Friday, May 6, 2016

Turntable Mampu Milik

Aku pernah ada satu turntable mampu milik ni (jenama dah lupa, ada dalam entry aku yang lain, boleh cari tengok), konon nak mobile sikit. Tapi sekarang dah jual. Sebab aku rasa macam ada yang tak kena. Jadi daripada tak guna, bagus aku jual. Tapi baru-baru ni masa cari-cari youtube tentang turntable ni, aku terjumpa la video ni. Kalau nak tau lebih lanjut, play je la ye. Apa yang dia cakap ni memang aku setuju. 




Nasib baik la turntable lama aku tu (Technics SL-D21) aku dah tambah dengan amplifier dan bookshelf speaker, keluar jugak la bunyi yang dicari. 

Jadi kepada anda yang masih lagi mencari turntable tu, cari la yang terbaik, sayangi vinyl/lp anda yang dibeli mahal tu. You deserve better!!

12 comments:

  1. setuju..aku pun ada yang macam ni masa mula2 start dulu...pasang amp pun bunyi tak mari...hahaha...

    ni buat perhiasan ok la...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal, lagi satu masa aku play lp lama, nampak keluar kat track tu mcm daki halus2 lepas play. tu yg buat syak semacam. huhu

      Delete
  2. benda2 gini pelan2 kayuh...
    dont rush

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. aku pun tu hari beli bookshelf speakers dulu, lama sikit baru beli amp. haha. janji puas hati.

      Delete
  3. jgn beli tt yg tak boleh adjust berat tracking force. tracking force yg sepatutnya amat penting. kalau tak akan merosakan rekod dan jarum. tonearm kena alignment betul2. kena ikut SOP, kena ada ilmu dulu dan berdisiplin tinggi baru boleh main benda menual dan analog ni. bukan macam main cd, masuk, tekan butang play je..hehe. pelan2 kayuh. selamat berjaya, peace.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. mmg itu la yg aku maksudkan melalui video yg dilinkkan tu.

      Delete
  4. Aku masih lagi guna TT Marantz.so far ok takda masalah.tu pun lepas aku survey dulu kt internet n youtube.cuma nak upgrade amp jek.amp cikai tak kuar bunyi yg di nak.heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku punya setup tt technics + amp marantz + wharfedale, kalau ikut telinga aku kira dah ok sgt la tu. tu pun selepas tgk/baca review2 kombinasi marantz dan wharfedale. apa2 pun selamat jumpa amp yg dikehendaki bro.

      Delete
    2. Tq2..aku ingat nak ambik amp marantz gak.survey kat lazada pun bole tahan harganya

      Delete
  5. aku tak pernah ada vinyl pun.. dan mungkin tak mampu nak beli kot.. so layan CD jer la..

    ReplyDelete
  6. inshaAllah ada masa kang aku buat entri pasal vinyl hehe

    ReplyDelete