Friday, August 7, 2009

Darah Biru - X


Bukan alien. Bukan juga cerita porno. Blue Blood adalah album kedua dari kumpulan yang berkonsepkan visual kei, X Japan (dikenali dengan nama X sahaja untuk album ni).

Muka depan CD dengan stiker krom dalam bahasa Korea

Disc 1

Disc 2

Rata-rata peminat X Japan memuji rilisan ini dan menganggap rilisan ni adalah yang terbaik yang pernah dihasilkan oleh kumpulan ini. Album Blue Blood telah mula dirilis secara rasmi pada 21 April, 1989. Memuatkan 12 buah lagu.

Booklet CD

Sayang sekali dalam bahasa Jepun melulu (total)

Boleh klik kat blog en.Deaf ni untuk review setiap lagu (aku rasa kalau aku tulis pun bunyi macam tu juga...huhu..sama taste).

Kat dalam booklet biasa la kan, lirik

Kat tengah, gambar line-up, ni la visual kei..huhu. Marty Friedman suka band ni.

CD ni bukan Japan pressing, tapi Korea pressing. Aku beli kat ebay , seller yang sama yang jual X Japan on Piano. Dalam CD ni ada insert, translate dari bahasa Jepun ke bahasa Korea. Part English tak translate. Kalau la Malaysia bleh bikin macam ni..hmm..dream on.

Insert, mana yang kanji/katakana/hiragana tu dah kena tukar pegi Korea

Perhatikan gambar ni. Huhu.. ingatkan makanan je ada expiry date. CD ni sebiji la kan ngan Japan pressing.

Belakang CD

Ni gambar album pertama diorang, Vanishing Vision, tapi yang ni versi CDR yang aku dapat dari kedai kat Pertama Kompleks tu. Kedai tu jual RM70, tapi aku tengok Taiwan pressing. Tak pasti ori ke tak. Aku dah cari kat ebay/amazon album 1st ni, tapi harga ..huhu. Tak mampu aku. Cukup tu je la aku nak kongsi ngan korang yg baca blog aku ni. Ok, tengkiu.




13 comments:

  1. aku kena banyak belajar lagi pasal japan pressing, korean pressing ni....obi strip, strip tease ahakss...

    dvd best of xjapan cap ayam ada kat muor ni,
    tapi depa jual rm15 wooo, dvd 5 je pun...nanti dulu le...

    agak2 kalau gua nak beli cd compilation x ni, boleh bagi suggestion tak takilala? dan senang jumpa ke kat malaysia ni?

    ReplyDelete
  2. adoi..x japan tak larat la..pehal ntah cd jepun mahal2..aku mampu sedut mp3 ajer..huhu

    ReplyDelete
  3. dah agak dah mesti stuff ebay...

    _____
    portdy:
    cd2 sora aoi ada x? atau main siput sedup mcm berteromber gak?

    ReplyDelete
  4. portdy.. aku pernah jumpa album 1st je kat Malaysia ni, kat KL. Compilation paling murah pun aku jumpa kat ebay tu yg mamat korea jual (cat-chop), tmpt aku beli cd ni la. tu pun harga campur shipping dlm rm62. X Japan jepun pressing harga gila2. So tak dpt la aku nak tolong suggest.

    berteromber.. harga used cd jepun pressing pun mahal2 gak kan. nak2 yg ada obi wan kenobi tu..huhuhu..

    ijau.. stuff dari egay .. huhu

    ReplyDelete
  5. this is a great cd.

    aku dulu ada made in taiwan punye, lepas tu ni keluar double cd remastered ni grab lagik.

    sound best dan the seken cd tu menarik..

    ReplyDelete
  6. gua penah sedut blue blood ni, diorang punya 'kurenai' dan 'orgasm' rabak gila, ribut!

    ReplyDelete
  7. apsal tak beli Japan pressed je bro? Mahal ka?

    ReplyDelete
  8. Deaf.. disc#2 mmg layan dia punya instrumental.

    eddie.. huhuhu ribut dan bergelora!!

    Abang Ben.. New cd mmg mahal, ada yg cecah rm200. Kalau used maybe bleh dpt murah kot.

    ReplyDelete
  9. Alaa..aku ketinggalan ketapi le pasal XJapan ni...nanti la aku try dengo...hehehe..

    ReplyDelete
  10. baru lepas sedut 3 buah lagu, blue blood, x dan kurenai... kelam kabut drummer dibuatnya

    ReplyDelete
  11. SkiD, try jgn tak try.

    Ijau, mcm? siyuk? huhu.

    ReplyDelete
  12. Hi,
    i'm selling :-
    Korean Drama
    Korean Movie
    Japan Drama
    anime
    Chinese/ Taiwan Drama
    Japan Movie
    Korea Variety Show
    Korea Concerts/ Award~
    english tv series
    Affordable and always available.
    For any INQUIRY for price etc or ORDER please DIRECTLY EMAIL ME AT geniuslowpro5@yahoo.com or just pm us^^
    available inDVD, VCD dan DATA
    http://www.facebook.com/pages/Twinkle-Trio-Shop/320463608032717

    ReplyDelete