Monday, May 19, 2014

Gemilang 35






Dah tengok gambar di atas, mari kita baca review ringkas di bawah:

- 3 cds untuk rm36.90.
- Ada 49 lagu. 
- Susunan lagu disusun mengikut album (kecuali lagu Sejuta Wajah diikuti lagu Curiga, lagu Ribut 10:59 diikuti lagu Orang Asing).  
- inlay lipat, sarat dengan lirik.
- tiada senarai line-up.
- Lagu-lagu yang tiada dalam kompilasi ini: 
a) 1 lagu (Bayang-bayangku) dari album pertama Sweet Charity.
b) Tiada satu pun lagu yang tidak dimasukkan dari album Pelarian.
c) 3 lagu (Asmara, Cinta Pura-Pura, Sentosa) dari album Sejuta Wajah.
d) 3 lagu (Arahan, Dia, Haji) dari album Penunggu.
e) 3 lagu (Pesta Muzik, Generasi Muda, Mengejar Mimpi) dari album Batu.
f) 2 lagu (Ikrarku Pada Ruzanna, Apa-apa Saja) dari kompilasi awal Sweet Charity- Koleksi. 
g) 4 lagu ( Bunga-bunga Cinta, Nyala Semarak, Permata Hati, Langsung Tak Faham) dari Berita Gempa.

Kesimpulannya: 
- cd ni sesuai la untuk orang macam aku yang tiada satu pun album Sweet Charity ni, sebab aku cuma ada cd 40 Tahun Bagaikan Bermimpi je..hehe.....aik? kalau tu 40, yang ni nombor 35 ni tentang apa pula ye?? 
- 16 lagu tidak dimasukkan, kalau dimasukkan kompilasi ni pasti menjadi boxset Sweet Charity (tidak termasuk Sweet Charity 88..hehe), senang kerja aku nak kolek. 16 lagu je lagi, adoiiiiii.....bisnes muzik betul. 

*p/s: kalau ada info yg tertinggal atau ada info yang tak betul, sila tinggalkan di ruang komen.








9 comments:

  1. Sapa eh nama penyanyi sweet charity 88 tu..dulu top jugak lagu cinta dan cipta tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun tak tahu...oooo oo o..
      hehe. siapa tau?

      Delete
    2. tak silap aku nama dia Zaitun...ntah la...ingat2 lupa...

      Delete
  2. 35 tahun tu kira dari terbitnya album pertama...1979..

    hmmm...inlay tak menarik...takder info tak banyak gambo....aku pass la...tambah pulak aku dah ada semua album dorang dalam bentuk cd termasuk 2 cd kompilasi Pilihan terbaik 1 & 2...nanti aku tampal kat blog untuk tujuan riak cd sweet charitywi...hahaha...



    ReplyDelete
  3. Hahaha...aku penah jumpa lp SC 88 tu..harganya? Rm450!..tekejut mak.. Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. meniaga LP lebih untung dari meniaga unta...WOW! hahaha

      Delete
  4. aku jadi beli ni nanti, search 30tahun tu kena skip dulu.. haha

    ReplyDelete
  5. lawa la cd ni...not bad really tapi kalau peminat yang jenis nak complete set, memang bengang la haha

    ReplyDelete