Saturday, August 1, 2009

718-D7 / Einchfriekel

28 Julai 2009 hari tu, tepat 10 hari dari tarikh aku order jarum untuk turntable Technics, 718-D7 a.k.a jarum third party untuk SL-D21 kini dah berada dalam tangan. Kod betul untuk jarumSL-D21 ni ialah EPS-24CS. Aku order dari turntableneedles.com. Macam-macam jenis jarum turntable ada kat situ. Maka dengan adanya jarum ni, aku punya koleksi ciput piring hitam manis telah berjaya didengar bunyi klassiknya beserta letupan-letupan kecil yang menjadi trademark LP ni. Atas komen en.Ijau dalam post sebelum ni, aku gunakan amp gitar (sebenarnya aku lupa ada benda ni kat rumah aku..huhuhu.. memang sah aku dah lama tak pegang gitar..huhuhu) bagi memuntahkan bunyi piring2 hitam manis ni. Ok la, jimat sikit. Nanti pelan-pelan aku upgrade to yang lebih elok lagi la.

Sehari sebelum tu, aku terima ni:Huhu..Athotorgh "Promaster Dieyana" dalam format LP. Rilisan semula kali ni mengandungi satu lagu bonus, Einchfriekel. Aku tak tau apa makna dia. Tak kisah la apa makna, yang penting bila aku try pasang ... huhuhu.. best woo. Rasa macam nak headbang macam dulu2 je bila dengar. Lagu2 lain pun best gak. Lama tak dengar sebenarnya. Dulu versi kaset aku tak beli, aku pinjam je dari kawan sebab aku tunggu versi CD keluar. Last2 takde rilis. Bila aku cari semula versi kaset setelah hampa versi CD tidak diriliskan, memang takkan jumpa lagi la jawabnya versi kaset ni. So, bila aku tau je LP ni nak keluar, aku cepat2 kontek..takut habis. Limited 250 keping. Aku punya ni copy yang ke 68. Selain LP, korang akan dapat poster dan booklet size A4 lipat dua..ala2 zine gitu tapi pro-printed. Kat dalam booklet tu lebih kurang macam ni la.
Biography

Discography

Petikan interview dari majalah Metal Terus, bilangan #2 June 1999

Kolaj gambar-gambar lama dan terkini kat bhgn tengah booklet ni

Review oleh Xul Hisham, Metal Storm

Petikan interview Devourment Of Souls Fanzine issue #2, June 2000

Lirik

Page last sekali

Aku ada beli tshirt diorang ni. Ni dia. Kaler merah. Tak tau la kalau seller ada jual kaler lain. Yang ni official rilis under KAZ Production.

Berminat? Sila hubungi Morbid Invasion Records: morbidxinvasion@yahoo.com atau pun Gempita Records: gempita.records@gmail.com untuk LP. Tshirt pula, anda boleh cek kat sini. KAZ juga telah keluarkan tshirt latest design Athotorgh untuk lagu Einchfriekel ni. Bleh cek la kat myspace tu, mana tau ada design lain yg korang berkenan (Langsuyr, Gorb, Necrotic Chaos etc.). Ok.

18 comments:

  1. huhu...dah boleh riak piring hitam maniswi...

    ReplyDelete
  2. Ijau, tu jarum rm7+ postage free. LP rm75 skali ngan postage.

    thank you deaf

    berteromber, huhu bakal riak piring hitam manisWi

    ReplyDelete
  3. Wah dah main barang kelasik pulak dah...Lama dah tak jumpa piring hitam...apatah lagi pemain piring hitam manis tu...

    ReplyDelete
  4. piring itam aduuuh
    piring itammmm
    lari kencang abaaaaanggg
    nafasnya panjaaaaangggggg......

    ReplyDelete
  5. SkiD, aku baru berjinak2 ngan benda ni.. huhu

    Portdy, lain mcm je bunyi nafas panjaaangggg tu huhuhu

    ReplyDelete
  6. hehehe.. zine masuk dlm review.. hehe

    ReplyDelete
  7. tq matakucing.

    devourmentofsouls, aku dah link kan skali ngan blog ko tu. huhu.

    ReplyDelete
  8. atotough beh...asyik...

    pinjam boleh....

    =P

    ReplyDelete
  9. salam bro..sy nk tanya la..mana mau beli jarum turn table ni..kalo bro x kesah ley bg no hp bro tak..senang sy nk tanye skit...

    ReplyDelete
  10. bnyk tmpt.. tp try cek kat turntableneedles.com
    sy bli kat web ni. cek dulu awak guna jarum jenis apa, kod apa. Pastu cek la kat web tu, kalau ada....terus beliiiiiiiiiiiiiiiiiii... huhuhuhu

    ReplyDelete
  11. pckokak.blogspot.com.. aku punya no. 67

    ReplyDelete
  12. salam,
    bro kalo up lirik lagu athotgorgh tu best jugak...saya dgr lagu jer kat kaset..lirik x tau...

    boh

    ReplyDelete
  13. bukan 'promaster dieyana' ade dalam cd compilation metallurgical ke? (aku ade beli)
    klu xsilap rrr coz mase tue (90something) aku skulah gi
    cover cd warne peach

    ReplyDelete
  14. ada yg nk jual Lp ni pm saya 0193311823

    ReplyDelete
  15. ada yg nk jual Lp ni pm saya 0193311823

    ReplyDelete