Korang mesti kenal punya ngan karektor Hello Kitty ni kan. Hampir di mana2 dia boleh berkolaborasi. Kalau yang minat kereta Kancil ubahsuai ke Mira tu mesti tau Mira Hello Kitty kan. Korang mesti pernah tengok kereta Kancil convert ni ngan kaler pink dan dengan bermacam aksesori Hello Kitty. Huhuhu. Aku tak berapa into HK ni, aku lebih suka Doraemon. Huhuhu. Tapi ye la kan HK ni lebih kuat dia punya kuasa sampaikan boleh berkolaborasi ngan band yang aku minat ni..BALZAC. Ni design HKxBalzac yang lepas-lepas. 


Untuk tshirt yang lepas2 dah sold out. Bukan setakat tshirt, pen, pencil mekanikal, strap handphone dan mug pun ada. 


Semalam, masa tgh rehatkan badan setelah penat tanam rumput zoysian, aku pi la surf web shocker. Macam biasa pi riki tshirt. Mana tau ada yg berkenan. Bila aku klik je kat bhgn tshirt tu, ternampak la design ni. 
Balzac berkolaborasi lagi ngan HK ni. Huhuhu. Design cun kan, tapi harga..perghh... USD50 belum masuk shipping. Mau dekat rm200 seh. Tak jadi la nak angkat. Huhuhu.. Ni design terbaru dari Balzac. So amacam peminat Hello Kitty? Berminat? Aku tak la (walaupun minat ngan Balzac). Baik beli susu untuk anak aku..huhuhu. Balzac= 0.01% cute 99.9% evil...
p/s: semua gambar diambil dari website Shocker.










p/s: semua gambar diambil dari website Shocker.