Thursday, February 26, 2009

Guitar Hero: Metallica

Pencarian DVD game Guitar Hero: Metallica akan bermula. Setakat ni aku tak jumpa lagi game ni kat pasaran. Ye la rilis pun akhir Mac tahun ni. Apa yang menarik dalam game ni? Dah tentu la Metallica. Sapa tak kenal diorang ni. Game ni adalah game Guitar Hero (GH) yg ke-2 fokus kepada career dan lagu2 dari band ni selepas GH:Aerosmith. Game ni juga based on GH World Tour di mana korang bukan saja bleh main gitar, tp bleh juga nyanyi, main gitar bass dan main drum sekali (tp kena ada mic dan drums khas utk main game yg mcm ni la). Kalau korang ada drums controller, dan korang rasa nak main double paddle, game ni ada menyediakan Expert Plus mode utk drummers. Game ni ada 28 buah lagu dari Metallica sendiri dan 21 buah lagu adalah dari lagu2 personal favourite serta band2 kegemaran mereka (termasuk War Ensemble-Slayer).
Lagu2 dalam game ni aku tak tau lg lagu apa, tp menurut Activison (pengeluar game ni), lagu2 dari dulu (secara kasar, tak semua) sampai sekarang (Death Magnetic). Venue untuk game pun berdasarkan tempat yg sebenar, tempat Metallica pernah buat show. Kalau korang rasa nak guna gitar Hetfields ESP Truckster atau Tom Araya ESP Bass, korang bleh beli kat kedai dalam game ni, pastikan duit dah banyak kumpul, baru dapat beli. Game ni juga memuatkan kemunculan 2 ikon metal terkenal, Lemmy (Motorhead) dan abg raja berlian, huhuhu, King Diamond sebagai unlockable player characters jika korang dapat habis main playlist2 yg ada. Juga 2 buah lagu rakaman semula "Ace of Spade" dari Motorhead dan "Evil" dari Mercyful Fate. Kat bwh ni adalah gambar karektor KD dalam game tu. Tak sabar aku nak main game ni.

4 comments:

  1. salam

    kalo ada kat kedai nanti bleh sambar satu

    yang guitar hero depan gambo Slash tu aku join main jugak
    bersungguh2 betul aku main untuk lagu number of the beast tu...haha.

    ReplyDelete
  2. kalau aku, aku sungguh2 main lagu Raining Blood. Pehh.. main sambil berangan jd Kerry King...hahaha..

    ReplyDelete
  3. aku beli xbox 360 semata2 nak main game ni. sekali kene pakai guitar la pulak.. first time dalam hidup aku beli console. mahal lak tu. perlukah aku menyesal?

    ReplyDelete
  4. Sharir
    Tak perlu menyesal bro, ko jual murah2 kat aku je xbox 360 tu.. huhuhu..

    ReplyDelete