Wednesday, February 25, 2009

Gores dan Menang … rilisan-rilisan BALZAC

Isnin lepas (23 Feb), aku terima bungkusan hasil dari ‘gores dan menang(is)’ melalui web Shocker. Aku order rilisan2 Balzac, band horror punk (or horror rock) dari Osaka Jepun. Band ni dianggotai oleh Hirosuke Nishiyama (Vocals), Atushi Nakagawa (Guitar/Chorus), Akio Imai (Bass/Chorus), dan Takayuki Manabe (Drums/Digital Effects/Chorus) yang memainkan irama Horrorpunk. Aku tak ingat start bila aku minat band ni. Yang aku ingat aku mula minat nak cari lagu/rilisan diorang setelah ternampak rilisan split mereka bersama band horrorpunk lagenda MISFITS kat official website band Misfits ni. Band ni dah banyak kali tukar line-up. Original member dari start mula band ni ditubuhkan sampai lah sekarang ni cuma Hirosuke sorang je. Ok, kita stop pasal biografi band ni. Kalau nak tau lebih lanjut, klik sini. Kita teruskan dgn stuff2 yg aku dpt (order) ni. Aku order album Balzac “Terrifying! The Art of Dying ~ The Last Men on Earth II” versi LP atau lebih dikenali dengan nama piring hitam (manis), Neat Neat Neat/The End of Century versi 7 inch flexi record (piring hitam manis versi nipis lembut/licak), dan Video-The Hatred versi DVD. Tapi bila aku buka bungkusan tu je, yang lain ngam kecuali DVD, lain aku order, lain pula yg aku dapat. Aku dapat DVD Hatred Lies Deep Inside- 15 Tales of Terror from the Album Hatred. Aku tak pasti la sama ada diorang salah hantar ataupun maybe kesian kat aku ni sebab order yang murah2 je ngan diorang. Hahahaha.

So sini aku nak review sikit album Balzac “Terrifying! The Art of Dying ~ The Last Men on Earth II”. Ini adalah fifth full-length studio album (double disc) diorang yang dirilis pada April 2002 (sekarang ni dah masuk 8 buah album) di bawah Diwphalanx Records (rekod kompeni yang dikenali ramai dlm scene indie di Jepun) . Aku order ni versi piring hitam manis, kaler merah dan hijau. Jaket lipat dua dan info mengenai rakaman ditulis dalam bahasa Inggeris. Lirik? Aku tak pasti sebelah kiri dalam jaket tu dia tulis lirik atau pun info pasal lagu2 yang direkod sebab dicetak dalam tulisan kanji. LP ni memuatkan sebanyak 22 buah lagu.


Piring #1 (kaler merah) memuatkan kesemua material baru mereka (masa tu) manakala piring #2 (kaler hijau) adalah rakaman semula first full-length mereka (The Last Men on Earth). Dari segi sound pula, aku tak dapat la nak review sebab aku takde player nak mainkannya. So, piring merah dan hijau ni terpaksa la aku simpan dulu sehingga aku dpt player nak mainkannya nanti (or buat display je..hahahhaha). Cuma apa yang dpt aku katakan ialah kesemua lagu best2 belaka (walaupun aku takde turntable nak dgr, tp aku ada versi mp3 utk lagu2 dalam double disc ni). Harga LP ni USD8. LP tu singkatan untuk Long Play a.k.a Record a.k.a Piring hitam manis.
Next, Balzac – Neat Neat Neat / The End of Century. Aku order flexi ni sbb harga dia USD1, so masuk je la dlm cart. Ingat CD ke apa, rupanya piring hitam 7inch versi nipis lembut pula. Nama lain dia phonosheet atau sonosheet. Aku tak tau ada juga benda mcm ni. Yang aku tau piring hitam, tape besar (tahun 70an/early 80an popular benda ni, aku tak tau nama betul dia apa. Korang tau?), kaset dan cd. Ada dua lagu, Neat Neat Neat (Cover song dari band DAMNED) dan The End of Century. Dirakam pada 5 Januari 1999, rilis under Phalanx Records (sekarang Diwphalanx). Jaket standard manila kad, pro-printed. So sama juga la kes mcm piring hitam td, tak dapat nak dgr. Display lagi. Huhuhuhu.

Last skali DVD Hatred Lies Deep Inside-15 Tales of Terror from the Album Hatred. Seperti yang aku nyatakan sebelum ni, aku order Video-The Hatred DVD, dia punya review cerita tentang pembikinan video clip lagu Hatred. Harga USD5, tu sebab aku masuk dalam cart. Aku dah cek dalam e-mel, memang aku order DVD Video-The Hatred. Harga yang aku ‘gores dan menang’ pun sama. Tapi diorang bagi aku DVD harga USD36. Perghhhh...mahal seh. Yang ni aku dpt tgk. Hahaha. Best. Video clip lagu2 dari album Hatred dan dokumentari tour Balzac di German tahun lepas. Yang tak best tu dokumentari tak de subtitle English. Mampos. Orang Brunei cakap Jipun malulu (Total Japanese). Apa lagi, layan je la.

Ok, stakat ni dulu review pasal rilisan Balzac ni. Sebelum terlupa, selain dari stuff yang aku sebut tu, dlm order aku tu disertakan sekali kalendar 2009, newsletter fiendish club (Jipun malulu) dan juga flyers. Tshirt ada juga dlm order aku tu, tp bukan aku punya la. Jairo punya. Tak sempat aku nak try test tengok. Huhuhu.

P/S: Ada sapa-sapa yang nak jual turntable?

No comments:

Post a Comment