Waktu tiba di lokasi: 6.30 pagi
Jarak: +-80km
Halwa telinga: Bat out of Hell II, Meat Loaf
Lepas subuh tadi aku bersama SirionSport-Wannabe bertolak menuju ke Tamu (pasar minggu) di Jalan Gaya, Kota Kinabalu. Tujuan utama beli rumput zoysian (philipine grass) a.k.a rumput carpet benggali. Aku tau kat tamu tu je ada jual, dah malas nak cari nursery. Agak cepat gak aku sampai. 1 jam tepat. Biasa 1 jam 30 minit. Huhu...aku keluar awal rupanya dan kereta atas jalan tak banyak. Ok, sampai je terus cari parking. Nasib baik jumpa. Kalau tak susah gak nak cari parking. Nampak side mirror aku yang penuh ngan nyamuk mampos dek kelajuan kerana aku bawak kereta tahap kelajuan cahaya tadi. Huhuhu. Ok, sampai je aku terus beli rumput dulu. Ni la tempat mamat jual tu. Aku sampai dia baru habis turunkan baja dari lori.
Lokasi dia ni depan Affin Bank. Rumput zoysian 2 x 1 kaki, dia jual rm7. Kat tempat lain rm9. Rumput jenis pearl pula rm8. Selesai beli, aku ronda-ronda kotaraya le dulu. Tamu Gaya Street ni start around 6.30 a.m. hingga tengahari. Macam-macam la barang yang dijual. Aku masa nak keluar dari rumah tadi nak bawak kamera, tapi ntah mcmana bleh tertinggal. Faktor umur kot.. huhu. So, aku snap guna kamera henpon je la. Gambar-gambar kat bawah ni antara benda yang dijual yang sempat aku snap. Nak tengok besar sikit gambar2 ni korang klik je ok.
Hasil kraftangan. Yg tu bubu tangkap ikan. Badang guna benda tu la tangkap ikan, pastu jadi kuat sebab makan muntah hantu. Nasib baik la kuat kan, kalau kena H1N1..huhuhu. Topi koboi half leather pun ada jual.
Ni bhagian hujung tamu. Aku tak kenal makcik baju oren ni. Maybe dia tau aku nak masukkan dlm blog kot gambar ni. Makcik, kim salam anak ye..huhu.
Ni tshirt untuk budak. Kualiti kain jenis nipis. Bukan 100% cotton. Ni kalau perempuan pakai pastu tengah jalan tiba2 hujan, lupa bawak payung..huhuhu..
Pokok bonsai. Aku ingat nak beli la nanti.
Ok la. Harap korang yang baca blog aku ni enjoy tengok gambar2 tu. Aku round tamu ni dekat satu jam. Lepas tu aku balik dan sampai rumah lebih kurang 8.30 pagi. So total perjalanan campur round tamu = 3 jam. Rumput pun dah tanam. Ada rezki aku gi beli lagi. Nak bagi penuh laman kecik aku tu. Tak mampu la nak beli sekali harung. Huhuhu..
pkcik tu main tk lgu iron maiden tu?
ReplyDeletent dia main btl2 br tau...
interesting betul gambo2 ko post.
ReplyDeleteaku suka gi nengok tempat2 cam gini..
interesting....
ReplyDeletetamu ni belah pagi jek eh?
kalau pasar lambak kat semenanjung selalu belah petang...
dan patut lah laju semacam, layan lagu Meatloaf rupanya....nasib tak naik Harley Davidson wannabe..
rockmetaller, next time aku tanya betul2. mana tau dia tau. huhu.
ReplyDeletedeaf, mai la turun sabah.
Portdy, biasanya tamu belah pagi. Tak habis satu cd Meat Loaf dah sampai. Aku bwk tak la laju, biasa je sebenarnya, jln lengang dan traffik lancar.
skrg org2 membakut jrg pegi kk hari mggu awal pagi klu x ada tujuan pntng... lainla dulu2 zmn awal 90an menumpang bas mini (van) singkrong... wajib muntah atleast skali
ReplyDeletesatu ulasan yg menarik... gambar2 yg ceria, bantal kekabu lagi sedap tido dari yg moden2 ni, gua seakan terdengar pakcik tu perform...
ReplyDelete"..I'm waiting in my cold cell, when the bell begins to chime..."
Fuh...!!!
ko tampal gambo kek lapis serawak tu macam tau2 je aku baru lepas makan kek tu malam tadi biras aku beli kat serawak..erkkkk..sedap.
ReplyDeletesepupu aku ada kat sabah...ntah bila la aku nak jejak kaki ke sana ek...ni tinggal 2 sabah dan serawak je negeri kat Msia aku tak pernah sampai..
ijau, sblm singkrong diorg naik bas sawang subang dulu
ReplyDeleteeddie, yup aku stuju bantal kekabu rules!!
berteromber, kena pegi tu. ala 2 jam 30 minit je dr semenanjung..huhuhu
aku klu bas sawang subang rasa2nya skali dua saja aku prnh naik... yg pastinya kompom muntah, until era hiace nordin
ReplyDeletehohoho gua tunggu gambar2 makanan juadah berbuka dari sana pulak pas ni ... selamat berpuasa brO!
ReplyDeleteermm pasar ni aku pernah gi..dulu tahun 2001 kot..konvoi moto kat sana..aku lepak kat tempat pancut air tu..best pasar ni jakun aku..mcm2 ada..ntah bila la aku leh dtg lagi
ReplyDeleteNak beli rumput kerpat... Rm3.50 2*1. Tel 0178663478 ( Nelson kubu )
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya cari pokok sarang semut urgent untuk ubat mama saya
ReplyDelete