Agak-agak bila?
Saturday, February 28, 2009
Thursday, February 26, 2009
Guitar Hero: Metallica
Pencarian DVD game Guitar Hero: Metallica akan bermula. Setakat ni aku tak jumpa lagi game ni kat pasaran. Ye la rilis pun akhir Mac tahun ni. Apa yang menarik dalam game ni? Dah tentu la Metallica. Sapa tak kenal diorang ni. Game ni adalah game Guitar Hero (GH) yg ke-2 fokus kepada career dan lagu2 dari band ni selepas GH:Aerosmith. Game ni juga based on GH World Tour di mana korang bukan saja bleh main gitar, tp bleh juga nyanyi, main gitar bass dan main drum sekali (tp kena ada mic dan drums khas utk main game yg mcm ni la). Kalau korang ada drums controller, dan korang rasa nak main double paddle, game ni ada menyediakan Expert Plus mode utk drummers. Game ni ada 28 buah lagu dari Metallica sendiri dan 21 buah lagu adalah dari lagu2 personal favourite serta band2 kegemaran mereka (termasuk War Ensemble-Slayer). 
Wednesday, February 25, 2009
Gores dan Menang … rilisan-rilisan BALZAC
So sini aku nak review sikit album Balzac “Terrifying! The Art of Dying ~ The Last Men on Earth II”. Ini adalah fifth full-length studio album (double disc) diorang yang dirilis pada April 2002 (sekarang ni dah masuk 8 buah album) di bawah Diwphalanx Records (rekod kompeni yang dikenali ramai dlm scene indie di Jepun) . Aku order ni versi piring hitam manis, kaler merah dan hijau. Jaket lipat dua dan info mengenai rakaman ditulis dalam bahasa Inggeris. Lirik? Aku tak pasti sebelah kiri dalam jaket tu dia tulis lirik atau pun info pasal lagu2 yang direkod sebab dicetak dalam tulisan kanji. LP ni memuatkan sebanyak 22 buah lagu.
Last skali DVD Hatred Lies Deep Inside-15 Tales of Terror from the Album Hatred. Seperti yang aku nyatakan sebelum ni, aku order Video-The Hatred DVD, dia punya review cerita tentang pembikinan video clip lagu Hatred. Harga USD5, tu sebab aku masuk dalam cart. Aku dah cek dalam e-mel, memang aku order DVD Video-The Hatred. Harga yang aku ‘gores dan menang’ pun sama. Tapi diorang bagi aku DVD harga USD36. Perghhhh...mahal seh. Yang ni aku dpt tgk. Hahaha. Best. Video clip lagu2 dari album Hatred dan dokumentari tour Balzac di German tahun lepas. Yang tak best tu dokumentari tak de subtitle English. Mampos. Orang Brunei cakap Jipun malulu (Total Japanese). Apa lagi, layan je la.
Ok, stakat ni dulu review pasal rilisan Balzac ni. Sebelum terlupa, selain dari stuff yang aku sebut tu, dlm order aku tu disertakan sekali kalendar 2009, newsletter fiendish club (Jipun malulu) dan juga flyers. Tshirt ada juga dlm order aku tu, tp bukan aku punya la. Jairo punya. Tak sempat aku nak try test tengok. Huhuhu.
P/S: Ada sapa-sapa yang nak jual turntable?
Monday, February 23, 2009
Yang Ditunggu Sudah Tiba
Aku: Ya Cyril, ada barang aku sampai ka?
Sunday, February 22, 2009
Original Vs Fake PS2 Contoller (Tips untuk pembeli)
Kira lama gak la aku tak main game ni, stop sekitar tahun 2001, pastu mula balik hujung last year. Ni semua kes aku ternampak satu video kat youtube. Ada sorang budak jepun kecik (aku rasa umur dlm 3~4 tahun) tengah pegang gitar controller main game GUITAR HERO III (GH3), lagu Through Fire and Flames- DRAGONFORCE. Rasa best je tgk dia main. So aku cari lagi video2 yg tunjukkan game GH3 tu. Memandangkan aku ni minat main gitar, so start dari situ la aku berazam beli video game, sebab nak main GUITAR HERO je mulanya.
Dan hujung tahun lepas aku berjaya beli video game sendiri, PS2 3rd Gen (modded, 2nd gen tak ada built-in kipas, so main tak bleh lama sgt) dan PSP 2000 Slim n Lite (juga modded, kalau tak modded confirm aku bankrap asyik beli cd game ori yg rata2 harga rm1++ ~ rm2++). Aku beli PS2 kaler Satin Silver. Aku beli kat Alam Sentral ngan free 20 DVD game (dah tentulah ciplak, kalau ori confirm bankrap kedai tu), 2 set controller dan 1 memori kad 8Mb. Aku tanpa banyak soal pilih game dan cek console bleh main ke tak. Sepatutnya dpt contoller kaler yg sama ngan console yang aku pilih (satin silver), tapi hampeh, tokei tu bg kaler hitam. Aku tanya apsal tak silver, dia kata mmg diorg ada hitam je. Aku masa beli tu tak buat research dulu, so aku consider ori, then bayar dan blah. Bila dah ada benda tu, baru la aku gatal2 tangan cari info kat internet, ternampak la forum tgh bincang contoller yg ori ngan yg tak ori. Baca punya baca, pastu dah tau skit aku cek aku punya contoller, confirm fake. Dlm forum tu gak ada bgtau yang hampir semua kedai kat Malaysia ni yang jual PS2 (kecuali kedai Sony la) memang jual console yang ori tapi tak bagi controller tak ori. Harga controller tak ori biasanya dlm lingkungan rm2+. Ada yang mencecah rm6+. Memang susah la nak jumpa kedai yang betul2 jual console sekali ngan ori controller. So kat sini aku nak share sikit info mcmana nak kenal controller ori dan yang tak ori, tu pun kalau korang nak beli PS2 la. Korang tgk gambar kat bawah ni.