Friday, October 1, 2010

Don't Cry

Hari ni sempena 1 Oktober (takde kaitan langsung), aku nak kongsi ngan korang benda yg aku ada. Ni dia.


Dua versi single Don't Cry, Guns N' Roses. Yang kecik tu versi CD, dan yang besar tu versi piring hitam legam 7 inci.

1991 punya rilisan. Tahun aku baru nak berubah tone suara. Hehehe. Tapi cd ngan 7 inch ni aku baru dapat tahun lepas sebenarnya. Dapat dari gedung mana lagi kalau bukan egay. Kebetulan murah, aku tekan je la papan kekunci (huhuhuhu...papan kekunci...)....Nak harap kat kedai kaset/cd kat KK, memang takkan jumpa punya la. Lagi pun aku suka lagu ni. Dalam hati ada taman beb..hahaha. Dulu dengar kat kaset kuning ngan biru, abang aku punya je. Zaman2 naik bujang dulu, zaman2 tone suara berubah.

Kat atas ni gambar kat belakang CD dan 7 inci tu. Aku suka la art kat belakang ni. Lawa logo diorang ni. Dari dulu lagi teringin nak beli tshirt yang ada logo diorang ni.

Versi CD ada 3 lagu, 2 versi biasa dengar sebab ada dalam album use Your Illusion Part I (original lyrics) and II (alt. lyrics) dan 1 lagi versi demo...dan aku suka versi demo ni sebab bunyi dia raw. Nak dengar bleh cari kat youtube. Versi piring hitam legam pula ada dua lagu je. Lagu yang versi demo takde.

Packaging versi CD beza sikit ngan 7 inci. Versi CD bentuk gatefold, 7 inci tak. Nampak tak tulisan Free Wembley Stadium Commemorative sticker tu? Oleh sebab benda ni used, so aku tak dapat la sticker tu, mungkin mamat sebelum ni dah tampal kat tandas rumah dia kot.

Ok la beb, don't you cry tonight aaaa. Hahaha.

8 comments:

  1. kalau 2 versi ni aku tak lh nak pilih
    mana yang best,,,

    kadang2 yang alt lyrics pun best jugak hahaha

    apa pun Suara mendiang shannon hoon yang bagi feel dia syahdu sikit.

    ReplyDelete
  2. adoi....meleleh aku tengok....

    aku teringin nak ada jaket yg ada logo tu...Axl selalu pakai dulu2...

    dulu ada member aku yg tak rock ada jaket camgitu...geram je aku tengok...nak beli dia tak jual...nasib dia tak basuh dah sidai kat ampai...kalau tak...arwah la jaket dia tu...hahahaha...

    ReplyDelete
  3. original liriks best..

    latest version, aku suka yang current GNR bawak live lagu ni..

    instrumental gitar solo, lepas solo nak abis baru axl rose masuk sikit...

    very nice..

    ReplyDelete
  4. ...t-shirt yg pakai logo GnR mcm tu mmg popular dari gambar band GnR tu sendiri, dulu ada selai, tapi Siam punya.

    Dah rabak kat area ketiak dah...

    ReplyDelete
  5. Teringin nak tampal logo ni kat moto baru aku....hehehehe!! Baru nampak otai...kah kah kah...

    ReplyDelete
  6. ni gambar vynil ngan cd ni guna setting apa ni? lanskap ka?

    ReplyDelete
  7. band merbahaya dengan lagu tangkap leleh!

    ReplyDelete