satu bumper kereta yang Mustaine follow, masa dia tengah balik dari skydiving. Maka dari situlah wujudnya title album Rust In Peace. Yeah. Ni album Megadeth yang aku suka sangat layan. Ada satu lagi aku suka Youthanasia. Aku bukan la peminat tegar Megadeth, dulu-dulu dah nak jadi tegar dah. Tapi sejak Risk, aku dah mula ingat-ingat lupa band ni..huhu. Tapi still follow gak perkembangan diorang ni. Ok, jom tengok apa yang ada ngan cd ni.
Ni versi Remixed and Remastered (selepas ni disebut sebagai r&r..macam ayat peguam pula..huhu). Ada 13 lagu semuanya termasuk 4 bonus tracks. Sebut remix, haha dah tentu la ada tambahan sana sini.
Untuk track bonus pula menyajikan lagu-lagu versi demo diorg yg tak banyak beza. Aku suka versi nyanyi demo untuk lagu Rust In Peace..Polaris. Kalau versi album, Mustaine macam nyanyi tak nyanyi, macam cakap je kan, tapi versi demo ni dia nyanyi part yang macam cakap tu.

Lagi satu kan, kalau beli dari 1st album diorang (KIMB) utk versi r&r ni, sampai la album RISK (dan projek MD.45), kat tepi cd-cd tu nanti ada gambar si Vic Rattlehead. Macam Iron Maiden versi enhanced tu, kat tepi gambar Eddie 1st album Maiden. Sama la tu. Tapi aku ada dua je album versi r&r ni. Nak kumpul yang lain? Tengok la nanti.

1. Holy Wars...The Punishment Due
2. Hangar 18
3. Take No Prisoners
4. Five Magics
5. Poison Was The Cure
6. Lucretia
7. Tornado of Souls
8. Dawn Patrol
9. Rust in Peace..Polaris
10. My Creation
11. Rust in Peace.. Polaris (Demo)
12. Holy Wars... The Punishment Due (Demo)
13. Take No Prisoners (Demo)
Untuk tracks versi demo ni, Chris Poland yang main lead gitar. Kesemua lagu dalam album ni best-best belaka. Semuanya sajian untuk telinga. Bagi aku ni album terbaik Megadeth.